kekal cantik dan sihat dengan vitamin E

Dah lama tak kongsi info yang berkaitan dengan vitamin E ni. Sebenarnya banyak khasiat vitamin E ni yang jarang orang ambil kisah. Kalau tak, tak mungkin kebanyakan pencuci muka atau produk kecantikan nak letak vitamin E dalam produk mereka kan. Macam mana cara nak dapatkan vitamin E ni? Susah tak? Kalau nak diikutkan, tak adalah susah sangat. Sebenarnya setiap hari kita ambil vitamin E ini sebab vitamin E ni ada dalam minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan berasaskan jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. Banyak kan? Tapi apa kaitan vitamin E dengan kecantikan dan kesihatan? Hari ini sara nak kongsi empat kaitannya.

Menyembuhkan luka.
Vitamin E dapat meredakan dan menyembuhkan luka terbakar atau luka kecil. Caranya mudah, cucuk satu kapsul suplemen vitamin E dengan jarum. Kemudian picit kapsul tersebut agar cecairnya keluar dan sapukan pada luka.

Anti penuaan (anti aging).
Vitamin E sangat baik digunakan sebagai agen anti penuaan. Vitamin E membuat kulit kelihatan sihat dan lebih muda. Anda boleh menambahkan suplemen vitamin E pada pelembab atau membeli pelembab yang sudah mengandung vitamin E. Vitamin E juga dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan halus pada wajah.

Mengurangkan kejang akibat menstruasi.
Vitamin E dapat digunakan untuk meredakan kejang pada saat menstruasi. Ambil kapsul suplemen vitamin E 1 atau 2 kali setiap hari sekitar dua minggu sebelum kitaran menstruasi.

Mencegah kulit terbakar akibat matahari.
Vitamin E dapat berfungsi untuk mencegah terbakarnya kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari.

Sekiranya kita dapat memastikan diet harian kita mengandungi vitamin E yang cukup, maka tidak akan timbul masalah kan. Akan tetapi dalam zaman kesibukan kerja hari ini, kadang kadang nak makan pon tak sempat, apatah lagi nak cari yang berkhasiat, lengkap dengan zat dan nutrien yang diperlukan. Jadi bagi sara, sara amalkan Vitamin E Shaklee.

Kenapa mesti pilih vitamin E Shaklee? Apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang lain dipasaran? Bezanya, Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium, seratus peratus semulajadi tau!

Satu kapsul gel lembut membekalkan:
400 IU vitamin E dari sumber semula jadi
10 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E

Ramai orang kata vitamin E ni mahal. Rasanya tak mahal kalau nak dibandingkan dengan hasilnya. Labur duit sedikit tapi berbaloi wahai adik manis dan abang kacak sekalian. lagipun satu botol vitamin E Shaklee boleh tahan sehingga empat bulan. Kos untuk sehari cuma RM1.25 sahaja. 



Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Vivix: Lambatkan proses penuaan dan kekal cantik?

Ehsan Utusan Malaysia 02/08/2010

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka. Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing. Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.

Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan. Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku. Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks. Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.

Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik. Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan. Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi. Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.

Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.

Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix. "Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.

Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan. Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.

Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal. "Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya.

Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel.

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari. Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu. 

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.