entry istimewa buat wan gerrard

tadi masa cikserai check kat kotak yang menjerit kat blog cap ayam cikserai, cikserai ade baca jejak yang wan gerrard tinggalkan untuk cikserai. yang lain pon cikserai baca jugak tau. kat kotak menjerit tu wan gerrard cakap ari ni birthday dia. pastu wan mintak kek. heehehe. cikserai baru tau ni..

so..

disini cikserai nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR WAN GERRARD!! moga kamu sentiasa murah rezeki kalau dapat duit dari nuffnang, hulur la sikit tau, panjang umur..apa lagi eh..oh! semoga sukses selalu. 

dan kek yang wan mintak tu nanti claim lain eh!! sekarang ni, yang ni je cikserai bole bagi.. nah, amek la ye!


eh silap silap.. jap eh..


ni baru betul..habiskan tau!!

notakaki::gambar gambar ni cikserai mintak ngan pakcik google..

traffic minggu ni







salam 1Malaysia buat semua warganegara Malaysia. selamat pagi jugak cikserai ucapkan kepada sesapa yg sudi baca blog cikserai ni. cikserai dah join nuffnang ni sejak 17hb ogos 2010. tapi cikserai baru rasa nak menulis start 25hb baru ni. maknanya rabu minggu lepas la kan.

start rabu minggu lepas cikserai dah buat kerja yang amat gila, iaitu blogwalking. kenapa gila?? sebab cikserai blogwalking sampai mata jadi  . huh memang gila ah masa tu. cikserai cuba tinggalkan jejak masa blogwalking tu, mana la tau kalau kalau blogger tu nak singgah balik kat blog cap ayam cikserai ni. alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi da cukup untuk buat cikserai senyum sampai telinga. heeeee.. maklum la cikserai kan baru lagi. bila cikserai tengok ada orang sudi jenguk blog cikserai ni, lagi la cikserai semangat.

lepas tu tiap tiap hari cikserai serang blog orang lain. biasanya cikserai cari ilmu macam mana nak bagi traffic jam. hari ke3 aktif berblog traffic cikserai naik 2 kali ganda..lagi la tak senang duduk. bila tengok macam tu cikserai harap, biar la traffic ni terus maintain. tapi masa 29hb traffic cikserai jatuh balik. tapi cikserai tak rasa sedih sangat sebab masa tu memang cikserai takde idea nak tulis entry.

tapi lain lak jadi semalam.. cikserai langsung tak sempat nak online.. apa lagi nak serang blog orang lain. tapi semalam traffic cikserai paling tinggi sepanjang cikserai maju berblog.


cikserai nak ucapkan terima kasih tau pada semua yang sudi serang blog cikserai semalam. nanti cikserai serang balik blog korang semua tau. tapi bukan sekarang la. nanti petang skit.cikserai nak tidur jap.. baru balik sambut merdeka semalam. nanti nak cerita pasal kisah cikserai sambut merdeka pulak. lagi satu kisah cikserai gila..hahahaha

monday blues







hari ni da hari isnin.. setiap hari isnin je mesti monday blues.. cikserai tak tahu la kenapa.. tapi hari ni monday blues takde kot dalam hidup cikserai.. kenapa?? sebab hari ni cikserai seronok. pagi pagi lagi da join blogger lain buat blogwalking. ahahaha. sangat seronok.. menyapa sesama sendiri di pagi hari. siap maen tembak tembak lagi..dan hari ini pagi ini blogwalking sangat meriah.


adakah kerana semua mahu menghindarkan diri dari monday blues??

cikserai gila







cikserai gile?? kenapa pulak dengan entry kali ni?? ye!! memang betul pon.. cikserai gila. tapi cikserai bukan la gila berkaitan mental. tapi cikserai gila blogwalking. ahahaha. seronok tau bila blogwalking ni. banyak info yang cikserai boleh dapat. kadang kadang cikserai pergi bertapa kat blog otai carik ilmu. camane nak bagi blog cantik, camane nak kasi up traffic. maklum la. blog cikserai ni kan blog cap ayam. tak ramai sangat yang sudi jenguk blog cap ayam ni. tapi kepada semua yang dah jenguk blog cap ayam cikserai ni, terima kasih tau. jangan luap lupa datang lagi!! nanti cikserai belanja korang makan serai eh. ok lah selamat malam semua!! semoga mimpi indah..

air apa yang paling berani?







air apa yang paling berani?? jawab jawab.. ahahahaa..hari ni cikserai tak tahu nak tulis apa. tapi tadi saja menjenguk pakcik google. pastu cikserai jumpa gmbar air terjun. apa lagi. cikserai carik la imej air terjun yang cantik cantik. sekarang ni,  masa untuk mencuci mata!!


















tapi kalau nak tengok air terjun paling cantik di dunia, boleh la klik disini


jamuan mata di malam hari










nanti bila cikserai ada anak, nak cari jugak la baju macam ni. baru senang. anak pon tak kena culik. tapi kalau cikserai kena culik, camane??
 

ni tak tau nak cakap ape

walaupun awak camni, saya terima awak seadanya
nice skirt

use only what you need

agak agak, ni kat mane??

batu belah batu bertangkup. makan lah aku

inlah nasib bile takde "geng"

sanggupkah anda??

awak jangan la nanges lagi eh..

awak..kita jadi matchmaker nak??

apalah dosa aku kat korang..

ayam ape ni??

baru cikserai tau, senang je buat jalan ni 

tic tac toe jom!!

CJ7??

diorang tengah buat apa ni??

kreatif

dan ini untuk semua yang sudi tengok gambar-gambar ni

cikserai perlukan tutorial

hmmm. hari ni mood cikserai tak ok sangat. kenapa? sebab cikserai tak reti nak repair blog ni macam mana. cikserai ingat nak tambah exchange link kat blog cap ayam cikserai ni. jeles jugak bila pergi singgah blog kawan kawan, ramai yang ade letak exchange link tu. cikserai pon nak jugak. huhuhu. cikserai dah register kat link yang  budak kecik dengan balqis bagi. da copy & paste tapi bila cikserai masukkan dalam blog cap ayam cikserai ni, tak jadi pon. 


ini bukan cikserai
ihsan:: pakcik gugel


satu lagi!! cik serai ingat nak buat pages kat blog cap ayam cikserai ni. tapi cikserai tak reti. tadi try jugak skodeng kat pakcik gugel camane nak buat pages tu.. tapi cikserai fail lagi.  semua tak jadi.. tak skue suke tak suke tak suke!! 


cikserai nak tutorial. ade sesape yang boleh bantu cikserai??







kisah tragis korban

wah. tajuk kali ni. bukan main lagi eh cikserai. tajuk ni takde kaitan pon dengan ape yg cikserai nak tulis taip ni . ni adalah kisah cikserai dikorbankan oleh mereka yang  akan cikserai  . mau bukti? nah amek ni tengok. 

nampak tak cikserai kat tengah tu?

dah percaya belum?  cikserai tahu, cikserai ni ramai peminat. tapi ramai yang segan nak bagitau. takpe. cakap je. cikserai ni open bila masuk bab minat-minat ni. tapi sebelum tu, cikserai nak mintak maaf la ye! sebab cikserai dah ade incek pakwe 

sebenarnya cikserai nak cerita pasal kerang rebus ni. tapi bukan kerang rebus ni tau. tadi masa cikserai tengah jalan-jalan hantar serai kat blog orang lain,tiba tiba cikserai jumpa kerang rebus ni. so, cikserai singgah la kejap. berehat. mana lah tau kot kot dapat makan kerang rebus lagi kan. eh! bila masa ko nak cerita ni cikserai?  

oh! sori sori. eh. dah lupa lah.nak cerita pasal apa eh tadi?  nanti cikserai sambung lagi eh cerita ni. cikserai dah gatal gatal ni makan kerang rebus tadi