CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

last minute da cikserai join contest ni. harap harap ade tuah di musim hujan ni. ni dia contest yang menarik. hadiah pun lumayan!




Syarat-syarat & Cara menyertai : 

1. Jadi follower blog danielzaidi
2. Copy banner contest, paste pada entry contest anda dan linkkan terus ke entry contest ini.
3. Buat entry dengan tajuk " CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly "

4. Upload SATU sahaja gambar convocation anda yang terbaik

ATAU 

Untuk mereka yang belum convo/tiada gambar convo...
Buat ucapan tahniah convocation paling unik untuk tuan punya blog/kawan anda (tidak melebihi 30 patah perkataan).
(pilih salah satu, kalau nak buat dua2 pun boleh, tapi mesti dalam entry berasingan)
5. Tinggalkan link entry anda pada bahagian comment entry ini.
6. Tag seorang atau lebih rakan blogger lain. (makin ramai kene tag, makin cerah peluang nak menang)


Tarikh tutup penyertaan : 11.59 PM (31/10/10)

Gambar untuk hadiah2 click SINI.

*seorang peserta layak memenangi lebih dari 1 hadiah (jika menyertai kedua-dua kategori)

dan cikserai nak letak gambar ni.konvo tahun lepas.


cikserai taktahu nak tag sape da.dan sesapa yang baca ni, boleh la join ye!meriahkan contest di hari terakhir..

hujan air di kuala terengganu

hari ini hari ahad. hari ini hujan. hujan hari ini lebat.jadi, hujan ini adalah hujan lebat. hujan ini hujan air. syukurlah, hujan ini bukan hujan batu. kalau hujan emas, lagi syukur. bila hujan, banyak aktiviti yang best boleh dilakukan. antaranya aktiviti menarik ialah:


mandi hujan
bila hujan da turun, walaupun renyai renyai, tetibe kaki ini automatik bergerak menuju ke pintu.hajat di hati nak tengok hujan. bila nampak hujan makin lebat, cakap kat mak nak tengok kawasan rumah camane. nak tengok sayur yang mak tanam camane. terbalik ke tak. hahaha.alasan semata mata. tujuan utama nak maen air. bila dah basah, payung entah kemana, cikserai dengan seronoknya mandi hujan tanpa rasa bersalah. tapi bila dah besar ni, rasa nak mandi hujan ada lagi, tapi sabar jela..walaupun kadang kadang sengaja membasahkan diri dengan air hujan.dan sekarang, cikserai dah tak nampak budak budak mandi hujan. dulu, masa kecik kecik adalah.. kenapa eh?

makan makanan panas
ha,yang ni cikserai suka. bab makan., hahaha. badan sekarang ni pon, da macam belon da. bila hujan, cikserai suka air kopi.panas panas. kalau yang mak buat lagi sedap!pastu cicah pulak dengan biskut. tapi, kalau dapat ubi kayu rebus lagi sodap..


tidur
yang ni, cikserai pasti..ramai orang suka kan. kalau siang, cikserai tak suka sangat tido.kalau malam, best la.hujan, pastu selimut..pastu bukak kipas lagi. hahahha

dan ni antara gambar yang cikserai amek tadi. time melawat kawasan rumah. jadi yb tak diiktiraf jap.
ni bunga ulam raja


ini bunga peria





cikserai suka gambar ni

ni kebun sayur mak.dah jadi macam hutan.baru ni, pokok durian patah time hujan lebat. habis, semua pokok peria mak. daun kesum pon sama.



maaf.gambar tak cantek. tak sempat nak edit

<--- kalau suka entry ni, klik la

dapat buffered earnings lagi!

buffered earnings.. semua orang yang join nuffnang mesti nak. tipu lah kalau taknak kan..semalam cikserai dapat BE lagi dari nuffnang. kali ni dari Nestle lak.  iklan AirAsia Japan masih lagi bertahan.mintak mintak lama lagi la ye! kasi up lagi duit tabung cikserai. 



BE yang cikserai dapat kali ni kat bahagian skyscrapper.betul kot eja camni.hahaha.yang kat belah kanan tu ha..



dan lepas tu, cikserai try lah cari kat blog lain, tapi tak jumpa pula iklan yang sama. cikserai dengan nekadnya mengambil keputusan bukak sendiri lman sesawang nestle. godek punya godek, jumpa jugak akhirnya.


kempen Nestle NHW How Am I

Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan orang lain. “Apa khabar?” adalah soalan lumrah yang kita ajukan kepada ahli keluarga, rakan mahupun seseorang yang baru kita temui, namun jarang sekali diajukan kepada diri kita sendiri! 

“Baikkah untuk Saya?” adalah satu inisiatif untuk menggalakkan anda menilai status kesihatan diri dengan cara yang seronok. Maklumat dan petuapenjagaan kesihatan turut disediakan untuk membantu anda membuat perubahan secara beransur-ansur. Paling utama, biarlah ia menjadi landasan untuk anda lebih kerap mengajukan soalan penting ini kepada diri sendiri.
dan kamu pon boleh cuba ujian ringkas yang disediakan. ujian ini bertujuan untuk membantu kamu mengenali pendekatan kamu terhadap kesihatan. dan ujian ini jugak akan membantu kita mengetahui langkah langkah penjagaan diri yang mudah.  untuk ujian ini, kamu kena login facebook dulu tau.


cikserai da try ujian ni. ada 15 soalan yang mudah. boleh pilih nak jawab dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. cuma tanda yang mana patut je. tak payah menaip pon.

dan ini adalah hasil ujian cikserai.

the investor..
siap ada tips lagi..


kalau nak tahu lebih lanjut pasal iklan ni, klik la dekat iklan nestle di sidebar blog cikserai tu ok!

dan kepada en. nuffnang,
terima kasih untuk BE ini!lain kali bagi lagi ye!

<--- kalau suka entry ni, tekan sini

ayam yang bangang

masa tengah nak post entry ni..hati tengah mendidih.geram! bukan geram dekat orang, tapi geram kat ayam. orang tangah syok online, sibuk buat bising. kalau nak bertelur, bertelur la diam diam. ni sibuk nak bertelur dalam rumah orang, pastu siap buat havoc lagi. bajet best la tu!menyusahkan orang ade la.

*ayam ni kepunyaan ayah.sayang sangat nak sembelih.pastu menyusahkan orang

*out..mahu kejar ayam.

kepada ayam..
kalau aku dapat kau kejap lagi, siap la kau!aku sembelih buat ayam percik nanti!




<--- kalau suka entry ni, klik la

perlu ke post entry macam ni?

assalamualaikum dan selamat petang buat semua kawan kawan cikserai..timekaseh tau sebab sudi jugak jenguk blog comot cikserai ni..entry petang ni tak best sangat kot..sebab cikserai malas nak taip.. inagatkan tengah hari tadi nak update, tapi tertido pulak..penat.tadi pagi, cikserai pergi belajar moto lagi..hari ni last cikserai belajar.. minggu depan buat QTI pulak..tapi cikserai tak tahu pon ape maksud sebenar QTI tu..hehehe..pagi tadi hujan. kalau ikut hati cikserai yang sedap ni, malas nak pergi.tapi sebab nak habiskan cepat, terpaksalah gagahkan diri, kebalkan badan mandi air yang sejuk pagi tadi. kat rumah cikserai mandi air perigi tau!air paip ade je tapi tak best..hahahha..

terasa seronok bila baca tinggalan jejak kawan kawan dalam blog cikserai..terutamanya dalam kotak jerit belah kanan tu ha!

ni first time elmaranji ni jenguk cikserai..sebab tu dia cakap camtu kan..

amal pulak cakap cikserai budak comel.hahaha..timekaseh amal..sayang kamu!
untuk makluman sume, cikserai baru kenal budak cun ni..

telur ajak cikserai mencarut kat blog dia..tapi tak reti la nak mencarut ni..cikserai kan budak baik.

tadi cikserai terbuang angin kat blog kuman..hahaha..naseb la..bau kentut tu  4 hari 4 malam tak hilang..


bella cakap dia suka baca blog cikserai..timekaseh tau..nanti jenguk la lagi eh!cikserai rajin rajinkan diri update entry buat bella..

budak kecik ni kawan yang paling awal cikserai lepas terjebak dalam dunia blog yang best ni..best ke?

ini cikserai tak tahu sape..timekaseh puji blog ni..nanti kalau singgah lagi, bagi la link eh!

cikserai dapat bawang dari kyle..nanti boleh buat bawang goreng banyak banyak..hahahaha


eh! amal singgah sini lagi la!

awek  fahrin yang seksi pon ade tau..tapi betul ke ni awek fahrin??

tetamu cikserai ni cakap blog ni comey..tapi cikserai still tak tahu la kat mane yang comeynye..

ok la..tu je la untuk petang ni..cikserai mau pergi pasar malam jap..babai..jap jap jap..
blog ni best ke??gtau sikit..

<--- kalau suka entry ni, klik la

shawlipop contest

tadi masa tengah sibuk blogwalking, tetibe cikserai nampak banner shawlipop contest kat 1 blog..tapi dah lupa la blog tu nama ape..tapi..cikserai nak timekaseh gak kat tuan punye blog tu..kalau tak, tak kan la cikserai boleh join contest ni kan kan kan..bila dah kemaruk kat shawl, macam nilah jadinya. cikserai nak join jugak..banner contest ni cantek!maaf..ini bukan ayat bodek..tapi betul..cikserai suke shawl kat banner ni..


dengan ini disertakan juga maklumat untuk shawlipop contest..wah..ayat nak skema..

Bila contest ni bermula?
Dari 9 Oktober 2010 (Sabtu) hingga 9 November 2010 (Selasa)

Siapa yang boleh join contest ni?
Contest ni terbuka untuk semua, tidak semestinya pelanggan shawlipop sahaja. pihak shawlipop tidak akan bias ok!

Apa yang kamu perlu buat untuk menyertai contest ini?
First, like shawlipop di facebook (sila refer sidebar). Jika kamu tiada facebook, macam cikserai ni.. sila jadi follower blog shawlipop yang comel ni ye!.
Second, pilih satu gambar (gambar kamu menggayakan shawl) yang paling menarik dan sertakan dalam sebuah entri bertajuk shawlipop contest.
Third, sila letakkan link shawlipop di entri blog kamu. tu je..

kalau lelaki nak join, cikserai rasa boleh je..tapi kena pakai shawl la..hahaha..ade ke yang sanggup?haish..cikserai rasa berdebar debar la pulak nak tempek muka sendiri kat blog ni..ini first time cikserai nak tempek muka sendiri yang comot kat sini..semata mata nak masuk contest shawlipop ni..semangat betul..nak menang shawl dan hadiah istimewa dari oversea gitu!..kepada sesiapa yang mengenali cikserai, harap harap kamu buat buat tak tahu je ok!

inilah cikserai yang comot tapi comel..

eh sori sori..silap pulak..ni baru betul gambar cikserai..


best jugak bila join contest ni..cikserai boleh jumpe lagi ramai blogger yang pakai shawl..nanti boleh try gaya diorang pulak..try la tengok kat blog shawlipop ni..

nak join tak??

<--- kalau suka entry ni, klik la

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


first time cikserai join giveaway camni..giveaway ni mamazakwan yang punye!




syarat syarat penyertaan pon mudah sangat..sebab tu cikserai join.

Jadi follower 
Copy & paste banner 
ke entry & sidebar beserta link


Tajuk Entry :
Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway! sahaja


Linkkan entry 
anda ke entry ini


Tamat pada 03/11/2010 (12am)

notakaki 1 :: sesape yang teringin nak dapat beg yang comel ni, join la..
notakaki 2 :: cikserai suke kumpul beg macam ni..
notakaki 3 :: mamazakwan nak pilih 3 orang je nanti..agak2 ade tak rezeki cikserai??

<--- kalau suka entry ni, klik la

bila hati berkata kata

bila hati berkata kata.. itulah tajuk entry kita hari ini ye..kenapa tajuk macam ni?? sebab cikserai pon tak tahu nak letak tajuk ape..tapi sekarang ni itu jue yang terlintas..sebab semua yang cikserai nak tulis hari ini datang dari hati..sama jugak macam blogger lain kan..kalau tak ada hati nak menulis, tak jadi la entry tu kan..kan kan kan..

sekarang ni cikserai dah jarang update blog ni. alasan? biarlah rahsia.hohoho..sebenarnya cikserai tengah sibuk ambil lesen dan ade kerja laen sikit..

cikserai amek lesen motor je..nak amek kereta, tak mampu lagi..tapi kalau ade sesiapa nak sponsor, ok jugak kan..ni pon, cikserai baru sampai rumah. tibe tibe rasa rindu kat blog ni. sebab tulah cikserai jenguk kejap..tulis ape yang cikserai rasa..penat..memang penat hari ini.. 

kalau sebelum ini, cikserai pergi belajar motor, pukul 7.30 pagi dah terpacak kat institut memandu tu..tapi tunggu punya tunggu, pukul 10 baru lah boleh jalan. hari ini cikserai gerak awal sikit la..7.15 da ada kat sana. tapi hampeh!same je pukul 10 gak..
huh!penat menunggu..bila budak budak tu dah start belajar, kami yang menunggu ni..tengok je kan..tapi hari ni tetibe rasa sakit hati dekat budak2 laki yang tengah belajar tu..diorang bukannya nak maen sangat, tapi bila sampai kat kawasan nak brek mengejut tu, sume pakat duk tepi tepi..konon bagi laluan kat orang lain..ade tu siap ngorat lagi..haish..geram!! kalau taknak belajar, baek tak payah amek moto tu.bagi kat orang ramai yang penat menunggu ni..huh!malas lah nak cite lagi pasal budak budak tu..

cikserai ada lagi 2 jam nak belajar moto..masa mula mula dulu, ingatkan tak penat sebab nampak senang je.. tapi bila dah naek moto tu, rasa kebas bontot ni ha.. dan hasilnya sekarang selepas berjemur, kulit cikserai yang dah memang hitam ni, bertambah lagi hitam.hohoho.oh! sebelum cikserai lupa, cikserai dapat sorang kawan baru..Mak Dah namenye..umur dia 43 tahun..baik sangat.

ok lah..itu je yang hati cikserai boleh bagitahu setakat ni..nanti kita sambung lagi eh!

notakaki 1:: cikserai tengah tunggu hadiah dari mak sampai..
notakaki 2:: cikserai masa 1st time belajar moto, jatuh titi..kamu??pernah tak??


<--- kalau suka entry ni, klik la

heart songs




weezer - heart songs

dengar je la lagu ni ye!
penyakit malas tulis entry cikserai dah sampai..

cikserai suke lagu ni..kamu suke tak?? 

win iPhone 3G 16GB from top referrer contest

mau menang tak? kalau mau menang, join la contest ni. senang je. tak susah pon.
contest ni bermula 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010.
syarat syarat penyertaan senang je ok!
kalau mau menang klik je gambar ni. tengok kat laman sesawang asal.

walimatulurus.net

kisah hidup dr. sheikh muzafar sukor dan sosilawati

maaf..tajuk entry ni tiada kena mengena pon dengan isi entry ni. cikserai tak tahu sangat sebenarnya pasal kisah hidup mereka. tapi ini adalah kata kunci yang datang singgah ke blog cikserai ni..



cikserai pon pelik ni..macam mana diorang boleh masuk blog cikserai guna keyword tu eh..nak kata cikserai ade buat entry pasal diorang. takde la pulak..

kamu ade idea tak?
Chicken Emoticon

bila kamu dihargai seseorang


hari ni cikserai adalah seorang yang sangat rajin. maaf. cikserai puji diri sendiri pulak. bukannya apa. cikseri ni bukanlah blogger yang rajin untuk update blog ni.dah la malas update blog, blogwalking pon malas. teruk betul la cikserai ni kan. tapi bukan cikserai nak cerita pasal cikserai dalam entry kali ini. tapi pasal award yang cikserai dapat. hari ini cikserai dapat award beatiful pulak..suke suke suke!



1. Thank the person who gave you the award and the link of the person
terima kasih buat cik nusha yang susah payah bagi award beautiful ni kat cikserai. cikserai tau cikserai cantik..hahaha.. terima kasih kerana menzahirkan lagi. [maaf, cikserai memang perasan]
2. Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome
ok lah. sekarang ini cikserai nak bagi award kat blogger yang cikserai tau. maaf kalau kamu yang baca ni cikserai tak senaraikan eh.

maaf.lepas ni, cikserai akan selalu jenguk kamu ye!jangan sedih2 tau..

blog ni cantek..cikserai suke

cikserai suke header dia :)

nama ni selalu ada dalam kotak jerit cikserai.timekaseh awak!

cikserai dapat saguhati dari mak semalam.hehe

kamu tak senget kan?

jejaka idaman malaya?

pengomen tegar cikserai

teruna suci

nak telur 30 bijik boleh? cikserai mau buat kek coklat

nurul aini syuhada?

tq bro.slalu ada di blog cikserai

selamat berkenalan awak!

cikserai rindu kamu

terus sokong cikserai ok!

amek tau..kalau tak amek siap la nanti!!kalau dah pernah dapat award ni, abaikan jela eh!

ikhlas dari cikserai~

doa memohon 12 pintu kebaikan


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

dapat surat dari nuffnang

hari ni cikserai dapat utusan baik punye dari nuffnang..surat ape??surat cinta lah. nuffnang kan pakwe ke 2 cikserai. ok ok..serius..tadi pagi cikserai antar tiket kat nuffnang. tanye kenapa pendapatan cikserai tak update pon..sebab dah dua minggu pendapatan tu tak bergerak..cikserai tanya lah..bila nuffnang akan update? bergantung atau minggu ke macam mana.. dan ini adalah jawapan yang cikserai dapat..pendek je



sekarang cikserai dah puas hati da..walaupun sebenarnya tak..hehe..sebab dah lame tak tengok angka bertambah..

notakaki:: korang penah tak jadi camni?

bila ads penat main sorok sorok

malam ni tak tau mau taip ape da..tapi ini ads yang penah muncul sekaligus dalam satu masa di blog cikserai ni. cikserai rasa bukan cikserai saja yang happy bila ads muncul kat blog sendiri kan. lebih lebih lagi kalau blogger baru macam cikserai. layan je la ads yang penah singgah kat blog ni..

ni baru je tadi print screen

ini da lupa da bila..




dan yang warna kelabu ni..sebelum seraiaddicted di makeup..

tu jelah untuk entry ni. 

notakaki:: mesti kat kamu punye blog penah ade macam ni jugak kan?