hujan air di kuala terengganu

hari ini hari ahad. hari ini hujan. hujan hari ini lebat.jadi, hujan ini adalah hujan lebat. hujan ini hujan air. syukurlah, hujan ini bukan hujan batu. kalau hujan emas, lagi syukur. bila hujan, banyak aktiviti yang best boleh dilakukan. antaranya aktiviti menarik ialah:


mandi hujan
bila hujan da turun, walaupun renyai renyai, tetibe kaki ini automatik bergerak menuju ke pintu.hajat di hati nak tengok hujan. bila nampak hujan makin lebat, cakap kat mak nak tengok kawasan rumah camane. nak tengok sayur yang mak tanam camane. terbalik ke tak. hahaha.alasan semata mata. tujuan utama nak maen air. bila dah basah, payung entah kemana, cikserai dengan seronoknya mandi hujan tanpa rasa bersalah. tapi bila dah besar ni, rasa nak mandi hujan ada lagi, tapi sabar jela..walaupun kadang kadang sengaja membasahkan diri dengan air hujan.dan sekarang, cikserai dah tak nampak budak budak mandi hujan. dulu, masa kecik kecik adalah.. kenapa eh?

makan makanan panas
ha,yang ni cikserai suka. bab makan., hahaha. badan sekarang ni pon, da macam belon da. bila hujan, cikserai suka air kopi.panas panas. kalau yang mak buat lagi sedap!pastu cicah pulak dengan biskut. tapi, kalau dapat ubi kayu rebus lagi sodap..


tidur
yang ni, cikserai pasti..ramai orang suka kan. kalau siang, cikserai tak suka sangat tido.kalau malam, best la.hujan, pastu selimut..pastu bukak kipas lagi. hahahha

dan ni antara gambar yang cikserai amek tadi. time melawat kawasan rumah. jadi yb tak diiktiraf jap.
ni bunga ulam raja


ini bunga peria





cikserai suka gambar ni

ni kebun sayur mak.dah jadi macam hutan.baru ni, pokok durian patah time hujan lebat. habis, semua pokok peria mak. daun kesum pon sama.



maaf.gambar tak cantek. tak sempat nak edit

<--- kalau suka entry ni, klik la

3 comments:

  1. Masa hujan paling best untuk tido jer... memang best... garden hang cantik lagi :)

    ReplyDelete
  2. Suka bau udara lepas ujan...best..bau rumput basah...

    ReplyDelete