hujan hampir 24 jam kot

sekarang ni dah masuk bulan 12 dah. hanya tinggal sikit ari je lagi kita nak pergi ke tahun baru 2011.. tapi entry ni bukan nak cakap pasal tahun baru. tapi musim hujan yan melanda sekarang ni. ok..

sekarang ni cikserai kat kampung kat kuala terengganu. dua tiga hari ni, asyik hujan je. tapi biasa la kan. orang cakap musim tengkujuh. tapi hari ni, langsung tak nampak matahari. hujan dari semalam lagi. kalau reda pon, kejap je. tapi still renyai renyai la.

cikserai bukan tak suka hujan.suka sangat sangat. jap jap jap. ni bukan band hujan yang nyanyi tu tau! ni hujan yang turun dari langit tu ha. tapi kadang kadang banyak gak masalah yang timbul bila hujan lama lama ni.

bila hujan, confirm sejuk. kalau nak tido memang syok.tambah pulak bukak kipas, pastu selimut. hahaha. taktik untuk bazirkan letrik. tapi yang tak bstnya,  asyik nak terkencing je. time tido pon 3 4 kali bangun semata mata nak pegi toilet. kalau la cikserai buat perangai malas nak bangun, camane? hahaha..dan hari ni cikserai rasa tak tau la da berapa kali masuk toilet. rasa rasanya setengah jam sekali kot. naseb baek tak kena bayar. dibuatnya kena bayar macam nak masuk public toilet, memang pokai la.

bila nak mandi pulak, sejuk memang tak payah nak cakap la. tau kan camane. tambah pulak rumah cikserai guna air perigi. air tangki ada, tapi cikserai rasa lagi sejuk kot. dan towel pon lembap semacam je. nak jemur pon, confirm tak kering. dan sebagai solusinya, semua orang kat rumah ni guna 2 3 towel buat giliran. hehehe.

oh! lagi masalah bila hujan macam ni. bila basuh baju, lambat nak kering. ampaian pulak kat luar rumah takde bumbung. masalah lagi. jap. penghuni rumah cikserai ramai tau. 11 orang. bila weekend abang abang cikserai balik. kalau tak, kurang la sikit. dan ade pulak yang kat rumah ni, jenis suka tukar tukar baju. lagi la. dan pasti.. hanger mesti tak cukup. kalau orang lalu depan rumah cikserai, mesti akan nampak macam kedai jual baju bundle.

 tetibe lak rasa da panjang entry ni. tapi rasanya merapu je kot. maaf. terpaksa stop sini. nak g toilet lak. dan sekarang ni ketika entry ni tengah ditaip, hujan makin lebat. dan tajuk entry tak lagi sesuai. hujan dah lebih 24 jam kot..

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan 

Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini Sign up 

for PayPal and start accepting credit card 

payments instantly.