Segmen up follower dengan sepantas kilat

haish..dah lama cikserai tak join segmen, contest atau sebagainya di blog ni. maklumlah, dah lama tak berblog kan. name je dah lama berblog, tapi penulisan masih macam budak tadika yang baru belajar buat karangan.

tapi dengan azam baru, semangat baru, cikserai mau join segmen ni.


SEGMEN UP FOLLOWER DENGAN SEPANTAS KILAT

Ok. segmen ni dianjurkan oleh anysnadhilah. cikserai rasa first time kot jumpa blog ni. tapi serius kagum. sangat comel! kalau kamu nak join, sila lah ke blog anys nadhilah ye! 

belum cuba, belum tau!

penangan Running Man

tiba tiba teringat nak update entry pasal running man lepas baca entry apihelnino.


 terima kasih ya kerana bagi idea ini. cikserai pon suka tengok variety show korea ni tapi kadang kadang tak sempat nak tengok. cuma kalau sempat, cikserai tengok. dan   bila sebut je pasal running man ni, automatik membuatkan cikserai rasa menyampah walaupun cikserai suka tengok benda alah ni.kejap suka, kejap menyampah. menyampah kenapa pulak? bukan sebab mereka yang didalan running man itu. tapi faktor utamanya ialah rakan praktikal cikserai iaitu cik A bukan nama sebenar.

ok. ceritanya bermula dengan ini. pada suatu malam ketika mula mula sampai di tempat praktikal itu, cikserai tak tahu lagi dengan perangai sebenar cik A ini. biasalah kan. masa mula mula jumpa, tak ada siapa pun tahu bagaimana peribadi orang disekeliling kita. begitulah juga kisahnya dengan Cik A ini. mula mula nampak bagus je. semua kerja nak buat. sampai orang lain tak merasa nak buat benda tu semua. namun, semuanya berubah bila Cik A mendapat stok variety show Running Man daripada adiknya.

alkisahnya, cik A beritahu kepada cikserai yang dia ada lebih 50 episod running man itu. wow!banyak kot. tapi tak kisah la sebab cikserai tak tengok sangat takut ketagih. dan...ya! itulah yang berlaku pada Cik A dan mula ketagih dengan running man.

dan ini adalah semua yang berlaku selepas Cik A ketagih dengan Running Man:


  • apabila bersembang, pastinya ada dia menyebut "kalau dalam running man..dia...."wah..sangat bosan bila terlalu banyak perkataan "RUNNING MAN" yang didengar memandangkan tempat cikserai praktikal itu tidak ada talian internet dan tv. kami terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.konon nak jaga hati.tapi.... cheese!
  • setiap malam, Cik A akan bertapa dihadapan laptop kesayangannya bermula selepas maghrib menonton running man.setiap malam 1 episod. dan gelak ketawanya akan kedengaran sehingga selang 3 bilik. nasib baik cikserai tak sebilik dangan Cik A. fuhhh. lega.
  • selepas itu, selang  2 3 malam , teman sebilik Cik A mengkhabarkan kepada cikserai yang Cik A berjaga sepanjang malam kerana  menonton "midnight movie aka running man".ini kerana dia terjaga pukul 4 pagi mahu ke tandas dan mendengar gelak tawa Cik A itu. kesian teman sebiliknya yang terpaksa mendengar hilai tawa Cik A yang kadang kadang agak mengerikan. sekali lagi syukur cikserai tak sebilik dengannya. hahahaha
  • mula mengabaikan tugas yang diberikan oleh penyelia. orang lain dah hampir menyiapkan tugas, mukanya masih tak muncul juga. selalu juga keluar dari bilik tengah hari. masa itu, orang dah mula nak berehat, penat. tapi, Cik A muncul dengan mata bengkak. bila tanya kenapa? jawabnya tak terjaga.tengok running man semalam. sakit hati kan??orang lain pun, tengok jugak midnight movie. tapi tak ade lah sampai macm tu..
  • bila bos ada, cepat je Cik A bangun dari tidur dan serius rajin mengalahkan orang lain. bila ditanya, dia adalah wakil kami semua walaupun dia tak terlibat langsung masa kerja itu dijalankan. bila bos tanya soalan kat dia, dia tak boleh jawab. kami semua diam tanda protes. padan muka!
terlampau banyak kalau nak disenaraikan apa yang berlaku kepada cik A disebabkan oleh Running Man. dan sama sama lah kita mengambil iktibar ya. apa yang baik, kita buat. yang penting, jadilah diri sendiri dan jangan pentingkan diri sendiri. 

4 BE walaupun dah lama tak layan blog

ye. itu adalah tajuk hari ini. cikserai agak terkejut. baik jugak hati encik nuffnang ni ye. walaupun dah lame cikserai tak berblog. agak agak kamu, kenapa diorang bagi BE ni kat cikserai eh?? mau buat calon menantu ke?? hehehehe. ape pon, ribuan terima kasih buat nuffnang. muahhh! sayang kamu ketat ketat.

nah..ni buktinya. malas nak sorok amount.ciput je~


sila bagi semangat kat cikserai ok!

haaa..sesiapa yang baca entry ni, silalah dengan segera bagi semangat ye! semngat apa? suka hati kamu la.hehehe. cikserai tengah seronok ni.  memandangkan PC cikserai ni baru je sihat, cikserai harap lepas ini, cikserai akan lebih rajin berblog. dan moga blog ini terus meriah. ok! tu je. babai~

pergilah raya, datanglah kerja

huh! cikserai sudah penat bila mana hari raya dalam hidup cikserai sudah berakhir. ini kerana hari raya cikserai hayalah pada hari raya yang pertama sahaja. dan ini telah menyebabkan hidup cikserai teramatlah bosan berada di rumah tanpa berjalan jalan ke mana mana. mahu ke sana ke mari, ketiadaan transport pula. keaadan yang amat tidak disukai menyebabkan cikserai ingin cepat kembali ke dunia kambing, menjadi gadis ladang. esok cikserai akan kembali ke sana. dan entah bila pula cikserai akan menjenguk blog ini. oh! sungguh kesian rasanya. banyak yang ingin cikserai kongsikan tapi keaadan internet yang amat terhad menghalang pergerakan kami. oh! nasib.

hari ini di sini, di tempat tinggal cikserai hujan renyai renyai menyiram bumi. sejuk sikit hati yang tengah panas mendidih, menggelegak dan keadaan yang sewaktu dengannya.

buat kak naa puyuh yang bertunang hari ini, selamat bertunang. maaf tak dapat memenuhi impian kak naa untuk hadir sama ke majlis itu. nanti kawen kami pergi serbu ramai ramai ye! ahad ni kita jumpa, kita story mory la apa yang patut ok!

dan buat cik diva, jumpa kamu esok!

salam aidilfitri

entry simple di malam raya buat semua rakyat malaysia yang menyambut aidilfitri. mohon maaf zahir dan batin buat semua. moga kita semua bergembira di hari raya ini. dan kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati hati.

akhir kata, selamat hari raya!



kehidupan sebagai gadis ladang

sekian lama cikserai bertapa akibat terpaksa bermastautin di dalam hutan, kini cikserai kembali. sudah lebih satu bulan rumah cikserai sunyi tanpa kehadiran entry baru. dalam masa sebulan ni, banyak sangat benda yang berlaku kat cikserai. tapi boleh dikatakan banyak yang happy berbanding yang sedih. sekarang ni cikserai sedang menjalani praktikal di sebuah ladang ternakan kambing. mesti ramai yang tak suka dengan bau kambing kan? dulu, masa first time sampai kat sini pon cikserai macam tu jugak. tapi sekarang, kalau tak jumpa kambing, mesti hidup tak tenang. muahaha..

hidup kat dalam ladang ni, walaupun jauh dari dunia luar, tapi best jugak. sebab banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. contohnya, memburu puyuh hutan di tengah malam, memancing ikan patin, masuk hutan, menghancurkan sarang tebuan, dan banyak lagi la.memang tak bosan kalau duduk kat sini dapat pulak penyelia yang boleh jadi geng. lagi syok.! disini disertakan bukti bagi mengukuhkan penerangan yang tak seberapa di atas.


 ini kereta penyelia.

 suasana pagi di ladang.

 kalau nak naik fiber boat pon boleh!

 suasana petang di ladang! scene view dari kolam ikan patin

 gadis ladang menuju pulang ke farmstay.

 petang nisfu syaaban


 belakang farmstay.

 kolam ikan patin. sesiapa yang nak memancing, boleh datang sini. 1jam RM10, 3jam RM20.ikan boleh bawak balik sebanyak mana yang dapat dipancing.

 petang bersama teman.

 mau belajar naik lori? disini lah tempatnya.

akhirnya, inilah nama company tempat cikserai sedang praktikal. cosmopal sdn bhd. 


wordless wednesday #1


iklan grapevine singgah blog cikserai

mode terkejut lagi. tadi tengah refresh nak renovate blog, tiba tiba cikserai nampak ada iklan grapevine singgah di blog cikserai. tapi sekejap je. lupa pulak nak print screen. huhuhuhu. tadi iklan tu pasal toyota vios.

mungkin lepas ini, iklan itu akan muncul lagi kot. sesiapa yang rasa nak mencuba nasib, boleh la jenguk blog cikserai lepas ni.

untuk maklumat lanjut berkaitan toyota vios, layari http://grpv.cc/Kq5

wajah baru blogger in draft blogspot

hari ini dengan niat ingin menaip entry baru terbantut. sebab masa bukak page draft blogger dah lain. terkejut gak tengok! tapi cikserai suka lah. nampak lagi kemas, teratur dan yang paling penting simple.






mungkin lepas ini akan membantu cikserai jadi lebih rajin menaip entry baru. hahahaha! moga moga tercapai cita cita itu. doakan ye!

iklan grapevine..akhirnya ketemu jua

hmm..petang ni sejuk sikit. tadi baru lepas hujan. ingat nak share benda ni dari tadi lagi. sebab tak berani nak ambik risiko, cikserai hold dulu. dan sekarang cikserai nak bagitau. cikserai dah jumpa iklan grapevine! seronok sangat. hahahahaha! tapi cikserai dah lupa lah kat blog mana cikserai jumpa tadi. lepas cikserai isi form kat iklan tu, churpchurp pun hantar la email kat cikserai. ni buktinya.


dan bila cikserai click redeem earning, lagi la terkejut! kenapa? sebab cikserai nampak ada 2 kempen grapevine kat situ. tapi still tak ada earning la..


ni just nak share grapevine campaign dengan korang!

 




income churp churp updated RM 655.5

pagi ni setelah lama tak menjenguk laman churpchurp, cikserai nampak pertambahan nombor itu. wah.! sangat gemmbira.dan  ini adalah hasil setelah hampir setahun cikserai join churpchurp ni.

jom tengok!


eh silap taip la. yang sebenarnya RM 65.55 je. maaf ye! cikserai harap lepas ni cepat la nombor tu bergerak. nak jugak merasa duit dari churpchurp ni :)

wish u always be here

hari ini merupakan hari terakhir cikserai pergi ke kelas. hari ini tak belajar pon. cuma exam separuh hari. namun agak terkejut jugak tadi sebab soalan exam itu langsung tak dijangka. nak kata susah tak jugak. nak kata senang pon tak. tapi ok la sebab dapat jawab. tadi exam, terus dapat markah. dan instructor pon tak kedekut markah. tu yang paling best. buat esei pendek pendek pon still dapat markah banyak. best kan!

cikserai amat hargai semua kenangan yang cikserai dapat kat sini. banyak sangat. kalau nak taip, memang tak habis. sebelum masuk program ni, cikserai macam di awang-awangan. tak pasti mahu ke mana. tapi bila dah join program ni, cikserai rasa macam dunia ni makin luas. dan masih banyak lagi yang belum ciksrai explore. kebanyakan daripada kami mengakui bahawa tahap keyakinan diri makin meningkat. bukannya apa. dulu takut bila nak kena present depan orang ramai. tapi disebabkan kami selalu buat presentation, boleh dikatakan hampir setiap hari dalam tiga bulan ni. memang pengalaman yang tak boleh lupa.

ini foto kami, bukan foto kamu :)

kami gadis biotech. peace!

kawan kawan pon semua ok! memang terbaik.terbaik dari ladang habaq hang! hmmmm....lepas ni tak tahu la bila lagi dapat jumpa dengan kawan kawan ni. yang dapat tempat praktikal sekali ok la. yang lain? moga kami sentiasa berhubung lepas ni. cikserai tak mahu la taip lagi. nak letak gambar. nak kamu semua tengok wajah kami di sini. dan apa yang cikserai boleh bagitau, kamu semua akan selalu dalam hati cikserai.




 


cikserai akan rindu kamu semua! xoxo

rumah siap, pahat masih berbunyi...

hmmm...sekarang ni cikserai sedang bertungkus lumus untuk mengecat rumah cikserai yang dah lama terbiar. bila dah lama tak ubah, rasa tak best la kan. tak sedap mata nak memandang.. tapi, memang betul la orang kata. kadang kadang bila rumah siap, pahat still berbunyi. tapi dalam kes cikserai ni, bukan pahat yang berbunyi, tapi mouse dan keyboard yang lebih bunyinya.

cikserai pon dah penat ni. kalau ada apa apa komen tentang hiasan rumah baru cikserai, sila la bagi cadangan ye! akan dipertimbangkan nanti!tata!

 cikserai rindu saat itu!

selamat hari guru, cikgu!

hari ini 16 may. cikserai rasa semua orang tahu hari ini hari apa kan..

di kesempatan ini, cikserai mahu ucapkan selamat hari guru buat semua guru yang pernah mengajar cikserai sejak dari kecil sampai la cikserai besar sekarang ni. kalau ikutkan hati, mau je pergi ke sekolah. nak sambut hari guru sama sama dengan kawan kawan. tapi kan. cikserai segan. ish. rindu dekat cikgu yang sorang tu :)
hahahaha

selamat hari guru buat semua guru di seluruh dunia!

pertama kali dalam hidup cikserai

hari ini hari selasa. tapi apa yang istimewanya hari ini?bagi orang lain, mungkin ada yang rasa istimewa, dan mungkin juga tak ada yang rasa istimewa. istimewa apa pulak ni? haaa.itu terpulang la pada masing masing kan. tapi bagi cikserai hari ni sangat istimewa sebab cikserai dapat merasai satu pengalaman baru.

sebelum ni cikserai selalu rasa takut nak cuba aktiviti ni. tapi tadi, cikserai kuatkan semangat, cekalkan hati, tenangkan minda dan isi jugak borang tu. borang apa? heeee...malu la cikserai nak cakap. sebenarnya cikserai isi borang nak derma darah tadi. serius berdebar tadi. isi borang pon tangan shaking. hahahaha. mesti kamu rasa cikserai penakut kan?? tapi..cikserai mengaku la memang cikserai takut dengan benda benda yang berkaitan medikal ni. :)

nak dijadikan cerita, cikserai terjerit kot masa mula mula MA nak ambik darah.malu kot. siap buat muka lagi. orang lain cikserai tengok ok je. hish malu malu. pastu cikserai siap bagitau lagi kat MA tu, sakit. hahahahaha..cikserai rasa la kan. hampir semua medical staff yang cakap dengan cikserai, cikserai akan tanya sakit ke tak. harap badan je besar. tapi petakut.

akhirnya cikserai berjaya jugak melalui detik detik yang mencemaskan. tapi serius, sekali pon cikserai tak tengok masa nurse tu cucuk jarum kat tangan cikserai. scary kot!!!

*nota kaki:: cikserai nak letak gambar tadi.tapi internet slow pulak. tensennya!!

tempoh sebulan makin hampir dan cikserai??

malam ni, tajuk entry cikserai agak pelik cikserai rasa. dah lama cikserai tak singgah blog ni. dah tak tau nak buat karangan apa kali ni. maaf kalau kamu rasa ayat cikserai asyik sama je dengan entry entry cikserai sebelum ni. cikserai sebenarnya tengah tension buat proposal. due date ari isnin ni. cikserai tengah buat proposal berkaitan herba. maklumlah. sekarang ni cikserai jadi trainee kot kat tesdec, bukit kor.

cikserai duduk kat tesdec ni dah hampir sebulan. masa mula mula sampai tu, rasa agak scary jugak la. ye la..tempat ni gila jauh dalam hutan. tak banyak rumah kat kawasan tesdec ni. nak makan pon susah. cikserai selalu makan tom yam je..tak pon kari.. sesiapa yang rasa cikserai makan sedap, sila jangan jeles ok! itu semua hanyalah mee segera. huhuhu

kedai makan kat dalam tesdec 1 je. tu pon selalu takde stok makanan. serius kurus cikserai duk sini..
ish..nak cite panjang lagi..tapi malas la nak taip..lain kali lah ye!selamat malam sayang!

jom kita layan jiwang pulak kali ni..

kali ni cikserai tak mau taip panjang panjang la.. cikserai nak kamu layan je lagu ni ok!



dadali - di saat aku mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

jom jom jom! jom heboh heboh ngan umie!

hari ni kita jalan jalan ambil angin di dataran syahbandar kuala terengganu. ari ni kan ada jom heboh kat sini. first time lepas jom heboh wujud.  cikserai pergi ngan best friend cikserai.namanya umie. kat sini jugak, ikserai nak tempek muke dia kat sini. hahahhaha. bila dah lama berdiri , serius penat sebab ramai orang.sempat gak tengo kamal adli dengan shah jazle. pastu tomok ngan akim. malas la nak taip panjang panjang. kita layan gambar pulak ye!
kami dah penat..

ni la umie. comel kan! ni time nak balik da. 

dan ini cikserai yang semakin gemuk...

syah jazle & kamal adli

umie & irfan. 

tomok & akim. tadi diorang nyanyi sume lagu baru. best!!

tomok!!!! jerit sorang budak perempuan kat sebelah cikserai. amat menyakitkan telinga!

akim yang comel!

eh! tomok lagi!

umie yang kecik.hahahaha

cikserai yang errrrr...

kami lagi!

*notakaki:: gambar tak tersusun. malas nak adjust. sorry!

terima kasih nuffnang!!

terima kasih nuffnang sebab terus bagi ads untuk seraiaddicted walaupun sekarang ni dah tak berapa aktif menaip entry. mungkin untuk bagi semangat baru pada cikserai untuk terus berblog.

terima kasih!

and the result is...



dan semalam lepas gitau mak ngan ayah pasal interview kat LHDN tu, ayah pon gitau yang cousin cikserai pon dapat gak. tapi untuk jawatan lain. tapi tarikh interview tak sama. cikserai dapat 7hb tapi dia dapat 8hb. dan malam tadi kalut pulak nak pegi macam mana. memang kecoh gak la kat rumah semalam sebab telefon rumah asek berbunyi je.. cikserai nak naik bas je tapi ayah macam tak bape nak bagi sangat. cousin cikserai cakap dia nak naik bas je. dia laki..memang tak kisah la kan. dia pon nak tolong belikan jugak tiket untuk cikserai tapi tiket dah habes. untuk dia punye ada la.

fikir punye fikir...


last skali abang cikserai offer diri nak hantar pegi interview tu.. huhuhuhu. serius cikserai rasa macam menyusahkan. dah la kat KL. kalau kat terengganu ni confirm cikserai tak kisah. boleh je nak merempit sorang diri..

and the result is...
cikserai akan pegi interview LHDN 7 Feb ni. doakan cikserai berjaya ye!

surat LHDN sampai kat rumah


tadi tengah hari, surat dari LHDN sampai kat rumah cikserai. surat untuk cikserai pergi interview. jawatan pembantu tadbir perpustakaan. langsung tak ade related dengan apa yang cikserai study dulu.cikserai amek engineering dulu.. huhuhu..tarikh interview 7 Feb ni jam 8 pagi kat LHDN jalan duta, kl. cikserai dah bagitau kat mak ngan ayah tadi. diorang pon tak cakap apa apa lagi. yang tak bestnya, jawatan yang cikserai apply ni, dia nak sorang je..

kalau cikserai pergi nak stay kat mane eh?? ade sesape nak tumpangkan cikserai tak?


iklan kejap.. 
nak tau teknik power affiliate tak??
kalau nak, 

tutorial - energy saving mode


tahu tak masa kita melayari internet ni, kita banyak hasilkan gas karbon dioksida? setiap minit, dianggarkan kira kira 1.2 kg gas CO2 dibebaskan ke atmosfera kita.  
jadi, untuk mengurangkan gas itu, jom kita sama sama buat tutorial ni untuk kita punya blog. 
caranya mudah saja.  
mula mula masuk bahagian design > edit HTML > tick expand widget templates.
lepas tu, tekan ctrl + F cari kod ni  . 
<head>
bila dah jumpa, paste kod dibawah ini di atas kod tadi. 
<script language="javascript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js"></script>
lepas tu boleh la save. ok. dah siap!

bila kita tinggalkan blog kita sekejap, lepas itu dia akan keluar macam ni.kalau tak nampak, sila besarkan.  



itulah yang dikatakan saving mode!

ingat ye kawan kawan. kita bukan mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita. tapi kita hanya meminjam bumi ini dari generasi akan datang. selamatkan bumi kita!