pertama kali dalam hidup cikserai

hari ini hari selasa. tapi apa yang istimewanya hari ini?bagi orang lain, mungkin ada yang rasa istimewa, dan mungkin juga tak ada yang rasa istimewa. istimewa apa pulak ni? haaa.itu terpulang la pada masing masing kan. tapi bagi cikserai hari ni sangat istimewa sebab cikserai dapat merasai satu pengalaman baru.

sebelum ni cikserai selalu rasa takut nak cuba aktiviti ni. tapi tadi, cikserai kuatkan semangat, cekalkan hati, tenangkan minda dan isi jugak borang tu. borang apa? heeee...malu la cikserai nak cakap. sebenarnya cikserai isi borang nak derma darah tadi. serius berdebar tadi. isi borang pon tangan shaking. hahahaha. mesti kamu rasa cikserai penakut kan?? tapi..cikserai mengaku la memang cikserai takut dengan benda benda yang berkaitan medikal ni. :)

nak dijadikan cerita, cikserai terjerit kot masa mula mula MA nak ambik darah.malu kot. siap buat muka lagi. orang lain cikserai tengok ok je. hish malu malu. pastu cikserai siap bagitau lagi kat MA tu, sakit. hahahahaha..cikserai rasa la kan. hampir semua medical staff yang cakap dengan cikserai, cikserai akan tanya sakit ke tak. harap badan je besar. tapi petakut.

akhirnya cikserai berjaya jugak melalui detik detik yang mencemaskan. tapi serius, sekali pon cikserai tak tengok masa nurse tu cucuk jarum kat tangan cikserai. scary kot!!!

*nota kaki:: cikserai nak letak gambar tadi.tapi internet slow pulak. tensennya!!