wish u always be here

hari ini merupakan hari terakhir cikserai pergi ke kelas. hari ini tak belajar pon. cuma exam separuh hari. namun agak terkejut jugak tadi sebab soalan exam itu langsung tak dijangka. nak kata susah tak jugak. nak kata senang pon tak. tapi ok la sebab dapat jawab. tadi exam, terus dapat markah. dan instructor pon tak kedekut markah. tu yang paling best. buat esei pendek pendek pon still dapat markah banyak. best kan!

cikserai amat hargai semua kenangan yang cikserai dapat kat sini. banyak sangat. kalau nak taip, memang tak habis. sebelum masuk program ni, cikserai macam di awang-awangan. tak pasti mahu ke mana. tapi bila dah join program ni, cikserai rasa macam dunia ni makin luas. dan masih banyak lagi yang belum ciksrai explore. kebanyakan daripada kami mengakui bahawa tahap keyakinan diri makin meningkat. bukannya apa. dulu takut bila nak kena present depan orang ramai. tapi disebabkan kami selalu buat presentation, boleh dikatakan hampir setiap hari dalam tiga bulan ni. memang pengalaman yang tak boleh lupa.

ini foto kami, bukan foto kamu :)

kami gadis biotech. peace!

kawan kawan pon semua ok! memang terbaik.terbaik dari ladang habaq hang! hmmmm....lepas ni tak tahu la bila lagi dapat jumpa dengan kawan kawan ni. yang dapat tempat praktikal sekali ok la. yang lain? moga kami sentiasa berhubung lepas ni. cikserai tak mahu la taip lagi. nak letak gambar. nak kamu semua tengok wajah kami di sini. dan apa yang cikserai boleh bagitau, kamu semua akan selalu dalam hati cikserai.




 


cikserai akan rindu kamu semua! xoxo