salam aidilfitri

entry simple di malam raya buat semua rakyat malaysia yang menyambut aidilfitri. mohon maaf zahir dan batin buat semua. moga kita semua bergembira di hari raya ini. dan kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati hati.

akhir kata, selamat hari raya!



kehidupan sebagai gadis ladang

sekian lama cikserai bertapa akibat terpaksa bermastautin di dalam hutan, kini cikserai kembali. sudah lebih satu bulan rumah cikserai sunyi tanpa kehadiran entry baru. dalam masa sebulan ni, banyak sangat benda yang berlaku kat cikserai. tapi boleh dikatakan banyak yang happy berbanding yang sedih. sekarang ni cikserai sedang menjalani praktikal di sebuah ladang ternakan kambing. mesti ramai yang tak suka dengan bau kambing kan? dulu, masa first time sampai kat sini pon cikserai macam tu jugak. tapi sekarang, kalau tak jumpa kambing, mesti hidup tak tenang. muahaha..

hidup kat dalam ladang ni, walaupun jauh dari dunia luar, tapi best jugak. sebab banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. contohnya, memburu puyuh hutan di tengah malam, memancing ikan patin, masuk hutan, menghancurkan sarang tebuan, dan banyak lagi la.memang tak bosan kalau duduk kat sini dapat pulak penyelia yang boleh jadi geng. lagi syok.! disini disertakan bukti bagi mengukuhkan penerangan yang tak seberapa di atas.


 ini kereta penyelia.

 suasana pagi di ladang.

 kalau nak naik fiber boat pon boleh!

 suasana petang di ladang! scene view dari kolam ikan patin

 gadis ladang menuju pulang ke farmstay.

 petang nisfu syaaban


 belakang farmstay.

 kolam ikan patin. sesiapa yang nak memancing, boleh datang sini. 1jam RM10, 3jam RM20.ikan boleh bawak balik sebanyak mana yang dapat dipancing.

 petang bersama teman.

 mau belajar naik lori? disini lah tempatnya.

akhirnya, inilah nama company tempat cikserai sedang praktikal. cosmopal sdn bhd.