pergilah raya, datanglah kerja

huh! cikserai sudah penat bila mana hari raya dalam hidup cikserai sudah berakhir. ini kerana hari raya cikserai hayalah pada hari raya yang pertama sahaja. dan ini telah menyebabkan hidup cikserai teramatlah bosan berada di rumah tanpa berjalan jalan ke mana mana. mahu ke sana ke mari, ketiadaan transport pula. keaadan yang amat tidak disukai menyebabkan cikserai ingin cepat kembali ke dunia kambing, menjadi gadis ladang. esok cikserai akan kembali ke sana. dan entah bila pula cikserai akan menjenguk blog ini. oh! sungguh kesian rasanya. banyak yang ingin cikserai kongsikan tapi keaadan internet yang amat terhad menghalang pergerakan kami. oh! nasib.

hari ini di sini, di tempat tinggal cikserai hujan renyai renyai menyiram bumi. sejuk sikit hati yang tengah panas mendidih, menggelegak dan keadaan yang sewaktu dengannya.

buat kak naa puyuh yang bertunang hari ini, selamat bertunang. maaf tak dapat memenuhi impian kak naa untuk hadir sama ke majlis itu. nanti kawen kami pergi serbu ramai ramai ye! ahad ni kita jumpa, kita story mory la apa yang patut ok!

dan buat cik diva, jumpa kamu esok!