Segmen up follower dengan sepantas kilat

haish..dah lama cikserai tak join segmen, contest atau sebagainya di blog ni. maklumlah, dah lama tak berblog kan. name je dah lama berblog, tapi penulisan masih macam budak tadika yang baru belajar buat karangan.

tapi dengan azam baru, semangat baru, cikserai mau join segmen ni.


SEGMEN UP FOLLOWER DENGAN SEPANTAS KILAT

Ok. segmen ni dianjurkan oleh anysnadhilah. cikserai rasa first time kot jumpa blog ni. tapi serius kagum. sangat comel! kalau kamu nak join, sila lah ke blog anys nadhilah ye! 

belum cuba, belum tau!

penangan Running Man

tiba tiba teringat nak update entry pasal running man lepas baca entry apihelnino.


 terima kasih ya kerana bagi idea ini. cikserai pon suka tengok variety show korea ni tapi kadang kadang tak sempat nak tengok. cuma kalau sempat, cikserai tengok. dan   bila sebut je pasal running man ni, automatik membuatkan cikserai rasa menyampah walaupun cikserai suka tengok benda alah ni.kejap suka, kejap menyampah. menyampah kenapa pulak? bukan sebab mereka yang didalan running man itu. tapi faktor utamanya ialah rakan praktikal cikserai iaitu cik A bukan nama sebenar.

ok. ceritanya bermula dengan ini. pada suatu malam ketika mula mula sampai di tempat praktikal itu, cikserai tak tahu lagi dengan perangai sebenar cik A ini. biasalah kan. masa mula mula jumpa, tak ada siapa pun tahu bagaimana peribadi orang disekeliling kita. begitulah juga kisahnya dengan Cik A ini. mula mula nampak bagus je. semua kerja nak buat. sampai orang lain tak merasa nak buat benda tu semua. namun, semuanya berubah bila Cik A mendapat stok variety show Running Man daripada adiknya.

alkisahnya, cik A beritahu kepada cikserai yang dia ada lebih 50 episod running man itu. wow!banyak kot. tapi tak kisah la sebab cikserai tak tengok sangat takut ketagih. dan...ya! itulah yang berlaku pada Cik A dan mula ketagih dengan running man.

dan ini adalah semua yang berlaku selepas Cik A ketagih dengan Running Man:


  • apabila bersembang, pastinya ada dia menyebut "kalau dalam running man..dia...."wah..sangat bosan bila terlalu banyak perkataan "RUNNING MAN" yang didengar memandangkan tempat cikserai praktikal itu tidak ada talian internet dan tv. kami terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.konon nak jaga hati.tapi.... cheese!
  • setiap malam, Cik A akan bertapa dihadapan laptop kesayangannya bermula selepas maghrib menonton running man.setiap malam 1 episod. dan gelak ketawanya akan kedengaran sehingga selang 3 bilik. nasib baik cikserai tak sebilik dangan Cik A. fuhhh. lega.
  • selepas itu, selang  2 3 malam , teman sebilik Cik A mengkhabarkan kepada cikserai yang Cik A berjaga sepanjang malam kerana  menonton "midnight movie aka running man".ini kerana dia terjaga pukul 4 pagi mahu ke tandas dan mendengar gelak tawa Cik A itu. kesian teman sebiliknya yang terpaksa mendengar hilai tawa Cik A yang kadang kadang agak mengerikan. sekali lagi syukur cikserai tak sebilik dengannya. hahahaha
  • mula mengabaikan tugas yang diberikan oleh penyelia. orang lain dah hampir menyiapkan tugas, mukanya masih tak muncul juga. selalu juga keluar dari bilik tengah hari. masa itu, orang dah mula nak berehat, penat. tapi, Cik A muncul dengan mata bengkak. bila tanya kenapa? jawabnya tak terjaga.tengok running man semalam. sakit hati kan??orang lain pun, tengok jugak midnight movie. tapi tak ade lah sampai macm tu..
  • bila bos ada, cepat je Cik A bangun dari tidur dan serius rajin mengalahkan orang lain. bila ditanya, dia adalah wakil kami semua walaupun dia tak terlibat langsung masa kerja itu dijalankan. bila bos tanya soalan kat dia, dia tak boleh jawab. kami semua diam tanda protes. padan muka!
terlampau banyak kalau nak disenaraikan apa yang berlaku kepada cik A disebabkan oleh Running Man. dan sama sama lah kita mengambil iktibar ya. apa yang baik, kita buat. yang penting, jadilah diri sendiri dan jangan pentingkan diri sendiri. 

4 BE walaupun dah lama tak layan blog

ye. itu adalah tajuk hari ini. cikserai agak terkejut. baik jugak hati encik nuffnang ni ye. walaupun dah lame cikserai tak berblog. agak agak kamu, kenapa diorang bagi BE ni kat cikserai eh?? mau buat calon menantu ke?? hehehehe. ape pon, ribuan terima kasih buat nuffnang. muahhh! sayang kamu ketat ketat.

nah..ni buktinya. malas nak sorok amount.ciput je~


sila bagi semangat kat cikserai ok!

haaa..sesiapa yang baca entry ni, silalah dengan segera bagi semangat ye! semngat apa? suka hati kamu la.hehehe. cikserai tengah seronok ni.  memandangkan PC cikserai ni baru je sihat, cikserai harap lepas ini, cikserai akan lebih rajin berblog. dan moga blog ini terus meriah. ok! tu je. babai~