penangan Running Man

tiba tiba teringat nak update entry pasal running man lepas baca entry apihelnino.


 terima kasih ya kerana bagi idea ini. cikserai pon suka tengok variety show korea ni tapi kadang kadang tak sempat nak tengok. cuma kalau sempat, cikserai tengok. dan   bila sebut je pasal running man ni, automatik membuatkan cikserai rasa menyampah walaupun cikserai suka tengok benda alah ni.kejap suka, kejap menyampah. menyampah kenapa pulak? bukan sebab mereka yang didalan running man itu. tapi faktor utamanya ialah rakan praktikal cikserai iaitu cik A bukan nama sebenar.

ok. ceritanya bermula dengan ini. pada suatu malam ketika mula mula sampai di tempat praktikal itu, cikserai tak tahu lagi dengan perangai sebenar cik A ini. biasalah kan. masa mula mula jumpa, tak ada siapa pun tahu bagaimana peribadi orang disekeliling kita. begitulah juga kisahnya dengan Cik A ini. mula mula nampak bagus je. semua kerja nak buat. sampai orang lain tak merasa nak buat benda tu semua. namun, semuanya berubah bila Cik A mendapat stok variety show Running Man daripada adiknya.

alkisahnya, cik A beritahu kepada cikserai yang dia ada lebih 50 episod running man itu. wow!banyak kot. tapi tak kisah la sebab cikserai tak tengok sangat takut ketagih. dan...ya! itulah yang berlaku pada Cik A dan mula ketagih dengan running man.

dan ini adalah semua yang berlaku selepas Cik A ketagih dengan Running Man:


  • apabila bersembang, pastinya ada dia menyebut "kalau dalam running man..dia...."wah..sangat bosan bila terlalu banyak perkataan "RUNNING MAN" yang didengar memandangkan tempat cikserai praktikal itu tidak ada talian internet dan tv. kami terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.konon nak jaga hati.tapi.... cheese!
  • setiap malam, Cik A akan bertapa dihadapan laptop kesayangannya bermula selepas maghrib menonton running man.setiap malam 1 episod. dan gelak ketawanya akan kedengaran sehingga selang 3 bilik. nasib baik cikserai tak sebilik dangan Cik A. fuhhh. lega.
  • selepas itu, selang  2 3 malam , teman sebilik Cik A mengkhabarkan kepada cikserai yang Cik A berjaga sepanjang malam kerana  menonton "midnight movie aka running man".ini kerana dia terjaga pukul 4 pagi mahu ke tandas dan mendengar gelak tawa Cik A itu. kesian teman sebiliknya yang terpaksa mendengar hilai tawa Cik A yang kadang kadang agak mengerikan. sekali lagi syukur cikserai tak sebilik dengannya. hahahaha
  • mula mengabaikan tugas yang diberikan oleh penyelia. orang lain dah hampir menyiapkan tugas, mukanya masih tak muncul juga. selalu juga keluar dari bilik tengah hari. masa itu, orang dah mula nak berehat, penat. tapi, Cik A muncul dengan mata bengkak. bila tanya kenapa? jawabnya tak terjaga.tengok running man semalam. sakit hati kan??orang lain pun, tengok jugak midnight movie. tapi tak ade lah sampai macm tu..
  • bila bos ada, cepat je Cik A bangun dari tidur dan serius rajin mengalahkan orang lain. bila ditanya, dia adalah wakil kami semua walaupun dia tak terlibat langsung masa kerja itu dijalankan. bila bos tanya soalan kat dia, dia tak boleh jawab. kami semua diam tanda protes. padan muka!
terlampau banyak kalau nak disenaraikan apa yang berlaku kepada cik A disebabkan oleh Running Man. dan sama sama lah kita mengambil iktibar ya. apa yang baik, kita buat. yang penting, jadilah diri sendiri dan jangan pentingkan diri sendiri. 

3 comments:

  1. hahaha ezzat pun ketagih dengan running man. tak boleh miss satu episod pun. skrg dah ep 71. huhu

    tapi, prestasi belajar kena stabil jugak. kang tak pasal2 kena marah ngan mak sebab selalu tgk variety show korea. hihik

    ReplyDelete
  2. buat cikserai, selamat bekerja ye :)

    ReplyDelete
  3. @ezzatie: btul tu..blajar rajin2..jangan asyik gk tv je :)

    ReplyDelete