October Blog Giveaway

dua tiga hari sebelum ni cikserai ada menjenguk laman muka buku setelah sekian lama tak menjenguk. mana lah tahu kalau kalau ada yang berkenan di mata. bila buka je, cikserai nampak ada sorang kawan ni post pasal quilling craft. cantik sangat. sebab cikserai memang suka benda benda yang cantik, simple dan kreatif. 

dan bila tahu pasal kraf ni, tangan cikserai mula menggatal mencari info pasal quilling ni kat internet. maklumlah, teknologi di hujung jari je sekarang ni kan. cuma rajin atau malas je penentunya. ye tak? tak sampai seminit mencari, bersepah sepah cikserai jumpa. wah!!! cantiknya.. dan cikserai suka blog lin handmake greeting card dan juga Miyyah@kertas. yang international pon banyak.

dari blog lin tu lah cikserai jumpa giveaway ni. jom kita ramai ramai join!due date 11.59pm on 31th of October 2012.


notakaki: cikserai sedang menyiapkan projek quilling art yang pertama. nanti siap, cikserai post ye!

3 Nuffnang CPUV campaign berjalan

alhamdulillah.. sekian lama tak bergerak aktif dalam dunia blog, namun nuffnang masih tak lupakan blog cikserai ni. cikserai baru je bukak laman web nuffnang, tengok tengok ada tiga cpuv campaign yang sedang berjalan. walaupun masih sedikit jumlah yang terkumpul, bersyukur jela. sekurang kurangnya ada daripada tiada langsung. ye tak? ok dah malas nak tulis panjang panjang. :) 


Kaka yang comel

assalamualaikum dan selamat pagi semua.

siapa suka kucing sila angkat tangan!! yang tak suka kucing, sila belajar untuk suka ya. mungkin bagi yang tak suka kucing, ada kisahnya yang tersendiri. betul tak? 

 sekarang ni, kat rumah cikserai ada enam ekor kucing. tak banyak sangat cikserai rasa. cikserai punya, dua ekor je. seekor, abang punya. tapi yang lagi tiga tu, tak ada sapa yang punya. buat rumah cikserai ni macam rumah sendiri. bila nak makan, masuk. dah kenyang, lari. nak pegang pon tak boleh. haish! 

 kucing cikserai namanya Meyong dan Kaka. Meyong ni dah besar. bulan 11 ni masuk dua tahun kot. cikserai pon dah lupa. tapi hari ni, nak cerita pasal Kaka. 

 nama sebenar Kaka ialah Rebecca. cantik kan. macam mana boleh dapat nama ni? kawan cikerai punya idea. Rebecca ni nama pramugari AirAsia masa kami nak balik trip dari sarawak hari tu. muka dia sangat comel. macam budak budak. masa dalam flight tu, asyik tengok dia je.masa dia senyum kat cikserai, rasa macam Fahrin Ahmad yang senyum kat cikserai. haha. siap tergedik gedik kesukaan.

inilah Kaka...

Kaka budak budak lagi. cikserai bawak balik bulan 6 baru ni. jumpa dalam semak dengan kawan cikserai. masa mula mula jumpa, comot jugak la. dia sesat kot. tapi, Kaka ni bijak la. perangai pon pelik. semua cakap, tak pernah jumpa kucing macam ni. bukannya apa, Kaka ni, pantang orang nak pegang perut dia, mesti nak menggigit.bila dah gigit, tak reti nak lepas. mak cakap, dia ni tak pandai nak bergurau. kadang kadang, bila dengar kereta lalu depan rumah, pergi tunggu kat beranda. nak tengok sapa yang lalu. haha hari tu masa lepak dalam bilik, cepat cepat Kaka berlari naik atas katil pastu bertenggek kat tingkap nak tengok siapa yang ada kat luar. 


bila orang masuk tandas, dia tunggu depan pintu tandas tu ha. bila orang keluar, dia ikut la. bila nak tidur, mesti nak hisap tangan. mungkin sebab dari kecik dia tak meyusu dengan ibu dia kot. tapi yang jadi masalahnya, kalau tak dapat tangan, dia akan jilat muka. bila nampak Kaka masuk bilik, cikserai akan tutup muka dengan tangan dalam selimut. malas nak layan. sampai dah besar pon, masih lagi macam tu. ada cara tak nak bagi dia berhenti buat macam tu eh?

muka mengantuk..

notakaki: kamu ada tak kucing perangai macam Kaka ni? kalau ade, share la dengan cikserai :)

Rahsia Perniagaan Cupcake Dibongkar!

Tahukah Anda Kebanyakan Perniagaan Cupcake Di Rumah Sangat Lumayan?

Kenapa ya? Sudah tentu.

1. Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.

Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaja boleh melakukannya walaupun tanpa pengalama perniagaan.

Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia
langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.

Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
-----------------------------------

Puan Shida merupakan seorang usahawan surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan,
perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar
Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.

Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakan
bisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau.

Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.

Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi
laman web ini 

Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda.

Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan

1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.

Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes
cupcake dari rumah secara part time.

Dapatkan segera! Klik sahaja link ini.

Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Semoga berjaya!

alkisah kek lapis yang berlapis lapis


assalamualaikum semua! ade lagi ke yang jenguk blog cikserai ni.maklumla da lama tak kemaskini.hoho tapi harap harapnya ade la ye walaupon sorang. terima kaseh awak!! ok cukup untuk intro.
berbalik kepada tajuk asal entry ini.kek lapis yang berlapis lapis? iye la.da namanya pon kek lapis.mesti la berlapis lapis kan. sebenarnya taknak la cerita panjang. cuma nak bagitau yang cikserai dah berjaya buat kek lapis sarawak!!! dua kali ok! bukan sekali tau.

masa pertama kali buat, bulan puasa baru ni. saja nak mencuba. alhamdulillah menjadi. walaupon penat menunggu kek lapis tu nak masak. hampir empat jam tau.patut la yang jual kat kedai harganya boleh tahan. cara nak membuatnya pon memerlukan kesabaran yang tinggi.

ini adalah hasil kek lapis yang pertama cikserai buat.




kek lapis yang kedua hasilnya pon ok. kali ni buat untuk jamuan hari raya di balai raya kampung cikserai jumaat baru ni. setiap tahun biasanya mak cikserai akan buat agar agar tapi untuk tahun ni, cikerai cakap "buat la kek lapis." dan mak pon setuju.tapi cikserai dengan adik la yang gigih membuatnya. tapi bila bab membakar, tinggal la cikserai sorang diri tunggu depan ketuhar tu.dan hasilnya? kek lapis ni lagi lembut dan warnanya lagi cantik. cikserai suka sangat. sangat berbaloi bila menunggu terlalu lama.


bila dah bawak kek lapis tu ke balai raya, mak cakap orang tanya beli ke? mak cakap la anak dia yang buat. hehehe nampak sangat dah boleh jual kek lapis cikserai tu. dan petang tu mak cakap kek lapis habis! wah sukanya!
 
inilah rupa kek lapis yang cikserai buat kali kedua.. 





oh ya. selepas raya ni kan, perut cikserai pon dah bertukar jadi macam kek lapis.hahaha.akibat banyak sangat makan. haish. nak diet tapi.... nanti la dulu.hahaha alasan banyak sangat.

notakaki: nak tempah kek lapis cikserai? o(^^o) (o^^)o




kosong....

kosong kosong kosong... nyanyi lagu najwa latif lak pepagi macam ni. ni la akibatnya bila dah lama tak berblog. haish. sedih sedih sedih. ayat pon dah tunggang langgang. ape la cikserai ni. 

ok. sebenarnya cikserai ada banyakkkkkkkkkk sangat cerita yang nak share dengan awak semua. tapi semua tu ada dalam kepala cikserai je. tak reti nak susun ayat macam mana. huh! seksa jiwa raga bila tak dapat nak luahkan apa yang mahu dikongsi. 

oh satu lagi. cikserai tak boleh nak login la akaun nuffnang. dah seminggu try. siap reset password lagi. tapi still tak boleh nak login. nak hantar tiket pon tak dapat nak submit. kenape eh??

wordless wednesday

senja di bumi terengganu.

Published with Blogger-droid v2.0.6

kegilaan baru!

selamat bertemu lagi rakan rakan bloggers! hehehe. ada lagi ke yang kenal cikserai? tapi cikserai rasa mesti dah ramai yang lupa akan kewujudan cikserai kat alam maya ni. tak apalah kan. nak buat macam mana. dah kita yang selalu menghilang kan!.

ok. apa yang kegilaan baru tu eh?

hari tu, lepas telefon bimbit kesayangan cikserai menjadi gila dan membunuh diri, akhirnya cikserai telah menemui cinta baru iaitu telefon bimbit yang menggunakan android..dan dari situlah, bermulanya eksplorasi terhadap dunia baru dalam hidup cikserai. hampir semua apps cikserai download dan cuba. bila tak suke!!! uninstall la jawabnya. hehehe. tapi ada jugak yang melekat dihati cikserai.

inilah dia!!


bila dah kenal dengan apps ni, cikserai jadi gila ambil gambar. habis semua nak masuk instagram. hahaha meroyan sorang diri!

dan inilah dia kegilaan baru cikserai :)

kepada sesiapa yang ada akaun instagram, sila lah follow cikserai ye! carik je " cikserai"

babai, jumpa lagi!

tat telur cubaan pertama

hari ini,marilah kita belajar cara-cara membuat tat telur yang rangup,enak lagi sedap. sebenarnya dah seminggu cikserai peram nak buat entry ni.tapi baru hari ini berjaya dipaparkan kepada umum.


ceritanya bermula begini. pada suatu hari, mak cikserai menyatakan hasrat ingin mencuba menghasilkan tat telur. dan secara kebetulan juga, selang dua tiga hari kemudiannya cikserai telah menemani kawan ke kedai barang kuih dan kek. dan cikserai pun belilah sedozen acuan tat. tapi bila dah bawak balik kat rumah, mak cakap tak cukup. ok takpe. cikserai beli lagi dua dozen. siap dengan bahan-bahan nak buat tat cikserai beli. terkejut mak. hehehe.


pastu cikserai cakap, alang alang dah beli barang, baik buat terus je. dan segala resipi yang ada dikeluarkan. masa mula mula buat tu, cikserai dengan mak tertanya tanya sukatan yang nak digunakan. apa lagi, cikserai pon terus call kawan. tanya pasal sulatan. pastu dia cakap, mak dia maen campur je. tak ikut sukatan sangat.orang lama katanya. bila dah dia cakap macam tu, cikserai pon buat eksperimen je la. nasib la menjadi. ada petua jugak kalau nak bagi kulit tat ni rangup. kalau sesiapa nak tau, silalah bank in duit sepuluh hinggit ke akaun cikserai ye! hehehe gurau je. gunakanlah air sejuk.


dipendekkan cerita, cikserai buat tat telur seorang diri akhirnya sebab mak nak pergi tanam jagung pulak. dan semuanya selesai pada jam 7:30 malam. aduh penat gile. serius cikserai respek sesiapa yang buat tat telur ni. dan tat telur cikserai sedap gile!!! nak?? buat sendiri ye.


Published with Blogger-droid v2.0.4

url baru

hari ini, tetibe saja cikserai terasa nak mengubah url blog cikserai. sebelum ni, cikserai gunakan seraiaddicted.blogspot.com.  tapi hari ni cikserai dah ubah. semua kasi tukarlah! cikserai mau gunakan cikserai.blogspot.com pulak, lagi pendek dan tak lenguh jari menaip. huhuhuhu.

tapi, untuk gunakan domain berbayar, cikserai rasa tak perlu lagi setakat ni. sebab cikserai dah terlalu jarang mengupdate blog ni. kesian kan blog cikserai. bila dah lama tak bukak, baru nak menjenguk. 

owh.lupa pulak nak bagitau. cikserai sekarang ni aktif kat instagram. carik la ye @cikserai. confirm jumpa :)

jumpa lagi!

mengantuk.

saya mengantuk.


itu adalah entri cikserai pada malam ini.


itu aje?


ye. itu aje.


ok.selamat malam semua!


Published with Blogger-droid v2.0.4

maddi jane - price tag



just share sebab cikserai suka sangat tengok video ni. dan cikserai rasa budak ni nyanyi lagi best kot dari yang asal..