tat telur cubaan pertama

hari ini,marilah kita belajar cara-cara membuat tat telur yang rangup,enak lagi sedap. sebenarnya dah seminggu cikserai peram nak buat entry ni.tapi baru hari ini berjaya dipaparkan kepada umum.


ceritanya bermula begini. pada suatu hari, mak cikserai menyatakan hasrat ingin mencuba menghasilkan tat telur. dan secara kebetulan juga, selang dua tiga hari kemudiannya cikserai telah menemani kawan ke kedai barang kuih dan kek. dan cikserai pun belilah sedozen acuan tat. tapi bila dah bawak balik kat rumah, mak cakap tak cukup. ok takpe. cikserai beli lagi dua dozen. siap dengan bahan-bahan nak buat tat cikserai beli. terkejut mak. hehehe.


pastu cikserai cakap, alang alang dah beli barang, baik buat terus je. dan segala resipi yang ada dikeluarkan. masa mula mula buat tu, cikserai dengan mak tertanya tanya sukatan yang nak digunakan. apa lagi, cikserai pon terus call kawan. tanya pasal sulatan. pastu dia cakap, mak dia maen campur je. tak ikut sukatan sangat.orang lama katanya. bila dah dia cakap macam tu, cikserai pon buat eksperimen je la. nasib la menjadi. ada petua jugak kalau nak bagi kulit tat ni rangup. kalau sesiapa nak tau, silalah bank in duit sepuluh hinggit ke akaun cikserai ye! hehehe gurau je. gunakanlah air sejuk.


dipendekkan cerita, cikserai buat tat telur seorang diri akhirnya sebab mak nak pergi tanam jagung pulak. dan semuanya selesai pada jam 7:30 malam. aduh penat gile. serius cikserai respek sesiapa yang buat tat telur ni. dan tat telur cikserai sedap gile!!! nak?? buat sendiri ye.


Published with Blogger-droid v2.0.4

url baru

hari ini, tetibe saja cikserai terasa nak mengubah url blog cikserai. sebelum ni, cikserai gunakan seraiaddicted.blogspot.com.  tapi hari ni cikserai dah ubah. semua kasi tukarlah! cikserai mau gunakan cikserai.blogspot.com pulak, lagi pendek dan tak lenguh jari menaip. huhuhuhu.

tapi, untuk gunakan domain berbayar, cikserai rasa tak perlu lagi setakat ni. sebab cikserai dah terlalu jarang mengupdate blog ni. kesian kan blog cikserai. bila dah lama tak bukak, baru nak menjenguk. 

owh.lupa pulak nak bagitau. cikserai sekarang ni aktif kat instagram. carik la ye @cikserai. confirm jumpa :)

jumpa lagi!