alkisah kek lapis yang berlapis lapis


assalamualaikum semua! ade lagi ke yang jenguk blog cikserai ni.maklumla da lama tak kemaskini.hoho tapi harap harapnya ade la ye walaupon sorang. terima kaseh awak!! ok cukup untuk intro.
berbalik kepada tajuk asal entry ini.kek lapis yang berlapis lapis? iye la.da namanya pon kek lapis.mesti la berlapis lapis kan. sebenarnya taknak la cerita panjang. cuma nak bagitau yang cikserai dah berjaya buat kek lapis sarawak!!! dua kali ok! bukan sekali tau.

masa pertama kali buat, bulan puasa baru ni. saja nak mencuba. alhamdulillah menjadi. walaupon penat menunggu kek lapis tu nak masak. hampir empat jam tau.patut la yang jual kat kedai harganya boleh tahan. cara nak membuatnya pon memerlukan kesabaran yang tinggi.

ini adalah hasil kek lapis yang pertama cikserai buat.




kek lapis yang kedua hasilnya pon ok. kali ni buat untuk jamuan hari raya di balai raya kampung cikserai jumaat baru ni. setiap tahun biasanya mak cikserai akan buat agar agar tapi untuk tahun ni, cikerai cakap "buat la kek lapis." dan mak pon setuju.tapi cikserai dengan adik la yang gigih membuatnya. tapi bila bab membakar, tinggal la cikserai sorang diri tunggu depan ketuhar tu.dan hasilnya? kek lapis ni lagi lembut dan warnanya lagi cantik. cikserai suka sangat. sangat berbaloi bila menunggu terlalu lama.


bila dah bawak kek lapis tu ke balai raya, mak cakap orang tanya beli ke? mak cakap la anak dia yang buat. hehehe nampak sangat dah boleh jual kek lapis cikserai tu. dan petang tu mak cakap kek lapis habis! wah sukanya!
 
inilah rupa kek lapis yang cikserai buat kali kedua.. 





oh ya. selepas raya ni kan, perut cikserai pon dah bertukar jadi macam kek lapis.hahaha.akibat banyak sangat makan. haish. nak diet tapi.... nanti la dulu.hahaha alasan banyak sangat.

notakaki: nak tempah kek lapis cikserai? o(^^o) (o^^)o




4 comments:

  1. wah bestlah dah pandai buat kek lapis..
    bak mai sepotong cikserai

    ReplyDelete
  2. eh padin.. sori la lambat reply..  
    takde la pandai sangat buat kek ni. baru je blajar.
    tapi boleh tahan la..
    nak sepotong??
    laen kali eh bile free.boleh bagi padin rasa :)

    ReplyDelete
  3. hehee nanti2 da pandai OK le tu :D
    don't give up, make a practice
    then u'll master it... 

    ReplyDelete
  4. wah padin.lajunya.
    ha ok..
    tq padin bagi semangat!!!

    ReplyDelete