October Blog Giveaway

dua tiga hari sebelum ni cikserai ada menjenguk laman muka buku setelah sekian lama tak menjenguk. mana lah tahu kalau kalau ada yang berkenan di mata. bila buka je, cikserai nampak ada sorang kawan ni post pasal quilling craft. cantik sangat. sebab cikserai memang suka benda benda yang cantik, simple dan kreatif. 

dan bila tahu pasal kraf ni, tangan cikserai mula menggatal mencari info pasal quilling ni kat internet. maklumlah, teknologi di hujung jari je sekarang ni kan. cuma rajin atau malas je penentunya. ye tak? tak sampai seminit mencari, bersepah sepah cikserai jumpa. wah!!! cantiknya.. dan cikserai suka blog lin handmake greeting card dan juga Miyyah@kertas. yang international pon banyak.

dari blog lin tu lah cikserai jumpa giveaway ni. jom kita ramai ramai join!due date 11.59pm on 31th of October 2012.


notakaki: cikserai sedang menyiapkan projek quilling art yang pertama. nanti siap, cikserai post ye!

3 Nuffnang CPUV campaign berjalan

alhamdulillah.. sekian lama tak bergerak aktif dalam dunia blog, namun nuffnang masih tak lupakan blog cikserai ni. cikserai baru je bukak laman web nuffnang, tengok tengok ada tiga cpuv campaign yang sedang berjalan. walaupun masih sedikit jumlah yang terkumpul, bersyukur jela. sekurang kurangnya ada daripada tiada langsung. ye tak? ok dah malas nak tulis panjang panjang. :) 


Kaka yang comel

assalamualaikum dan selamat pagi semua.

siapa suka kucing sila angkat tangan!! yang tak suka kucing, sila belajar untuk suka ya. mungkin bagi yang tak suka kucing, ada kisahnya yang tersendiri. betul tak? 

 sekarang ni, kat rumah cikserai ada enam ekor kucing. tak banyak sangat cikserai rasa. cikserai punya, dua ekor je. seekor, abang punya. tapi yang lagi tiga tu, tak ada sapa yang punya. buat rumah cikserai ni macam rumah sendiri. bila nak makan, masuk. dah kenyang, lari. nak pegang pon tak boleh. haish! 

 kucing cikserai namanya Meyong dan Kaka. Meyong ni dah besar. bulan 11 ni masuk dua tahun kot. cikserai pon dah lupa. tapi hari ni, nak cerita pasal Kaka. 

 nama sebenar Kaka ialah Rebecca. cantik kan. macam mana boleh dapat nama ni? kawan cikerai punya idea. Rebecca ni nama pramugari AirAsia masa kami nak balik trip dari sarawak hari tu. muka dia sangat comel. macam budak budak. masa dalam flight tu, asyik tengok dia je.masa dia senyum kat cikserai, rasa macam Fahrin Ahmad yang senyum kat cikserai. haha. siap tergedik gedik kesukaan.

inilah Kaka...

Kaka budak budak lagi. cikserai bawak balik bulan 6 baru ni. jumpa dalam semak dengan kawan cikserai. masa mula mula jumpa, comot jugak la. dia sesat kot. tapi, Kaka ni bijak la. perangai pon pelik. semua cakap, tak pernah jumpa kucing macam ni. bukannya apa, Kaka ni, pantang orang nak pegang perut dia, mesti nak menggigit.bila dah gigit, tak reti nak lepas. mak cakap, dia ni tak pandai nak bergurau. kadang kadang, bila dengar kereta lalu depan rumah, pergi tunggu kat beranda. nak tengok sapa yang lalu. haha hari tu masa lepak dalam bilik, cepat cepat Kaka berlari naik atas katil pastu bertenggek kat tingkap nak tengok siapa yang ada kat luar. 


bila orang masuk tandas, dia tunggu depan pintu tandas tu ha. bila orang keluar, dia ikut la. bila nak tidur, mesti nak hisap tangan. mungkin sebab dari kecik dia tak meyusu dengan ibu dia kot. tapi yang jadi masalahnya, kalau tak dapat tangan, dia akan jilat muka. bila nampak Kaka masuk bilik, cikserai akan tutup muka dengan tangan dalam selimut. malas nak layan. sampai dah besar pon, masih lagi macam tu. ada cara tak nak bagi dia berhenti buat macam tu eh?

muka mengantuk..

notakaki: kamu ada tak kucing perangai macam Kaka ni? kalau ade, share la dengan cikserai :)