October Blog Giveaway

dua tiga hari sebelum ni cikserai ada menjenguk laman muka buku setelah sekian lama tak menjenguk. mana lah tahu kalau kalau ada yang berkenan di mata. bila buka je, cikserai nampak ada sorang kawan ni post pasal quilling craft. cantik sangat. sebab cikserai memang suka benda benda yang cantik, simple dan kreatif. 

dan bila tahu pasal kraf ni, tangan cikserai mula menggatal mencari info pasal quilling ni kat internet. maklumlah, teknologi di hujung jari je sekarang ni kan. cuma rajin atau malas je penentunya. ye tak? tak sampai seminit mencari, bersepah sepah cikserai jumpa. wah!!! cantiknya.. dan cikserai suka blog lin handmake greeting card dan juga Miyyah@kertas. yang international pon banyak.

dari blog lin tu lah cikserai jumpa giveaway ni. jom kita ramai ramai join!due date 11.59pm on 31th of October 2012.


notakaki: cikserai sedang menyiapkan projek quilling art yang pertama. nanti siap, cikserai post ye!