perjalanan suka duka 2013 cikserai

hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. dah semakin hampir untuk mengucapkan selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. sara pasti ramai orang yang membuka kembali lembaran hidup 2013 pada hari ini. melihat pencapaian hidup, kenangan manis, suka  dan duka. untuk tahun ini, buat kali pertama sara nak abadikan perjalanan hidup 2013 di blog sepanjang tiga tahun berblog, walaupon tak aktif.

maaf. post ini panjang dan mempunyai banyak gambar.

Januari 2013
masih bekerja sebagai petugas BR1M 2.0. banyak berhadapan dengan beribu ragam orang yang datang ke kaunter. bekerja sebagai petugas yang memerlukan berhadapan dengan orang amatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. antara ragam yang dapat dilihat ketika itu, ada yang mahu petugas mengikut cakap dia sahaja. ada yang siap bertekak mahu menang. ada juga yang menggagguk tanda setuju apabila petugas bagi keterangan panjang lebar. dan ada juga bila dah diterang panjang lebar, bila ditanya faham ke tidak, sengih sengih tak faham. hihi

Februari 2013
Mood bekerja masih seperti biasa. Masing masing tak mahu untuk ditugaskan sebagai operator. tugas untuk menjawab panggilan telefon dari pemohon brim yang teramatlah ramainya. tapi sara terima jela. masa mula mula di bahagian khidmat pelanggan tu, telefon agak jarang berdering. bila ada telefon berbunyi, hampir luruh jantung. bulan ini jugak, menyiapkan tempahan quilling keychain yang kawan tempah untuk majlis kahwinnya bulan mac.
23 Feb - kali  pertama pergi tampal gigi lepas sekian lama tertangguh niat. masa nak tampal tu memang takut sangat sebab dah lama tak jumpa dentist. sara pegang bahagian tepi kerusi tu kuat gila. pembantu dentist tu sengih je tengok. malu aih.. tapi akhirnya berjaya jugak tampal. habis RM72 untuk 2 gigi geraham. tapi dentist tu sangat best.tak sakit.  lembut tak seperti sesetengah dentist lain. masa rawatan pun banyak dia berselawat.

Mac 2013
Dapat tawaran temuduga di LHDN Cyberjaya 18 Mac. berbelah bagi nak pergi ke tak sebab tak ada kawan dapat tarikh temuduga yang sama. dapat pulak hari pertama. yang lain semua dapat tarikh sama. ramai ramai pulak tu. tapi akhirnya abang offer nak hantar. yeay!
17 Mac - pengembaraan bermula. dari rumah, naik bas pergi ke bandar KT. pukul 2 naik pulak bas pergi kemaman sebab abang kerja kat sana. sampai petang kat kemaman sementara tunggu abang ambil, makan kat kemaman waterfront sebab dah lapar. bila nak bayar, bulat bijik mata. mahal. petang tu terus gerak ke Cyberjaya dengan kereta. malam tu tidur bangi. gerak 5.30 ptg. sampai sana dalam pukul 9 lebih.. 4 jam lebih je naik kereta kemaman bangi. boleh bayang tak myvi terbang?
18 Mac - Alhamdulillah selesai interview.dapat giliran 3 petang. petang tu terus gerak balik. sampai kuantan 6.40 petang. bas baru gerak pergi KT. melepas. ambik tiket pukul 8. sementara tu, pergi rumah pak sedara. malam tu sampai rumah pukul 1 pagi sebab driver bas sangat berhemah. esoknya demam.

April 2013
7 April - gigi yang ditampal sakit. pergi klinik yang sama tapi kali ini dapat dentist hensem. doc tanya gigi mana yang sakit. geraham kiri. masa tu gigi memang berdenyut sakit. doc tu pegang sambil goyang nak tengok macam mana. dan tiba tiba jugak tangan sara ni melayang tepis tangan doc tu. terus je doc tu cakap "sakit lagi ni. tak boleh cabut. esok mc". bila difikir balik, malu pun ada. haish. macam mana la boleh tepis tangan doc tu. mesti doc tu pon terkejut.

Mei 2013
5 Mei - pilihanraya kali pertama dalam hidup. keluar rumah lambat. beratur 2 jam. padan muka. calon yang diundi kalah. bengang sebab penat beratur 2 jam.
29 Mei - Accident masa nak pergi kerja. jatuh motor kena langgar dengan kereta. pakcik tu dah tua, mata tak berapa nampak. masuk spital 2 minggu. barulah fikir tentang nikmat kesihatan bila dah rasa kesakitan. xray kaki kiri patah. malam tu doc try tarik kaki, nak kembalikan tulang kepada kedudukan asal tapi tak masuk jugak. kecewa. kaki berat dan gatal sebab kena simen.
kaki kena simen

Jun 2013
4 Jun -  kena operate. bius separuh badan kat tulang belakang. sakit hanya Allah yang tahu masa kena cucuk jarum tu. menggeletar tubuh. 4 jam lebih dalam dewan bedah. kaki kena masuk 7 skru dan 1 besi panjang. sakit. keluar dewan bedah, kepala tak boleh lapik bantal selama 6 jam. 6 petang kesan ubat bius habis. sakit mula terasa. menangis. waktu melawat petang itu orang ramai. ada yang terlanggar besi yang menggantung kaki. sakit. menangsi lagi. malam tu tak dapat tidur.
9 Jun - dibenarkan keluar hospital. bermula kehidupan bertongkat. seksa. baru mengerti hidup orang kurang upaya.
kaki kena jahit
18 Jun - buka benang jahitan. tak sakit sebab luka dah baik.
23 Jun - kaki kiri kena jangkitan kuman. pergi klinik. telan ubat dos tinggi. Alhamdulillah berkesan. doc cakap kalau tak ok jugak, kena rujuk hospital. memang taknak la.
29 Jun - register ahli Shaklee. sebab nak makan untuk sembuhkan luka pembedahan tu. nanti sara buat post lain.

Julai 2013
10 Julai - hari pertama puasa dan checkup di klinik pakar ortopedik. xray. tulang masih tak bercantum. sama seperti sebelumnya. doc cakap salah satu skru kena buang. mulut ternganga lagi. ngeri masuk dewan bedah sebelum ni tak habis lagi. bagi alasan  nak tangguh. doc tu panggil doc senior.kalau lambat buang, nanti effect cara nak berjalan.masa tu lagi sakit kalau nak buang sebab isi keliling tulang dah tumbuh. terdiam. ok setuju.
13 Julai - admit ward
14 Julai - masuk dewan bedah lagi. tapi kali ni tak lama. dalam 45 minit je. kali ini bius kat kaki tu je. masa nak buang skru tu, rasa macam ada gerudi kat kaki. tak sakit. tapi lepas tu baru rasa. tapi tak teruk sangat macam sebelum ni.
skru
skru yang dikeluarkan dari kaki
15 Julai - discharged

Ogos 2013
raya kali pertama sebagai orang kurang upaya. segan sebab semua orang duk perhati je. tapi duit raya masyuk!!
20 Ogos - checkup lagi. doc geleng kepala sambil cakap "masalah besar ni". kaki kena jangkitan lagi. hari tu ambil darah, masuk lab. doc suruh datang balik lepas 2 minggu.

September 2013
xray kaki
ini kaki saya
3 September - checkup lagi. kuman dalam darah tinggi sangat. ambil darah lagi hari ini. xray dah okay. tulang dah nampak bercantum.
abang meyongsubang kedai emas sri harmoni
23 September - Abang Meyong, kucing kesayangan mati. untuk terapi, beli subang emas online.

Oktober 2013
1 Oktober - Checkup lagi. Doc macam terkejut sebab dah tak pakai tongkat. sebelum ni sembang ngan patient lain, dah 5 bulan tapi masih lagi bertongkat. cuma jalan masih tak laju. syukur sangat.
19 Oktober - abang tunang. sebelum tu, gigih buat hantaran. abang cuma beli barang je. lelaki.

tunanghantaran tunang
November 2013 
2 November - kali pertama naik motor lepas accident. membonceng je. pergi pantai dengan adik. jantung berdegup kencang.
17 November - keluarkan semua buku zaman sekolah dulu. nak jual sebab terlalu banyak. perlu kosongkan stor yang tak terlalu besar sebab dah ada penghuni lain di situ, tikus.

buku untuk kitar semulabuku untuk kitar semulabuku untuk kitar semula
Disember 2013 
1 Disember - hati kembali teringin aktif berblog
bulan ni jugak sambung kembali aktiviti quilling sebab nak siapkan yang kawan mintak. dah lama. tapi lepas accident hari tu, bulan ni baru je semangat nak buat balik.
quilling typographyquilling typographyquilling typographyquilling typographyquilling typographyquilling typography

kalau nak diikutkan, terlalu banyak untuk ditaip tapi jari dah tak sudi. hehehe. bila difikirkan balik, kalau sara selalu update blog dulu, mesti banyak yang sara dapat tulis kan? masa tak dapat diulang kembali. redha jela.

sentiasa bersyukur dengan keadaan kita hari ini. kita tak akan tahu apa yang akan menanti kita hari esok

terima kasih jika ada yang sudi baca post ini.

kelebihan herb-lax shaklee

herb-lax shaklee lebih dikenali sebagai detoks. ia merupakan pilihan yang paling digemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan. Detoks ialah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.  Proses ini sangat baik kerana membantu tubuh melakukan proses pembersihan diri secara semulajadi. Setelah tubuh mengalami detoksifikasi, maka tubuh akan merasa lebih bersemangat, produktif, rileks dan segar. Apabila dinding usus kita bersih, badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. antara kelebihan herb-lax shaklee ialah:

◆ pembersihan najis yang tersekat
◆ merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
◆ membantu masalah sembelit
◆ tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
◆ mengempiskan perut
◆ ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


herb-lax shaklee

Siapakah yang perlu mengamalkan Herb-Lax ?
◆ pengamal ubat tahan sakit.
◆ mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar
◆ sembelit 
◆ mereka yang banyak jerawat
◆ pesakit gout
◆ mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru mengambil suplemen

mari kita lihat testimonial mereka yang dah cuba herblax ni:

testimoni herblax shaklee

testimoni herblax shaklee

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi berkaitan produk Shaklee: 
Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp: 0189030794  
Fb page: vita oh vita

kesan pengambilan kolagen ke atas badan dan testimoni kolagen shaklee

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen dan 80% daripada tulang adalah kolagen.



Namun, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen perlu diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit serta membantu meningkatkan kesihatan badan.


KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf

Shaklee menydiakan serbuk kolagen yang berkualiti yang diekstrak daripada sisik ikan merah. ia merupakan sumber kolagen yang tahan lasak. Ujian klinikal menunjukkan 71% pengguna berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan selama 8 minggu.  Namun ada yang ambil 3 sachet dah nampak perubahannya. 





teruja tak? untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi: 
Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp/line/wechat: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: vita oh vita

download borang permohonan brim 3.0 2014 online

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 ( BRIM 3.0 2014 ) adalah bermula dari 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014. Pendaftaran hanya untuk pemohon pertama kali sahaja.

Bagi yang pernah menerima BRIM sebelum ini anda tidak perlu mengisi permohonan baru sebaliknya hanya perlu mengemaskini data peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan maklumat akaun bank jika perlu.


Jika pernah memohon untuk BR1M yang terdahulu tetapi tidak lulus, anda perlu mengisi permohonan yang baru. 

Bagi yang permohonan lulus melalui rayuan juga perlu mengemukakan permohonan baru.

Untuk mengisi borang permohonan BR1M 3.0 secara online, boleh layari



Sila cetak borang selepas memohon sebagai rujukan anda dan untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan

Borang-borang permohonan boleh didapati di pejabat cawangan LHDN, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Persekutuan atau boleh di muat turun sendiri di link: 



Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
      
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014


nota 1: Permohonan BRIM 3.0 hanya akan dibuka pada 23 Disember hingga 31 Januari 2014 secara online. 

nota 2: jika memohon secara manual, pastikan anda mengisi borang bertulis yang bercetak BR1M 2014 dan sertakan salinan kad pengenalan. Jika mempunyai tanggungan, lebih elok jika turut disertakan salinannya bagi mengelakkan masalah di masa hadapan


nota 3: jika ada sebarang pertanyaan berkaitan BR1M 3.0 bolehlah diajukan soalan di bahagian komen. saya akan membantu jika mampu

kelebihan dan khasiat alfalfa shaklee

Hari ni kita kongsi tentang Alfalfa, raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa:
Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
Melegakan sakit sendi dan belakang.
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
Merawat arthitis
Bagus untuk elergi dan ekzema
Merawat athma
Mencuci usus bagi membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit
Membuang angin dalam badan
Milk booster

Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yang lain?

Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin.Dan yang bagusnya ialah Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan kimia. 

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi: 
 Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp/line/wechat: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: vita oh vita

8 panduan memilih kolagen yang baik

kali ni sara nak share 8 panduan memilih kolagen yang baik. lepas ni bolehlah tengok kolagen pilihan anda memenuhi panduan ini atau tak

 Lebih baik pilih dalam bentuk makanan atau cecair berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan
 Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi effect lebih cepat.
 Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
 Pastikan kolagen mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
 Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
 Kolagen juga penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine untuk kesihatan sendi. (bonus point)
 Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
 Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoksin
kolagen pilihan hati sara cukup syarat panduan iaitu Shaklee Collagen Powder. memang terbaiklah!

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi: 
Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp/line/wechat: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: vita oh vita

beza antara ubat dengan suplement

Ramai antara kita yang lebih suka memilih ubat berbanding suplemen kerana masih ada yang belum mengetahui tentang PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT. ini kerana ada yang menyamakan ubat dengan suplemen. salah ya kawan kawan! mari kita jenguk apakah PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT


UBAT
SUPPLEMENT
Ubat bukan dari bahan semulajadi, tidak menjadi sebahagian daripada tisu badan dan tidak menyumbang bahan-bahan berkhasiat

Diperbuat dari sumber semulajadi dan penting kepada tubuh badan
Ejen-ejen kimia yang kuat, boleh mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim
Bertindak membantu proses biokimia dan pemprosesan enzim
Boleh mengakibatkan kesan sampingan
Tidak memberikan kesan sampingan. Menggunakan secara berlebihan boleh menyebabkan system badan terganggu seketika sahaja

Ubat bertindak secara berasingan, boleh terganggu antara satu sama lain jika diambil bersama dan boleh menyebabkan kesan sampingan
Bertindak dengan lebih baik secara bersama kerana  supplement ibarat rantai, semua saling terkait. Kesemuanya harus bergabung untuk hasil yang terbaik

Bertindak cepat dan menakjubkan
Bertindak secara perlahan-lahan dan mengambil masa untuk melihat kesannya
Jika disalah guna atau berlebihan boleh membawa maut
Selamat digunakan dan tiada kesan sampingan
Kesan pengambilan ubat boleh dirasai oleh sesiapa sahaja
Hanya dirasai apabila tubuh seseorang itu kekurangan nutrisi tertentu. Cth: badan yang sudah cukup dengan Vitamin c tidak akan merasai apa2 perubahan jika mengambil makanan tambahan vitamin c

Merawat kesan penyakit bukan punca penyakit. Hanya menutup kesakitan dan bukan memulihkan.
Bertindak merawat PUNCA penyakit. Cth: jika kerap sembelit, ia berpunca dari kekurangan serat, pengambilan serat mencukupkan keperluan sserat dlm badan dan merawat PUNCA sembelit dan sembelit tak berulang kembali.

Orang tua memerlukan ubat pada sukatan rendah kerana mudah mendapat  kesan sampingan jika diambil secara berlebihan dibandingkan dengan orang muda
Memerlukan lebih banyak bilangan supplement kerana badan telah berada dalam tahap ‘KEKURANGAN’ (kurang nutrisi,zat) begitu lama serta system penghadaman yang lemah.


untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi:
Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp/line/wechat: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: www.facebook.com/vitaohvita

set diet shaklee dan testimoni

Ramai yang mahu menurunkan berat badan atau mengekalkan berat sedia ada tetapi kadang kadang nafsu makan memang tak mampu ditahan. Namun dengan pengambilan suplemen dan gaya hidup yang sihat boleh membantu menyelesaikan masalah berat badan tersebut. set diet shaklee merupakan pilihan set diet yang terbaik di pasaran. ada juga yang mengatakan set diet shaklee ni mahal. tak mampu nak beli. kepada mereka yang berpandangan begitu, sila ubah persepsi anda. 

harga set diet shaklee adalah berpadanan dengan kualiti dan keberkesanannya. tambahan pula, suplemen shaklee 100% semulajadi, tanpa bahan tiruan. jika anda fikir mahal, fikirkan juga tentang makanan segera (fast food) yang anda makan. sekali makan sahaja RM10-RM20. kalau makan pizza lagi lah. boleh cecah RM50 sekali makan untuk 2 atau 3 orang. itu pun kenyang sejam dua sahaja. namun, set diet shaklee boleh disesuaikan mengikut bajet anda, tanpa paksaan. 


jom kita tengok apa yang ada dalam set diet shaklee atau set set kurus shaklee.

set diet shaklee, OMEGA GUARD, herblax, cinch

untuk mendapatkan berat yang ideal, anda memerlukan 3B. bakar, buang dan bina. 

Bakar - Omega Guard
✔ meningkatkan metabolisma
✔ membantu pembakaran lemak
✔ mengawal selera makan
✔ mengawal paras kolesterol dalam darah
✔ mengaktifkan hormon leptin yang membakar lemak
✔ membuang lemak yang lama termendap dalam tubuh

Buang - herb-lax
✔ membantu meningkat proses pencernaan secara lawas dan detox
✔ Detox - proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 
✔ Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum

Bina - cinch shake (protein)
✔ mempunyai 3 perisa iaitu vanila, coklat atau cafe latte
✔ membantu meningkatkan metabolisme tubuh
✔ meningkatkan perkembangan otot
✔ mengurangkan nafsu makanmen
✔ lengkap dengan leucine untuk membantu memelihara otot semasa proses penurunan berat. 
✔ Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35% 

Antara testimoni set diet shaklee:

testimoni omega guard shaklee

testimoni herblax shaklee

testimoni cinch shaklee


berminat untuk mencuba? hubungi: 
Sara 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp/line/wechat: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: vita oh vita

kisah banjir, TPP dan kucing

assalamualaikum semua. post ini merupakan post tertunggak disebabkan tak online dua tiga hari ini. nak post melalui phone, kita guna public phone aje. hihihi sebenarnya, dua malam yang lepas, sara layan instagram Tengku Puan Pahang. tengok keadaan banjir kat pahang. maklumlah, TPP selalu update gambar tentang banjir kat sana. dan sara sangat kagum dengan TPP serta kerabat di raja pahang. sanggup bersama turun padang dalam keadaan banjir demi rakyat jelata. 

sungguh bertuah rakyat pahang yang dapat merasa air tangan TPP. tengok gambar pon kecur liur. haish. menu pun bukan biasa biasa, nampak menarik sangat. sara tak pernah tengok lagi "orang atas" yang sanggup turun padang macam tu. dari siang sampai la malam. setiap hari pulak tu. sampaikan ada hari tu, tangan TPP berbalut tapi masih lagi ke sana ke sini bagi memastikan perut mangsa banjir terisi. 

entah macam mana, sara boleh terklik hashtag #prayforkuantan dan #prayforkemaman. satu demi satu gambar banjir sara tengok. sayu hati tengok keadaan di sana. masa tengah scroll gambar tu, sara jumpa gambar kucing. kesian sangat rasanya. 


harap harap mereka dapat survive. kawan sara kat kemaman pon tak tahu nasib kucing kucingnya macam mana. rumahnya hanya nampak bumbung sahaja masa mula mula banjir. sara tahu keadaan rumahnya on melalui post di facebook. dia dan adiknya bukan di terengganu. hanya mak ayah mereka di sini. bila baca bahagian adiknya risau tentang kucing, kawan sara cakap, "Allah ada, Allah akan jaga kucing kucing tu". Ya Allah, terus sebak.. 

tengok gambar kucing ni pon boleh sebak. kalau lah sara alami keadaan yang sama. tak tahu nak bayang macam mana. hmmm.. dari tengok gambar kucing kat instagram ni, terus sara cari tentang hero, kucing dua kaki di youtube. malam tu memang tak pasal pasal berair mata tengok video papahero di nasi lemak kopi o. 

nak masukkan link dari youtube tak boleh. sara share link jela. sape sape nak tengok silakan. 

sediakan tisu sekali. kalau korang ade hati besi, tak perlu kot. :)

notakaki: maaf kalau post ini terlalu panjang dan korang tak paham. sebab sara pon tak tau nak tulis apa. :)

Tutorial : Buat Scroll Bar Di Bloglist

selamat petang semua! petang ni sara nak kongsi tutorial cara buat scroll box di bloglist. macam yang sara buat ni. lebih jimat ruang dan nampak kemas kan? sebelum ni sara selalu nak kena google bila nak guna tutorial ni. sekarang ni nak simpan kat blog sendiri pulak. lain kali kalau nak buat lagi senang. ini rupanya yang sara buat scroll box blog list tu.

tutorial buat scroll box di bloglist


okay. mari kita mulakan.

1.Dashboard > Template > Edit HTML
2. Seterusnya, tekan butang ctrl + f serentak. cari code 
<div class='widget-content'>
3. cari sampai jumpa yang ada nama bloglist awak kat atas tu.

tutorial buat scroll box di bloglist

4. bila dah jumpa, gantikan dengan code 
<div class='widget-content' style='overflow:auto; width: ancho; height:200px;'>
tutorial buat scroll box di bloglist

5. klik preview dan jika tiada masalah, boleh save.
6. siap! 

selamat mencuba!

notakaki: tulisan warna pink tu boleh ubah sesuka hati awak nak panjang mana scroll box tu. 

testimoni omega guard shaklee

sebelum ni kita dah bincang tentang perbezaan omega guard, siapa yang memerlukan omega guard dan manfaatnya pada kesihatan kita. hari ini sara nak kongsikan antara testimoni omega guard dari mereka yang sudah mencubanya.

testimoni omega guard shaklee
testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee


testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

testimoni omega guard shaklee

memandangkan bulan ini promosi untuk omega guard, boleh cuba untuk diri sendiri atau hadiahkan untuk orang tersayang. tak salah kalau mencuba untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik kan?

berminat untuk mencuba? hubungi:
Sara
Shaklee ID: 914468
Sms/whatsapp/line/wechat: 0189030794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com
Fb page: vita oh vita