dunia baru cikserai


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kamu semua yang sudi menjengah ke blog cikserai tak tak seberapa lagi bersawang ni. Huhu..

Pertama sekali, cikserai nak membuat ucapan paling eksklusif kepada sesiapa yang membaca entry ini memandangkan ini adalah entry yang pertama cikserai karang untuk tahun 2013 ini. Cikserai nak ucapkan selamat tahun baru 2013, salam Maulidur Rasul, selamat menyambut  hari wilayah persekutuan, dan juga selamat tahun baharu cina kepada kamu semua yang menyambut hari-hari yang telah dinyatakan seperti di atas.

Mesti kamu pelik kan. Entah apa la yang cikserai merapu ni. Mungkin kamu akan cakap, dah lama dah semua hari-hari tu berlalu. Dah tak relevan kot. Tapi cikserai tak kisah. Cikserai tetap jugak nak tulis. Sebab ini adalah entry cikserai yang pertama untuk tahun ini. Ulang suara, yang pertama untuk tahun ini. Nak cikserai besarkan ke perkataan pertama tu?

Bagi cikserai, bulan februari ini adalah bulan yang pertama bagi cikserai pada tahun ini. Kenapa? Maaflah kalau ayat cikserai ini berbelit belit. Cikserai pon tak tahu nak susun ayat macam mana. Otak dah beku nak karang ayat. Cikserai cuma nak cakap yang blog cikserai ini sudah berpindah alamat baru. Cuma nama je la yang berubah. Dulu blogspot. Sekarang ni dah berdotkom. Dan tarikh cikserai berpindah ke alamat baru, 15 februari 2013 tapi tak sempat nak kemaskini sebab sibuk dengan tugasan harian.

Memandangkan blog cikserai masih lagi dalam mood tahun baru, dunia baru, alamat baru dan semangat baru, cikserai dah tukar header blog cikserai kepada yang baru.Tadaa!


Ringkas kan? Comel tak jenis tulisan yang cikserai guna? Sila cakap comel, kalau tak, sumbat serai dalam hidung jap lagi.. ok lah, cikserai rasa cukup la setakat ni dulu entry tahun baru ni. 

selamat berblogging cikserai!

notakaki:
Cikserai harap lepas ini, cikserai akan lebih rajin untuk mengemaskini isi kandungan blog ini. Cikserai perlukan sokongan dari kamu semua. Sebab kamu semua la yang dapat beri semangat kepada cikserai untuk terus berjuang dalam dunia maya ni. Tolong cikserai ye!

3 comments:

  1. Alolo..mmg comei header blog cik serai yg nmpk sebelah muka cik serai tu je..Tahniah jugak sbb dah berdomain..:)

    Keep blogging rajin2 tau cik serai!

    ReplyDelete
  2. yep, betul kata mak, sama2 meriahkan blogging
    tambah2 dgn domain sendiri ni :D

    ReplyDelete
  3. Lama ehh tak update .. gi mana ehh? bizi ke?

    ReplyDelete