Debaran

Dah lama tak kemaskini blog kesayangan. malam ni tergerak hati nak tulis sesuatu. semuanya gara-gara pilihanraya yang ke 13. pilihanraya yang amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia tak kira di dalam atau di luar negara. dan cikserai pun turut sama teruja untuk mengundi kali ini. maklumlah, kali pertama mengundi. semangat lebih sedikit walaupun tak keluar awal pagi.

dan disebabkan tak keluar awal pagi, cikserai terpaksa menunggu hampir dua jam sebelum dapat membuang undi. serius letih. letih menunggu. tambah pula, cikserai berbaju kurung warna gelap dan bertudung hitam. basah kuyup membuat cikserai rimas ditambah pula tiada angin yang bertiup. oh satu lagi, talian internet tak ada masa tu. merana seketika. nasib keluar mengundi seorang diri.

kesabaran yang di uji tak berhenti setakat itu sahaja. dalam penat menunggu giliran nak mengundi, datang pulak mamat mamat yang agak kurang budi bahasanya. mereka tanpa segan silu memotong barisan dan beratur di barisan hadapan. panas dalam tak payah cakap la. rasa nak meletup. orang kat belakang cikserai dah bising. agak lama juga dia membebel tak puas hati.

sudahlah kena beratur panjang, lama pula tu. kesian kat mereka yang mengandung dan punya anak kecil. oh ya, cikserai mengundi di saluran empat. orang muda dan sangat ramai. mujurlah ada polis yang bertugas dan mereka didahulukan. cikserai tak kisah sangat kalau mereka dapat mengundi awal. kesian. serabut pun ada sebab budak kecil depan cikserai sangat nakal. tak reti duduk diam. bila ibunya dapat mengundi awal, cikserai lega. tiada lagi gangguan.

masa nak masuk mengundi tu, tiba tiba rasa berdebar. rasa macam nak ambil keputusan peperiksaan je. cikserai ingatkan cikserai je yang rasa macam tu, jejaka depan cikserai pun cakap macam tu. ok, dia kacak.

akhirnya, giliran cikserai tiba. kad pengenalan dihulur, tangan disapu dakwat dan kertas undi di beri. dengan perasaan berdebar, cikserai tunaikan tanggungjawab itu. ok selesai. moga calon pilihan cikserai menang.


notakaki: gambar jari telunjuk berwarna biru sangat popular hari ini. dan cikserai tak nak muat naik gambar itu. sekian