vitamin B-complex Shaklee:

Assalamualaikum.. selamat sejahtera semua. diharapkan semua dalam keadaan yang sihat sejahtera. kali ini, nak kongsi keistimewaan vitamin b complex Shaklee pulak. siapa yang cakap vitamin b complex Shaklee sama dengan jenama lain, salah ye. 

Keistimewaan B-complex Shaklee:
  1.  Kandungan Vitamin B shaklee lengkap, ada 8 vitamin B yg diperlukan oleh tubuh kita iaitu B1(thiamine), B2(riboflavin), B3(niacin), B5(panthothenic acid), B6(pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folic Acid) dan B12(cobalamin)
  2. Mempunyai 100% Biotin (Vitamin B7). Biotin ni mahal harganya. Dan disebabkan itulah, kebanyakan pengilang mengurangkan kuantiti biotin ini. Tetapi  Shaklee, sememangnya terbaik.  ada 100% Biotin... jadi sangatla efisien.
  3. Ada bioactivated system (sistem serapan bioaktif). Penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik.

Apakah fungsi biotin?
  • penting dalam metabolisme karbohidrat,protein dan lemak
  • membentuk hormon
  • membantu mengekalkan kesihatan rambut- cegah rambut beruban,gugur dan kebotakan
  • dapat mencegah terjangkitnya penyakit radang kulit atau dermatitis atau yang pada bayi disebut dengan cradle cap.
  • perlu bagi pertumbuhan sel, pengeluaran asid lemak, dan metabolisme lemak dan asid amino
  • membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah mantap.

Ringkasnye: Biotin ni diperlukan untuk penghasilan tenaga serta kesihatan tubuh,kulit dan rambut.

Sara
Shaklee ID: 914468
018-903-0794

Cara memilih vitamin b complex yang baik

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebelum memulakan hari kita, marilah kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar hari ini. Dan mulakan hari dengan senyum! Senyum itu penting untuk menjana lebih banyak tenaga positif dalam diri kita.ok! Hari ini saya semangat nak kongsikan cara memilih Vitamin B-Complex yang baik. Mari kita mulakan, ayuh!

Panduan untuk memilih Vitamin B Complex yang baik:
  • Pastikan kesemua unsur B kompleks menurut US RDA disenaraikan pada label.
  • Perhatikan setiap vitamin menyatakan US RDA, bukan MDR pada labelnya.
  •  Pastikan biotin dan asid folik dibekalkan dalam amaun yang mencukupi. Kedua-dua ini merupakan vitamin B yang paling mahal dan selalunya ia tidak dibekal dengan secukupnya (andainya ia dibekalkan langsung 
Ringkasnya, makanan tambahan B kompleks yang baik harus mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Labelnya menyenaraikan kesemua lapan ahli B kompleks menurut garis panduan US RDA.
2. Labelnya memberikan US RDA - bukannya MDR bagi setiap vitamin.
3. Labelnya menyenaraikan peratusan US RDA bagi setiap vitamin.
4. Vitamin B yang dibekalkan itu harus seimbang.

5. Amaun biotin dan asid folik yang mencukupi harus dibekalkan.

Dan pilihan saya adalah..
B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif:
Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
Mudah di telan. 
Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan 100% Nilai Harian biotin.

Kelesuan cuma salah satu kesan kekurangan vitamin B. Lain-lain tanda yang dikesan dari orang yang kekerangan vitamin B kompleks ialah irritabiliti, kegelisahan, depresi, insomnia, kurang selera, sembelit dan masalah lidah, didapati lidah menjadi merah, sakit, bengkak atau rasa kabur.
Semoga perkongsian ini berguna untuk semua. kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk jika dibiarkan. Ia boleh menjurus kepada penyakit fizikal seperti berat badan berlebihan, obesiti, jantung, sakit perut, cirit birit dan banyak lagi. Dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yang kronik. Akhir kata, sayangilah diri anda. Saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda.

Pilihlah kehidupan yang lebih sihat.

Sara
Shaklee ID: 914468
018-903-0794
saraserai2329[at]gmail[dot]com

sumber:mamafaiz.com

Apa itu Shaklee

Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama 

“Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”


Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

Jika ada yang berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau berminat untuk menjadi pengedar Shaklee, jangan segan untuk hubungi Sara untuk info lanjut ya!

sara
sms/whatsapp/line/wechat: 018 903 0794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com

sumber: laman web Shaklee Malaysia

Vitamin untuk ibu hamil



Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yang sihat

esp shaklee

Energizing Soy Protein - rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.

Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.

B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.

Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Vita-Lea - dengan formula zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah terumanya ibu yang mengalami masalah Hemoglobin (Hb) rendah. Vitalea juga memastikan badan ibu sentiasa bertenaga dan cergas.

Untuk mencuba suplemen Shaklee ini, sila hubungi saya:

Nurul Maisarah [sara]
Shaklee Independent Distributor [ID:914468]
sms/whatsapp: 018.9030.794
https://www.facebook.com/vitaohvita

GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013



hai yui! lama tak menulis, tetiba buka blog hari ini, nampak GA duit raya best ni.. nak join jugak!! ada rezeki, dapat jugak duit raya kan? siapa nak duit raya, sila join ye!. 


rasanya tak terlambat lagi kot nak join sebab tarikh tutup GA berakhir 22/8/2013 jam 9.00 malam

dan cikserai pon blogger beridentiti gak. cuma lambat berjalan. boleh tak?

cikserai tak adalah kreatif mana nak buat entry ni.. tapi nak cuba jugak. sebab nak sangat duit raya.

cikserai nak tambah lagi jumlah duit dalam tabung. nak beli barang-barang untuk pulihkan kaki. walaupon tak banyak nilainya bagi orang lain, tapi sekarang bagi cikserai nilai RM10 yang yui nak bagi tu, sangat besar ok! sekurangnya dapat jugak membantu.kan?

pulihkan kaki? ye.. kaki cikserai dalam proses pemulihan lepas accident bulan lima yang lalu. nak buat entry tak sempat lagi.. kaki patah. dan sekarang ni tengah gali lubang nak beli gauze swap, cotton ball dan ubat nak taruk kat kaki tu.. ini tak tipu ye..


hohoho.. maaf lah yui kalau entry ni tak kreatif macam yang yui nak..  tapi nak jugak duit raya boleh?? hahaha...

selamat hari raya Yui!


Adakah Anda Perlukan Makanan Tambahan?

Perhatikan soalan-soalan ini dengan teliti. Jika anda menjawab ya kepada manamana
satu soalan ini, kegunaan makanan tambahan yang selamat boleh memperbaiki
kesihatan anda.

  • Adakah anda merokok?
  • Adakah anda kerap berdiet?
  • Adakah anda sedang hamil atau menyusukan bayi?
  • Adakah anda mengidapi tekanan darah tinggi?
  • Adakah anda berbadan kecil, kurus, atau sudah berhenti haid?
  • Adakah anda mengelakkan susu, keju, dan tairu?
  • Adakah anda kerap makan daging merah berlemak makanan penuh lemak?
  •  Adakah anda diserang selsema beberapa kali setahun?
  • Adakah anda terdedah pada kimia merbahaya?
  • Adakah anda banyak makan makanan jeruk atau awet?
  • Adakah anda mengalami sindrom pra-haid?
  •  Adakah anda jarang bergiat di luar rumah?
  • Adakah anda bernafaskan udara tercemar?
  • Adakah anda mengalami stres mental dan kegelisahan?
  • Adakah anda sering mengambil minuman beralkohol?
  •  Adakah anda salah seorang dari 25 juta orang tua kita?
  •  Adakah anda sedang menerima perubatan - dipreskripsi atau jualan kaunter?
  •  Pernahkah anda dimasuk ke dalam hospital kebelakangan ini?
  •  Adakah anda salah seorang dari 10 juta remaja kita?
  •  Adakah anda kemurungan?
  • Adakah anda mengalami penyakit kronik?
  • Adakah anda makan kerana rasa dan kemudahan dan bukannya kerana pemakanan?
  • Mahukah anda merasa lebih sihat?


Saya telah memberitahu anda terdapat banyak sebab bagi mengambil makanan tambahan! Dan semua ini cuma secebis senarai sahaja.

Jika anda punya sebarang pertanyaan berkaitan makanan tambahan Shaklee, sila hubungi saya.

Nurul Maisarah
Shaklee Independent Distributor
ID: 914468
sms/whatsapp: 018.903.0794
email: saraserai2329[at]gmail[dot]com
https://www.facebook.com/vitaohvita7

Kenapa perlu memilih Shaklee?

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara:

SENTIASA SELAMAT

Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa

SENTIASA BERKESAN
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
  • Merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
  1. Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
  2. Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
  3. Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik

2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

Sebarang pertanyaan? Hubungi saya segera
Nurul Maisarah [sara]
Shaklee Independent Distributor [ID:914468]
sms/whatsapp: 018.9030.794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com

Kelebihan ESP Shaklee untuk kecantikan dan kesihatan

Apa itu ESP?


ESP merupakan singkatan kepada Energizing Soy Protein. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Fakta ESP Shaklee:
  • membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • di jamin halal. tanpa laktos, kolesterol dan kafein.
Kelebihan ESP Shaklee:
  • menjadikan kulit wajah cantik dan awet muda
  • membantu menghilangkan parut jerawat
  • membekalkan tenaga berterusan
  • mempercepatkan penghasilan susu
  • membantu perkembangan fetus
  • memberi rasa kenyang sekaligus membantu pengurusan berat badan
  • dan banyak lagi!
Siapa yang memerlukan ESP?
  • ibu hamil
  • ibu yang menyusu
  • lelaki/wanita yang ingin kurangkan berat badan
  • mereka yang ingin menghilangkan parut di wajah dan tubuh badan
  • sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
  • mereka yang mengalami masalah kesuburan
  • mereka yang ingin meningkatkan tahap kesihatan
  • mereka yang ingin kulit cantik berseri dan halus
  • pesakit kencing manis, darah tinggi
  • semua golongan usia dari kanak kanak sehinggalah warga emas
  • anda!
sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Konsultasi adalah percuma

Nurul Maisarah [sara]
Shaklee Independent Distributor [ID:914468]
sms/whatsapp: 018.9030.794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com
https://www.facebook.com/vitaohvita

resipi kek buah tanpa telur

hari ini dah masuk 8 Syawal. hati dah lama tergerak nak menaip, tapi tangan baru je ringan hari ni nak bergerak. malas punya pasal. haish.. tak terlambat lagi kot nak ucap selamat hari raya kan? hehe.. selamat hari raya semua!

hari ni cadangnya nak kongsi satu resipi.. kek buah tanpa menggunakan telur. dan ianya sedap! ini dah terbukti. dah dua kali saya buat. dah tak ingat kat mana dapat resipi ni. tapi kalau awak cari kat laman sesawang ni, banyak je jumpa. cubalah cari.

sebab cari resipi kek tak guna telur ni sebab kaki kena operate lepas kemalangan. mak cakap orang lepas operate, tak boleh makan telur. dan sebab tu juga la, lama menyepi.

siapa yang nak cuba, sila salin.

KEK BUAH TANPA TELUR



bahan-bahan:

A:
180g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
65ml jus oren
*ayak semua bahan kering 3 kali

B:
125g mentega
150g mix fruits
125ml susu cair
85g gula perang / gula halus
2 sudu besar susu pekat

cara-cara:

  1. Satukan semua bahan B kecuali mix fruits ke dalam periuk. masak hingga larut dan sebati. tutup api dan terus masukkan mix fruit. gaulkan. biarkan sejuk.
  2. masukkan semua bahan yang diayak kedalam mangkuk pengadun. kacau rata. kemudian, satukan dengan bahan B tadi. kacau sebati guna senduk kayu  
  3. akhir sekali, masukkan jus oren. kacau lagi hingga sebati.
  4. tuangkan ke dalam loyang yang dah disapu mentega dan tepung.
  5. bakar selama 40 minit pada suhu 160 darjah Celcius
  6. siap!

Nota:
- serbuk kulit kayu manis tu kalau tak letak pon tak ape.
- jus oren saya guna sunquick 2 sudu + air masak
- loyang saya guna loyang bulat saiz 7 inci
- tmepoh masa bakar dan suhu bergantung pada oven masing-masing.

selamat mencuba!