resipi kek buah tanpa telur

hari ini dah masuk 8 Syawal. hati dah lama tergerak nak menaip, tapi tangan baru je ringan hari ni nak bergerak. malas punya pasal. haish.. tak terlambat lagi kot nak ucap selamat hari raya kan? hehe.. selamat hari raya semua!

hari ni cadangnya nak kongsi satu resipi.. kek buah tanpa menggunakan telur. dan ianya sedap! ini dah terbukti. dah dua kali saya buat. dah tak ingat kat mana dapat resipi ni. tapi kalau awak cari kat laman sesawang ni, banyak je jumpa. cubalah cari.

sebab cari resipi kek tak guna telur ni sebab kaki kena operate lepas kemalangan. mak cakap orang lepas operate, tak boleh makan telur. dan sebab tu juga la, lama menyepi.

siapa yang nak cuba, sila salin.

KEK BUAH TANPA TELUR



bahan-bahan:

A:
180g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
65ml jus oren
*ayak semua bahan kering 3 kali

B:
125g mentega
150g mix fruits
125ml susu cair
85g gula perang / gula halus
2 sudu besar susu pekat

cara-cara:

  1. Satukan semua bahan B kecuali mix fruits ke dalam periuk. masak hingga larut dan sebati. tutup api dan terus masukkan mix fruit. gaulkan. biarkan sejuk.
  2. masukkan semua bahan yang diayak kedalam mangkuk pengadun. kacau rata. kemudian, satukan dengan bahan B tadi. kacau sebati guna senduk kayu  
  3. akhir sekali, masukkan jus oren. kacau lagi hingga sebati.
  4. tuangkan ke dalam loyang yang dah disapu mentega dan tepung.
  5. bakar selama 40 minit pada suhu 160 darjah Celcius
  6. siap!

Nota:
- serbuk kulit kayu manis tu kalau tak letak pon tak ape.
- jus oren saya guna sunquick 2 sudu + air masak
- loyang saya guna loyang bulat saiz 7 inci
- tmepoh masa bakar dan suhu bergantung pada oven masing-masing.

selamat mencuba!