maaf, saya tekan pangkah!

Salam jumaat buat semua. semoga semua yang membaca akan mendapat rahmat dan rezeki yang tidak putus putus. dan dilindungi Allah sentiasa. 

Awal pagi hari ini, semangat nak berblogwalking membara, maklumlah, dah lama menyepi. sampaikan rasa kekok perasaan nak blogwalking tu. tapi, haruslah redah aje perasaan tu kan. tadi sempat jugaklah singgah di blog blog yang baru dikenali. cantik! pandai mereka hias blog tu. kalau tanya blog apa yang cikserai lawat, tak terjawab kot. lupa. tapi, cikserai follow aje mereka. nanti bila mereka update, boleh terus terjah. 

bila dah tetiba best nak blogwalking ni, ada pulak yang tak best. dah semangat baca post yang menarik, hajat di hati nak la tinggalkan komen sepatah dua. ha, ni dah start tak best. bila tekan je nak komen, loading punya la lama. ok sabar. lepas tu, siap ade verification code lagi. dah siap taip baru perasan. huh. pangkah terus la jawabnya. maaf, kurang rajin nak tulis code panjang panjang tu. silap haribulan, salah pulak. buat hilang caj positif je nanti.

kepada yang masih menggunakan verification code untuk komen tu, tolong la hapuskan. kesian kat kami yang ingin menambah bilangan komen di blog anda. kan dah kurang sorang blogger bila cikserai tak semangat nak singgah blog awak lagi. tolong ye!

oh, ya! cikserai dengan senang hatinya akan melawat dan follow blog yang cantik, kemas lagi tersusun, ringan, sejuk mata memandang dan yang pentingnya masa untuk loading kurang. kalau tidak...


notakaki: kalau ada yang nak cikserai lawat blog awak, boleh la tinggalkan link. mungkin cikserai tak pernah singgah rumah comel awak tu. boleh tambah lagi kenalan, kan. nak tinggalkan link kat mana mana pon tak kisah. kat komen ni ke, kat shoutbox ke. okay! jangan segan segan tau.


2 comments:

  1. blog kita berat tak loading? risau juga kalau cik serai dah tak nak singgah.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak berat pon..laju je loading..sebab tu la tanpa segan silu singgah sana :)

      Delete