download borang permohonan brim 3.0 2014 online

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 ( BRIM 3.0 2014 ) adalah bermula dari 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014. Pendaftaran hanya untuk pemohon pertama kali sahaja.

Bagi yang pernah menerima BRIM sebelum ini anda tidak perlu mengisi permohonan baru sebaliknya hanya perlu mengemaskini data peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan maklumat akaun bank jika perlu.


Jika pernah memohon untuk BR1M yang terdahulu tetapi tidak lulus, anda perlu mengisi permohonan yang baru. 

Bagi yang permohonan lulus melalui rayuan juga perlu mengemukakan permohonan baru.

Untuk mengisi borang permohonan BR1M 3.0 secara online, boleh layari



Sila cetak borang selepas memohon sebagai rujukan anda dan untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan

Borang-borang permohonan boleh didapati di pejabat cawangan LHDN, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Persekutuan atau boleh di muat turun sendiri di link: 



Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
      
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014


nota 1: Permohonan BRIM 3.0 hanya akan dibuka pada 23 Disember hingga 31 Januari 2014 secara online. 

nota 2: jika memohon secara manual, pastikan anda mengisi borang bertulis yang bercetak BR1M 2014 dan sertakan salinan kad pengenalan. Jika mempunyai tanggungan, lebih elok jika turut disertakan salinannya bagi mengelakkan masalah di masa hadapan


nota 3: jika ada sebarang pertanyaan berkaitan BR1M 3.0 bolehlah diajukan soalan di bahagian komen. saya akan membantu jika mampu

3 comments:

  1. saya baru je berhenti bljar,,dn saye nk tnye blh ke sye mhon brim??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba mohon dulu. lebih elok jika di mohon manual di lhdn berdekatan. boleh tanya soalan lanjut kepada pegawai brim yang bertugas :)

      Delete
  2. slm nk tnya kalo nk bt kmaskini tpi permohonan dlu sya mngunakan no.tentra... bgaimana sya blh mngemas kini ? adakah perlu ke jabatan LHDN

    ReplyDelete