kisah banjir, TPP dan kucing

assalamualaikum semua. post ini merupakan post tertunggak disebabkan tak online dua tiga hari ini. nak post melalui phone, kita guna public phone aje. hihihi sebenarnya, dua malam yang lepas, sara layan instagram Tengku Puan Pahang. tengok keadaan banjir kat pahang. maklumlah, TPP selalu update gambar tentang banjir kat sana. dan sara sangat kagum dengan TPP serta kerabat di raja pahang. sanggup bersama turun padang dalam keadaan banjir demi rakyat jelata. 

sungguh bertuah rakyat pahang yang dapat merasa air tangan TPP. tengok gambar pon kecur liur. haish. menu pun bukan biasa biasa, nampak menarik sangat. sara tak pernah tengok lagi "orang atas" yang sanggup turun padang macam tu. dari siang sampai la malam. setiap hari pulak tu. sampaikan ada hari tu, tangan TPP berbalut tapi masih lagi ke sana ke sini bagi memastikan perut mangsa banjir terisi. 

entah macam mana, sara boleh terklik hashtag #prayforkuantan dan #prayforkemaman. satu demi satu gambar banjir sara tengok. sayu hati tengok keadaan di sana. masa tengah scroll gambar tu, sara jumpa gambar kucing. kesian sangat rasanya. 


harap harap mereka dapat survive. kawan sara kat kemaman pon tak tahu nasib kucing kucingnya macam mana. rumahnya hanya nampak bumbung sahaja masa mula mula banjir. sara tahu keadaan rumahnya on melalui post di facebook. dia dan adiknya bukan di terengganu. hanya mak ayah mereka di sini. bila baca bahagian adiknya risau tentang kucing, kawan sara cakap, "Allah ada, Allah akan jaga kucing kucing tu". Ya Allah, terus sebak.. 

tengok gambar kucing ni pon boleh sebak. kalau lah sara alami keadaan yang sama. tak tahu nak bayang macam mana. hmmm.. dari tengok gambar kucing kat instagram ni, terus sara cari tentang hero, kucing dua kaki di youtube. malam tu memang tak pasal pasal berair mata tengok video papahero di nasi lemak kopi o. 

nak masukkan link dari youtube tak boleh. sara share link jela. sape sape nak tengok silakan. 

sediakan tisu sekali. kalau korang ade hati besi, tak perlu kot. :)

notakaki: maaf kalau post ini terlalu panjang dan korang tak paham. sebab sara pon tak tau nak tulis apa. :)

2 comments:

  1. kesiannya kucing2 kat sana :'( kucing dahlah takut dgn air, tpi dia berani jugak redeh air banjir tu untuk hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..tu la. kesian dorang kan? harap mereka selamat la..

      Delete