perjalanan suka duka 2013 cikserai

hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. dah semakin hampir untuk mengucapkan selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. sara pasti ramai orang yang membuka kembali lembaran hidup 2013 pada hari ini. melihat pencapaian hidup, kenangan manis, suka  dan duka. untuk tahun ini, buat kali pertama sara nak abadikan perjalanan hidup 2013 di blog sepanjang tiga tahun berblog, walaupon tak aktif.

maaf. post ini panjang dan mempunyai banyak gambar.

Januari 2013
masih bekerja sebagai petugas BR1M 2.0. banyak berhadapan dengan beribu ragam orang yang datang ke kaunter. bekerja sebagai petugas yang memerlukan berhadapan dengan orang amatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. antara ragam yang dapat dilihat ketika itu, ada yang mahu petugas mengikut cakap dia sahaja. ada yang siap bertekak mahu menang. ada juga yang menggagguk tanda setuju apabila petugas bagi keterangan panjang lebar. dan ada juga bila dah diterang panjang lebar, bila ditanya faham ke tidak, sengih sengih tak faham. hihi

Februari 2013
Mood bekerja masih seperti biasa. Masing masing tak mahu untuk ditugaskan sebagai operator. tugas untuk menjawab panggilan telefon dari pemohon brim yang teramatlah ramainya. tapi sara terima jela. masa mula mula di bahagian khidmat pelanggan tu, telefon agak jarang berdering. bila ada telefon berbunyi, hampir luruh jantung. bulan ini jugak, menyiapkan tempahan quilling keychain yang kawan tempah untuk majlis kahwinnya bulan mac.
23 Feb - kali  pertama pergi tampal gigi lepas sekian lama tertangguh niat. masa nak tampal tu memang takut sangat sebab dah lama tak jumpa dentist. sara pegang bahagian tepi kerusi tu kuat gila. pembantu dentist tu sengih je tengok. malu aih.. tapi akhirnya berjaya jugak tampal. habis RM72 untuk 2 gigi geraham. tapi dentist tu sangat best.tak sakit.  lembut tak seperti sesetengah dentist lain. masa rawatan pun banyak dia berselawat.

Mac 2013
Dapat tawaran temuduga di LHDN Cyberjaya 18 Mac. berbelah bagi nak pergi ke tak sebab tak ada kawan dapat tarikh temuduga yang sama. dapat pulak hari pertama. yang lain semua dapat tarikh sama. ramai ramai pulak tu. tapi akhirnya abang offer nak hantar. yeay!
17 Mac - pengembaraan bermula. dari rumah, naik bas pergi ke bandar KT. pukul 2 naik pulak bas pergi kemaman sebab abang kerja kat sana. sampai petang kat kemaman sementara tunggu abang ambil, makan kat kemaman waterfront sebab dah lapar. bila nak bayar, bulat bijik mata. mahal. petang tu terus gerak ke Cyberjaya dengan kereta. malam tu tidur bangi. gerak 5.30 ptg. sampai sana dalam pukul 9 lebih.. 4 jam lebih je naik kereta kemaman bangi. boleh bayang tak myvi terbang?
18 Mac - Alhamdulillah selesai interview.dapat giliran 3 petang. petang tu terus gerak balik. sampai kuantan 6.40 petang. bas baru gerak pergi KT. melepas. ambik tiket pukul 8. sementara tu, pergi rumah pak sedara. malam tu sampai rumah pukul 1 pagi sebab driver bas sangat berhemah. esoknya demam.

April 2013
7 April - gigi yang ditampal sakit. pergi klinik yang sama tapi kali ini dapat dentist hensem. doc tanya gigi mana yang sakit. geraham kiri. masa tu gigi memang berdenyut sakit. doc tu pegang sambil goyang nak tengok macam mana. dan tiba tiba jugak tangan sara ni melayang tepis tangan doc tu. terus je doc tu cakap "sakit lagi ni. tak boleh cabut. esok mc". bila difikir balik, malu pun ada. haish. macam mana la boleh tepis tangan doc tu. mesti doc tu pon terkejut.

Mei 2013
5 Mei - pilihanraya kali pertama dalam hidup. keluar rumah lambat. beratur 2 jam. padan muka. calon yang diundi kalah. bengang sebab penat beratur 2 jam.
29 Mei - Accident masa nak pergi kerja. jatuh motor kena langgar dengan kereta. pakcik tu dah tua, mata tak berapa nampak. masuk spital 2 minggu. barulah fikir tentang nikmat kesihatan bila dah rasa kesakitan. xray kaki kiri patah. malam tu doc try tarik kaki, nak kembalikan tulang kepada kedudukan asal tapi tak masuk jugak. kecewa. kaki berat dan gatal sebab kena simen.
kaki kena simen

Jun 2013
4 Jun -  kena operate. bius separuh badan kat tulang belakang. sakit hanya Allah yang tahu masa kena cucuk jarum tu. menggeletar tubuh. 4 jam lebih dalam dewan bedah. kaki kena masuk 7 skru dan 1 besi panjang. sakit. keluar dewan bedah, kepala tak boleh lapik bantal selama 6 jam. 6 petang kesan ubat bius habis. sakit mula terasa. menangis. waktu melawat petang itu orang ramai. ada yang terlanggar besi yang menggantung kaki. sakit. menangsi lagi. malam tu tak dapat tidur.
9 Jun - dibenarkan keluar hospital. bermula kehidupan bertongkat. seksa. baru mengerti hidup orang kurang upaya.
kaki kena jahit
18 Jun - buka benang jahitan. tak sakit sebab luka dah baik.
23 Jun - kaki kiri kena jangkitan kuman. pergi klinik. telan ubat dos tinggi. Alhamdulillah berkesan. doc cakap kalau tak ok jugak, kena rujuk hospital. memang taknak la.
29 Jun - register ahli Shaklee. sebab nak makan untuk sembuhkan luka pembedahan tu. nanti sara buat post lain.

Julai 2013
10 Julai - hari pertama puasa dan checkup di klinik pakar ortopedik. xray. tulang masih tak bercantum. sama seperti sebelumnya. doc cakap salah satu skru kena buang. mulut ternganga lagi. ngeri masuk dewan bedah sebelum ni tak habis lagi. bagi alasan  nak tangguh. doc tu panggil doc senior.kalau lambat buang, nanti effect cara nak berjalan.masa tu lagi sakit kalau nak buang sebab isi keliling tulang dah tumbuh. terdiam. ok setuju.
13 Julai - admit ward
14 Julai - masuk dewan bedah lagi. tapi kali ni tak lama. dalam 45 minit je. kali ini bius kat kaki tu je. masa nak buang skru tu, rasa macam ada gerudi kat kaki. tak sakit. tapi lepas tu baru rasa. tapi tak teruk sangat macam sebelum ni.
skru
skru yang dikeluarkan dari kaki
15 Julai - discharged

Ogos 2013
raya kali pertama sebagai orang kurang upaya. segan sebab semua orang duk perhati je. tapi duit raya masyuk!!
20 Ogos - checkup lagi. doc geleng kepala sambil cakap "masalah besar ni". kaki kena jangkitan lagi. hari tu ambil darah, masuk lab. doc suruh datang balik lepas 2 minggu.

September 2013
xray kaki
ini kaki saya
3 September - checkup lagi. kuman dalam darah tinggi sangat. ambil darah lagi hari ini. xray dah okay. tulang dah nampak bercantum.
abang meyongsubang kedai emas sri harmoni
23 September - Abang Meyong, kucing kesayangan mati. untuk terapi, beli subang emas online.

Oktober 2013
1 Oktober - Checkup lagi. Doc macam terkejut sebab dah tak pakai tongkat. sebelum ni sembang ngan patient lain, dah 5 bulan tapi masih lagi bertongkat. cuma jalan masih tak laju. syukur sangat.
19 Oktober - abang tunang. sebelum tu, gigih buat hantaran. abang cuma beli barang je. lelaki.

tunanghantaran tunang
November 2013 
2 November - kali pertama naik motor lepas accident. membonceng je. pergi pantai dengan adik. jantung berdegup kencang.
17 November - keluarkan semua buku zaman sekolah dulu. nak jual sebab terlalu banyak. perlu kosongkan stor yang tak terlalu besar sebab dah ada penghuni lain di situ, tikus.

buku untuk kitar semulabuku untuk kitar semulabuku untuk kitar semula
Disember 2013 
1 Disember - hati kembali teringin aktif berblog
bulan ni jugak sambung kembali aktiviti quilling sebab nak siapkan yang kawan mintak. dah lama. tapi lepas accident hari tu, bulan ni baru je semangat nak buat balik.
quilling typographyquilling typographyquilling typographyquilling typographyquilling typographyquilling typography

kalau nak diikutkan, terlalu banyak untuk ditaip tapi jari dah tak sudi. hehehe. bila difikirkan balik, kalau sara selalu update blog dulu, mesti banyak yang sara dapat tulis kan? masa tak dapat diulang kembali. redha jela.

sentiasa bersyukur dengan keadaan kita hari ini. kita tak akan tahu apa yang akan menanti kita hari esok

terima kasih jika ada yang sudi baca post ini.