kekal cantik dan sihat dengan vitamin E

Dah lama tak kongsi info yang berkaitan dengan vitamin E ni. Sebenarnya banyak khasiat vitamin E ni yang jarang orang ambil kisah. Kalau tak, tak mungkin kebanyakan pencuci muka atau produk kecantikan nak letak vitamin E dalam produk mereka kan. Macam mana cara nak dapatkan vitamin E ni? Susah tak? Kalau nak diikutkan, tak adalah susah sangat. Sebenarnya setiap hari kita ambil vitamin E ini sebab vitamin E ni ada dalam minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan berasaskan jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. Banyak kan? Tapi apa kaitan vitamin E dengan kecantikan dan kesihatan? Hari ini sara nak kongsi empat kaitannya.

Menyembuhkan luka.
Vitamin E dapat meredakan dan menyembuhkan luka terbakar atau luka kecil. Caranya mudah, cucuk satu kapsul suplemen vitamin E dengan jarum. Kemudian picit kapsul tersebut agar cecairnya keluar dan sapukan pada luka.

Anti penuaan (anti aging).
Vitamin E sangat baik digunakan sebagai agen anti penuaan. Vitamin E membuat kulit kelihatan sihat dan lebih muda. Anda boleh menambahkan suplemen vitamin E pada pelembab atau membeli pelembab yang sudah mengandung vitamin E. Vitamin E juga dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan halus pada wajah.

Mengurangkan kejang akibat menstruasi.
Vitamin E dapat digunakan untuk meredakan kejang pada saat menstruasi. Ambil kapsul suplemen vitamin E 1 atau 2 kali setiap hari sekitar dua minggu sebelum kitaran menstruasi.

Mencegah kulit terbakar akibat matahari.
Vitamin E dapat berfungsi untuk mencegah terbakarnya kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari.

Sekiranya kita dapat memastikan diet harian kita mengandungi vitamin E yang cukup, maka tidak akan timbul masalah kan. Akan tetapi dalam zaman kesibukan kerja hari ini, kadang kadang nak makan pon tak sempat, apatah lagi nak cari yang berkhasiat, lengkap dengan zat dan nutrien yang diperlukan. Jadi bagi sara, sara amalkan Vitamin E Shaklee.

Kenapa mesti pilih vitamin E Shaklee? Apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang lain dipasaran? Bezanya, Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium, seratus peratus semulajadi tau!

Satu kapsul gel lembut membekalkan:
400 IU vitamin E dari sumber semula jadi
10 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E

Ramai orang kata vitamin E ni mahal. Rasanya tak mahal kalau nak dibandingkan dengan hasilnya. Labur duit sedikit tapi berbaloi wahai adik manis dan abang kacak sekalian. lagipun satu botol vitamin E Shaklee boleh tahan sehingga empat bulan. Kos untuk sehari cuma RM1.25 sahaja. 



Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Vivix: Lambatkan proses penuaan dan kekal cantik?

Ehsan Utusan Malaysia 02/08/2010

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka. Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing. Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.

Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan. Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku. Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks. Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.

Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik. Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan. Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi. Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.

Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.

Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix. "Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.

Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan. Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.

Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal. "Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya.

Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel.

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari. Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu. 

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

vivix - promosi shaklee julai 2014

Hari ini sara nak bercerita sedikit tentang vivix. Mungkin masih ramai yang belum mengetahui tentang kehebatan anti-aging potion ni. Nak tahu hebat ke tidak, kenalah cuba. Ye tak?

Tidak dinafikan, penuaan adalah satu proses yg tidak dapat dielakkan, semua yang muda pasti akan tua, cuma dengan keadaan dunia sekarang dengan tekanan, pencemaran, pemakanan tidak seimbang dan juga gaya hidup tidak sihat - membuatkan kita jauh lebih cepat tua dari yang sepatutnya. Sudahlah nampak tua, sistem badan pun tua. Sebab apa? Sebab faktor faktor tadi menyerang sel kita (binaan plg asas bg benda hidup) dan menjejaskan fungsinya serta menyebabkan badan kita lebih terdedah pada keadaan keadaan yang mendorong kepada penuaan pramatang.

Vivix merupakan minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

Memperbaiki tenaga sel Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan..

bulan ini merupakan bulan promosi vivix. nanti bolehlah hadiahkan vivix ni dengan ibu bapa sempena bulan Ramadhan ni. usah berkira untuk hadiahkan Vivix kepada ibu bapa kita. jasa mereka sudah tidak terhitung banyaknya. tak salah kalau kita laburkan sedikit wang untuk melihat ibu bapa kita lebih sihat kan?


Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

jom kita buang toksin!

Sebelum ini ada kenalan yang bertanyakan tentang detox, jadi kali ini sara nak kongsi sedikit info tentang detox ni. Bagi yang belum tahu, badan kita ni sentiasa melakukan proses detoks tetapi tahukah anda bila waktunya? Jom  kita tengok.

Jadual tubuh membuang toksin:

09.00 – 11.00 malam

Waktu pembuangan zat-zat yang tidak berguna atau beracun (detoxin) di bahagian sistem antibodi (nodus limfa). Selama tempoh masa ini, kita harus berada dalam suasana tenang atau mendengar muzik. Jangan sibuk bekerja di waktu - waktu ini.
11.00 – 1.00 pagi
Terjadi proses pembuangan toksin di bahagian hati

01.00 – 03.00 pagi

Proses detox berlaku  di bahagian hempedu, ia juga berlaku ketika kita tidur
03.00 – 05.00 pagi

Terjadi detox di bahagian paru-paru. Oleh kerana itu akan terjadi batuk dalam tempoh waktu ini kerana proses pembersihan (detox) telah mencapai saluran pernafasan, maka tidak perlu minum ubat batuk supaya tidak menghalang proses pembuangan kotoran.
05.00 – 07.00 pagi

Proses detox berlaku di bahagian usus besar. Jika terasa ingin membuang air, jangan di tahan tahan.
07.00 – 09.00 pagi

Waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi mesti mengambil sarapan.  Bagi orang yang sakit sebaiknya makan lebih pagi iaitu di antara pukul 06.30 sehingga pukul 07.30 dan ia sangat baik untuk kesihatan


faham tak kawan kawan? Semoga info itu berguna untuk kita semua. Kiranya badan kita ni secara semulajadinya melakukan proses detoksifikasi waktu malam.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
detox: sayangi tubuh anda

Sebelum sara masuk tidur, sara selalu amalkan ESP dan alfalfa untuk membantu proses detox. Kadang kadang sara ambil jugak Herblax. Jadi setiap pagi memang lawas dan selesa. Kalau tak, memang selalu bermasalah bila nak membuang. Rasanya sebab itulah dari zaman sekolah dulu, kulit muka kusam, jerawat banyak dan boleh dikatakan kulit memang bermasalah disebabkan proses detoks yang tidak lancar, hasilnya toksin terkumpul dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Bila Sara mula bertemu dengan Shaklee ni, keadaan mula berubah. Badan mula bertenaga, yang penting proses pembuangan lancar! Insyaallah, Sara akan teruskan sampailah badan betul betul bersih. Maklumlah, tubuh dah simpan toksin berpuluh tahun, takkanlah dalam masa sehari dua dah boleh hilang sepenuhnya. Kan?

Detoks ni bukanlah semata mata kena guna detox patch yang tampal tampal tu ye, malah dengan cara semula jadi pon boleh. Nanti kita kongsi info lagi ye.

Alfalfa Shaklee:
✔ Merawat gangguan pencernaan
✔ Mengawal kolestrol dalam darah
✔ Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
✔ Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
✔ Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
✔ Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
✔ Mengurangkan simptom menopous
✔ Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
✔ Merawat masalah sembelit
✔ Menyahkan toksik dalam tubuh
✔ Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
✔ Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
✔ Membantu masalah penghadaman
✔ Membantu memperbanyakkan susu ibu
✔ Mengurangkan masalah pundi kencing
✔ Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
✔ Meningkatkan kesihatan prostat
✔ Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
✔ Menghangatkan hubungan suami isteri
✔ Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Herb-lax:
✔ pembersihan najis yang tersekat
✔ meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
✔ membantu masalah sembelit
✔ tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
✔ mengempiskan perut
✔ ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 
✔ sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

TUTORIAL PENGGUNAAN ESELL: SHAKLEE ONLINE, KINI SEMUANYA DI HUJUNG JARI ANDA

Berita gembira buat semua pengguna tegar Shaklee!! Sekarang ini Shaklee sudah memulakan sistem pembelian secara online. Kalau dulu sistem ini hanya untuk ahli Shaklee, tetapi kini dah ada widget khas untuk mereka yang bukan ahli Shaklee melakukan pembelian dengan cepat dan mudah. Tanpa  bersusah payah ke mana mana cawangan Shaklee pon masih boleh membeli belah. menarikkan?

Widget terbaru ini namanya ESELL. Ringkas dan mudah sahaja penggunaannya. Mari Sara tunjukkan satu persatu cara penggunaannya ya.
Ok, sebagai contoh, kakak cantik dan abang kacak datang singgah ke blog sara nak cari info pasal kuruskan badan dan kulit cantik berseri, cari entry yang berkaitan, lepas tu rasa macam nak beli tapi malaslah nak contact Sara kan. Jadi apa yang kakak cantik dan abang kacak perlu buat?
1. Klik link ESELL order now di bahagian akhir entry seperti berikut:
klik order sekarang
2. Anda akan dibawa ke page ini
klik agree

Sekiranya anda setuju dengan syarat-syaratnya, klik ‘agree’ dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.
3. Order
Ok, nanti produk produk yang berkaitan dengan mengurangkan berat badan akan muncul..pastikan anda ‘tick’ di produk yang anda ingin beli sahaja ya. Pastikan juga bilangannya betul dan anda boleh lihat HARGA PASARAN di paparkan seperti tersebut.
pilih suplemen shaklee pilihan anda

4. CHECK OUT
Selesai memilih barang, sekarang masa untuk check out. Cuma klik ‘ CHECK OUT’ di bahagian bawah produk tadi dan anda diminta untuk mengisikan data peribadi untuk tujuan penghantaran dan pembayaran.

Setelah selesai, klik ‘continue’ dan anda akan dibawa ke halaman senarai semakan
semak kembali maklumat

Pastikan semua maklumat betul, barang yang nak di order betul, alamat semua betul, boleh terus bayar!
5. PAYMENT/PEMBAYARAN
pembayaran

Pembayaran hanya boleh melalui kad kredit dan kad debit sahaja buat masa ini tanpa mengira bank mana yang anda gunakan.
6.CONFIRM PAYMENT
Dah confirm payment, nanti anda akan dapat pengesahan daripada shaklee. Pastikan anda menyimpan salinan order anda sebagai persediaan jika berlaku sebarang masalah masa akan datang.
simpan bukti pembelian anda

Siap!! Tunggu barang sampai depan rumah atau pejabat anda ya!

Mudahkan? Sekarang semua dihujung jari. Jimat masa dan jimat tenaga.

Selamat berShaklee!

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

selamat tinggal kaka

Kaka, kucing kesayangan Mok Yu (panggilan sara untuk semua kucing di rumah). Sedar tak sedar. Dah dua tahun kita bersama. Kaka kucing yang pandai. Nakal dan lincah. Masa mula mula mok yu jumpa kaka, kaka kecik lagi. Masa tu tak tahu sama ada ada sesat atau kena buang. Jauh dari kawasan perumahan orang, di kawasan ladang yang jarang orang lalu lalang. Yang ada cuma lori besar. Masa tu mok yu dan kawan mok yu lalu situ. Nampak kaka, terus kawan mok yu berhentikan kereta. Kaka berlari ke arah kami tanpa ada rasa takut. Kami pun membawa kaka pulang dan di situlah bermulanya kisah kita.

kaka masa kecil
Di ladang masa tu, dah ada ramai kucing. Walaupun Kaka penghuni baru di situ tapi Kaka terus buat seperti Kaka bos beasr di situ. Langsung tak takut dengan kucing besar yang lain walaupun Kaka lah yang paling kecik masa tu. Pada mulanya, kami namakan Kaka dengan nama Rebecca. Nama pramugari comel Air Asia masa kami terbang pulang dari Sarawak tempoh hari. Bila balik ke rumah mok yu nama Kaka bertukar menjadi Kaka. Mak cakap susah nak sebut. Mok yu sayang Kaka. Mok yu jaga Kaka dari kecik sampai la Kaka dah ada anak. Seingat mok yu Kaka dah empat kali lahirkan anak. Tapi yang hidup Cuma empat ekor sahaja. Yang terakhir ini, tiga ekor yang terlalu mirip akan Kaka. Ah! Mok yu sebak.

kaka suka tidur atas mok yuKaka, mok yu nak minta maaf andai sepanjang dua tahun mok yu jaga Kaka, mok yu ada buat silap. Maaf kalau mok yu ada termarah Kaka, terbagi kurang makan minum Kaka. Termarah Kaka sebab Kaka kadang kadang suka buat kacau. Mok yu rindu Kaka. Walupun tak tak sampai sehari Kaka tinggalkan mok yu. Masa kecik dulu, kalau Kaka nak tidur, mesti Kaka akan cari tangan orang untuk hisap. Bila tidur, mesti nak duduk rapat dengan orang. Bila dah besar, mak dah tak bagi tidur dalam rumah. Kena tidur di luar tapi tiap kali mok yu bangun pagi, mesti Kaka ada sebelah mok yu. Sekarang Kaka dah tak ada.

Petang semalam, mok yu angkat Kaka dari bawah pokok bunga kertas. Dua hari Kaka tak balik. Masa tu tubuh Kaka dah terlalu lembik. Masa tubuh Kaka diangkat, kepala Kaka dah hampir terkulai tapi Kaka masih mampu untuk menjawab panggilan mok yu. Mok yu alih Kaka dan letak di dalam sangkar. Lapik dengan kain. Titiskan air ke dalam mulut Kaka yang sudah bertukar pucat. Namun Kaka telan sedikit sahaja air. Mok yu bersihkan mata Kaka. Mok yu usap Kaka, panggil nama Kaka lagi. Tapi Kaka dah tak menyahut. Yang Kaka buat tanda respon kepada mok yu hanyalah menggerak gerakkan ekor sahaja. Masa tu, mok yu tetap seronok sebab Kaka gerakkan ekor kaka banyak kali. Mok yu teruskan panggil kaka dan setiap kali itulah Kaka gerakkan ekor. Dalam pukul 9 malam semalam, mok yu nak cuba bagi Kaka makan kurma. Nak bagi tubuh Kaka tenag tapi mok yu tak sempat. Kaka dah tinggalkan mok yu.

kaka dengan kikiAnak anak Kaka hari ini semuanya muka sayu. Mok yu panggil anak anak Kaka, adik. Selalunya adik bertiga tu akan bising kalau lapar tapi hari ni semuanya seakan mengerti. Adik ikut apa yang mok yu cakap, diam apabila disuruh tunggu sementara mok yu gaulkan nasi. Adik bertiga tidur rapat rapat antara satu sama lain. Selalunya, satu di utara, satu di selatan. Adik itam dan Kiki pon tak buat hal hari ni. Apa yang mok yu nampak, semua berwajah sayu. Mungkin faham situasi yang Kaka tak ada.

Kaka, terima kasih sebab pernah temankan hidup mok yu. Terima kasih sebab pernah ceriakan hari hari mok yu. Mok yu tak akan lupakan Kaka. Mok yu sayang Kaka. Semoga kaka bahagia di sana. Doakan mok yu ye sayang!

kebaikan performance drink

Sekilas fakta tentang Performance Drink :
 Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.
 Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu maltodextrin, fruktos dan glukos yang penting untuk tenaga dan stamina.
 Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Siapa yang boleh minum Performance Drink ni?

 Ahli Sukan
 Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa. 
    Insyaallah mencegah dehydrate, menyejukkan badan dan secara tak langsung susu tak akan merudum 
"Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar sedar dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak anak.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak anak start mengamuk." - mommy lyna

 Penghidap kencing manis

 Jemaah Haji dan Umrah 
"saya pergi umrah haritu..satu canister abih...alhamdulillah bertenaga tak mudah mengantuk..bestt.. " - testimoni kak cery  
"Emak ibu sendiri pada mulanya tidak percaya dengan performance drink bagus untuk mereka yang ke umrah. Ibu belikan sebagai tanda hadiah sebelum emak bertolak ke umrah selama 14 hari perjalanan. Bila pulang dari umrah emak ibu seronok bercerita bagaimana sedapnya performance drink itu serta memang benar tidak rasa keletihan walau panas terik tetapi jemaah lain mengeluh keletihan. Seronoknya ibu dengar testimoni dari emak ibu." - testimoni ibu kak N
 Mereka yang bekerja di tengah panas
"dulu kalau kat miri..gi site,gi offshore..minum ni..mmg kurang rasa haus....kalo tak.keringg" - kak cery

 Orang dewasa/kanak2 yang demam 
"baguslah kak performance ni..saya minum..tidur..bangun tidur..hilang sakit kepala.rasa segar."- testimoni Lini yang sakit kepala/demam

 Mereka yang sudah berusia/lemah
"Selama ini abah saya jarang berpeluh, maklumlah abah jarang bersenam. Semenjak saya membelikan Performance Drink untuknya, beliau sangat sukakannya. Katanya abah sekarang selalu berpeluh walau berjalan dalam jarak yang dekat. Setiap hari beliau minta emak sediakan segelas performance drink untuknya. Alhamdulillah." - testimoni pn nurfiza

 Mereka yang letih setelah seharian bekerja - bagus untuk sesiapa sahaja.


Pendek kata ... Shaklee Performance® memberikan anda tenaga karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh anda untuk ketahanan, dan juga cecair dan keseimbangan unik elektrolit untuk membantu mencegah dehidrasi.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

source
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

kekal bertenaga dengan set puasa Shaklee

Alhamdulillah. Hari ini umat islam di Malaysia sudah mula berpuasa. Sara harap semua mampu untuk kekal bertenaga sehingga berbuka puasa nanti. Jangan pulak asyik tidur sahaja seharian ini tau. Dan sudah tentu ada di antara kita yang mula risau bagaimana untuk kekal bertenaga dan kurang haus dan lapar. Kalau dah rasa lapar dan haus, tenaga pun dah berkurang, bagaimana nak beribadah dengan cemerlang kan?
           
Sempena bulan Ramadhan ini, sara ingin menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Set Mighty 3 Gems. Set ini sesuai diambil ketika waktu sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. Jika anda sedang mengandung atau tengah menyusu badan (breastfeeding), jangan risau. Anda juga masih boleh menikmati kebaikan set hebat ini. Malahan, set mighty 3 gems ini sesuai untuk semua.


Terdapat 3 jenis produk dalam set ini -  Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Energizing Soy Protein
♥ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
♥ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
♥ Membekalkan tenaga,
♥ Memberikan rasa kenyang
♥ Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
♥ Membanyakkan susu badan (milkbooster)
♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot
♥ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
♥ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Mealshakes
♥ Ianya multivitamin atau lebih dikenali sebagai pelengkap makanan. Rasanya sangat sedap seperti rasa ais krim vanila tetapi dalam bentuk serbuk.
♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam.
♥ Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang.
♥ membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ glisemik rendah sesuai untuk pesakit diabetes

Performance Drink
♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi, seperti fungsi minuman isotonik.
♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
♥ Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
♥ Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Individu yang mengalami demam pun elok amik Performance Drink. Sebab bila dah demam kadang kadang selera untuk makan dan minum berkurangan. Jadi, ia boleh mencegah daripada proses dehidrasi berlaku.

Kenapa saya perlu amalkan set ini ketika puasa?
 Mudah disediakan, cepat hadam dan lazat rasanya. 
 Membantu mengatasi masalah gastrik sepanjang berpuasa.
 Membekal tenaga dengan lebih lama dari pagi hingga ke waktu berbuka 
 Membekalkan nutrisi yang diperlukan badan
 Mengelakkan tubuh terhidrat yang menyebabkan haus

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan nasihat percuma berkaitan set untuk berpuasa Shaklee ini. Boleh juga disesuaikan mengikut bajet anda. Jangan malu untuk bertanya. Kita berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik, Suplemen Shaklee bukan penyembuh. Insya Allah. Semua atas izinNya. Niatkan untuk kekal bertenaga supaya dapat beribadat dengan lebih baik. Semoga kita semua dapat beribadah dengan cemerlang di bulan rahmat ini. Amin.


Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

kebaikan dan manfaat teh hijau

Teh hijau telah digunakan sebagai ubat untuk beribu-ribu tahun lamanya. Ia berasal di China namun digunakan secara meluas di seluruh Asia. Minuman ini mempunyai pelbagai manfaat dari menurunkan tekanan darah sehingga untuk mencegah kanser. Alasan bahawa teh hijau mempunyai manfaat kesihatan yang lebih daripada teh hitam adalah disebabkan cara pemprosesannya. Teh hitam diproses dengan cara yang membolehkan proses penapaian manakala pemprosesan teh hijau mengelakkan proses penapaian. Hasilnya, teh hijau mengekalkan jumlah antioksidan yang maksimum dan polifenol ialah bahan yang memberi teh hijau banyak manfaatnya.

teh hijau

Teh hijau biasanya diminum tanpa gula. Untuk mengelakkan rasa pahit, saya selalu merendam teh hijau kurang dari tiga minit. cukup sekadar menampakkan warna hijau sahaja. Berikut adalah beberapa kebaikan dan manfaat teh hijau yang mengagumkan. Kebaikan yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak disedari.

 Mengurangkan Berat Badan.
Teh hijau meningkatkan kadar metabolisme. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan atau pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

 Diabetes.
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa dan seterusnya melambatkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ini boleh menghalang peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

 Penyakit jantung.
Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

 Kanser Esofagus
Ia boleh mengurangkan risiko kanser esofagus, tetapi ia juga dipercayai berupaya membunuh sel-sel kanser secara umum tanpa merosakkan sel sel sihat berdekatannya.

 Kolesterol.
Teh hijau dipercayai mampu mengurangkan kolesterol jahat dalam darah dan meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding  kolesterol jahat dalam badan

 Alzheimer dan Parkinson.
Ia dikatakan boleh melambatkan kemerosotan kesihatan yang disebabkan oleh Alzheimer dan Parkinson. Kajian yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan bahawa teh hijau melindungi sel-sel otak daripada mati dan membaik pulih sel-sel otak yang telah rosak.

 Gigi mereput (tooth decay)
Kajian menunjukkan bahawa antioksidan "catechin" dalam teh boleh menghapuskan bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, kerosakan gigi dan juga masalah gigi yang lain

 Tekanan Darah.
Pengambilan teh hijau yang berterusan dipercayai mampu untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

 Kemurungan.
Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

 Anti-virus dan Anti-bakteria.
'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit..

 Penjagaan kulit.
Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

Shaklee mempunyai produk terbaik yang bukan sahaja mempunyai ekstrak Teh Hijau, malahan Teh Merah dan Teh Putih sekaligus. Sangat berbaloi untuk membelinya, mudah untuk dibancuh dan membantu mengurangkan risiko barah dan mengurangkan berat badan. Penerangan lanjut berkaitan Cinch Energy Tea Mix akan diulas dalam post akan datang. boleh juga hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.