kebaikan utama meal shakes shaklee

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Kaya dengan fiber, protein dan sumber kalsium yang tinggi. Antara kebaikan utama Mealshakes Shaklee ialah:

Nutrisi lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.  Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Membekal nutrisi kepada sel tubuh
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain lain.

Membantu tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel sel untuk proses membesar.

Anti oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan seri wajah
Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kempleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Kelazatan rasanya
Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati semua golongan.

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi: 
Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: vita oh vita

siapakah yang memerlukan Meal Shakes Shaklee?

Mealshakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain lain. Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Siapakah yang memerlukan Mealshakes Shaklee?

Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan:
©       Bayi
©       Pelajar
©       Kanak kanak
©       Ibu mengandung
©       Atlet
©       Pengamal sayuran (vegetarian)
©       Orang sakit
©       Orang yang sibuk bekerja
©       Orang yang selalu mengambil makanan segera

Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak.

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi: 
 Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: vita oh vita

Kenapa ESP penting untuk ibu hamil?

Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.

Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.

Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.


ESP merupakan minuman protein yang berasaskan kacang soya. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3.

sumber: pama

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi: 
 Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp: 0189030794 
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com 
Fb page: vita oh vita

testimoni alfalfa shaklee - kisah benar saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. hari ini nak kongsi kisah benar lepas saya amalkan alfalfa shaklee. kira testimoni diri sendiri la. sebelum ni selalu baca testimoni orang lain je kan.  saya ni punya banyak masalah kesihatan sejak dulu lagi. lepas kejadian accident hari itu, lagi bertambah masalah kesihatan. tapi semua tu ada hikmahnya. kalau tak ada masalah kesihatan, tentu saya tak kenal dan jatuh cinta dengan produk shaklee ni.

masalah saya sebelum kenal dengan alfalfa shaklee ialah  resdung dan ada masalah sembelit tapi tak teruk sangat. kalau nak disenaraikan lagi memang banyak. dulu pernah juga buat rawatan resdung. mak saudara suruh cuba. sebab memang tak tahan. selalu sangat bersin. ala, rawatan yang buang ulat tu. memang tak percaya, tapi bila dah buat, ya Allah, banyak sangat ulat yang keluar. macam ulat buah. penuh satu mangkuk. kalau keadaan sekeliling tu ada habuk, jangan harap la boleh duduk lama. sekejap je dah bersin.habis menenyeh seluruh muka sampai merah.

 lagi satu masalah yang paling tak best bila makan makanan laut. saya ni sangat suka makanan laut. tapi bila makan je terus rasa gatal muka. kalau orang lain, mungkin lepas makan baru rasa. saya ni dah tahap kronik kot. baru je telan suapan pertama, dah rasa. kadang kadang tu, tengok je orang lain makan, sebab tak sanggup nak hadapi risiko. sedih kan?

Alhamdulillah, lepas kemalangan bulan 5 tahun lepas, saya mula kenal shaklee. dan dari situ jugalah perkenalan dengan alfalfa bermula. saya amalkan alfalfa shaklee sejak bulan 9 2013. padanya mulanya, tujuan asal amalkan alfalfa ni untuk turunkan berat badan. tapi bukan itu sahaja kesannya, masalah resdung saya pon makin berkurang. sekarang ni kalau nak makan makanan laut, dah tak teragak agak lagi. tak perlu tenyeh muka sampai merah lagi lepas makan. saya juga dah boleh membuang dengan sempurna. 

disebabkan sifat ingin tahu, saya buat satu eksperimen. saya tak makan alfalfa selama 2 hari. 2 hari je tau. Ya Allah, sungguh tak selesa tubuh ni. rasa gatal gatal resdung kembali lagi. jerawat dah mula naik. sembelit pon datang menyerang walaupun saya minum air yang banyak. lepas dah buat eksperimen yang meyeksa diri tu, saya teruskan kembali pengambilan alfalfa shaklee. Alhamdulillah, kesihatan saya kembali seperti biasa.

 tak sanggup rasanya bila alfalfa tak ada.

sempena bulan promosi alfalfa shaklee ni, rebutlah peluang keemasan ni. sama sama kita usaha dapatkan manfaat untuk kesihatan kita melalui alfalfa. kalau boleh, saya nak semua yang ada masalah resdung cuba alfalfa ni. memang bagus. bukan satu manfaat yang kita dapat, tapi banyak tau. kalau ubat kat klinik yang belum tentu semulajadi kita sanggup cuba, apa kata alih angin kepada suplemen semulajadi shaklee pula.

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
Sms/whatsapp: 0189030794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com
Fb page: vita oh vita

Mengapakah perlu memilih carotomax Shaklee?

Carotomax mengandungi 6 variasi karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan banyak lagi. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 hingga 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan tahap beta karotena dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Mengapakah perlu memilih carotomax?

Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membrane mukosa.

Alpha Carotene
v  Untuk penglihatan malam
v  Mata sihat
v  Menghalang degenerasi penglihatan
Beta Carotene
v  Memperbaiki kulit
v  Mempercepatkan pemulihan luka
v  Mempertingkat system imun
v  Mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat
Lycopene
v Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ
v  Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung san system imun
v  Mengurangkan penyakit kelenjar prostat
Astaxanthin
v  Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen.
v  Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL
Lutein
v   Menyekat katarak
v AMD (age related macular disease/penyakit macular berkaitan umur)
v  Glaukoma
zeaxanthin
 Melindungi mata
v Menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya
v  Mengurangkan risiko kanser payudara, ovary, endometrial dan serviks

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
Sms/whatsapp/line/wechat: 0189030794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com
Fb page: vita oh vita

kali terakhir jumpa pakar orthopedik

Alhamdulillah.. semalam selamat sudah temujanji dengan doktor pakar orthopedik di klinik rawatan harian HSNZ. dan yang paling gembiranya lepas ni dah tak perlu nak pergi jumpa doktor tiap tiap bulan. seronok sangat tau rasanya. hanya orang yang selalu ulang alik ke hospital dapat rasa apa yang sara rasa ni.

semalam awal pagi keluar rumah. pergi hospital tumpang abang nak pergi kerja. nak naik motor dah tak berani. fobia tak hilang lagi. sampai sana dalam 7.30 pagi. orang dah ramai. redha jela. kadang kadang tak tahu mereka ni keluar rumah pukul berapa. lepas tu nak kena beratur nak ambil nombor giliran nak daftar. masa tu baru 3 orang yang dipanggil, sara pulak dapat nombor 39. wah! lama jugak nak kena tunggu. tapi tiba tiba keajaiban berlaku. penjaga kaunter tekan nombor laju bila nombor yang dipanggil tak ada orang. tak sampai 10 minit sampai giliran sara. :)

klinik ortho hsnz

klinik ortho hsnz


okay. dah lepas satu bahagian. lepas tu sara gerak pulak ke klinik orthopedik sebab memang sara kena dapatkan rawatan kat sana. sampai kat kaunter, hulurkan buku rawatan, tunggu lagi nama dipanggil untuk xray. haish. ini yang lemah semangat ni. sara tak tahan sejuk aircond dan dalam tu sangat sejuk.  masa kali pertama jejak klinik ortho ni tak bawak sweater. menggigil tubuh ni. lepas kejadian tu, sara memang selalu bawak sweater kalau kena pergi klinik ortho tu. duduk je terus sarung swater tu. orang sekeliling tengok sara buat selamba je. sara tau diorang pon sejuk. dulu ada kakak tu lepas nampak sara pakai sweater, terus cakap "lepas ni memang kena bawak sweater. untung la dia tak sejuk" hehehe sara senyum jela kat kakak tu. takpe kak. saya paham. saya dah pernah rasa sejuk tu.tapi cakap dalam hati je la.

masa tengah menunggu nama dipanggil untuk xray, nurse dah panggil 3 orang kot pergi xray. bila nama sara dipanggil, pergi jela kat sana. pastu sampai je kosong takde orang. mane pergi nama nama yang nurse panggil tadi. bila dah serahkan kad, baru nampak dorang masuk. baru first time kot. dah selesai xray, kembali lagi ke klinik ortho tadi. tunggu nombor lagi untuk jumpa dengan doktor pulak. duduk kejap, nombor dipanggil. eh! biar betul. cepat pulak hari ini.

masuk bilik doktor, yes! dapat doktor yang dah agak berumur. sara suka kalau dapat doktor yang lama lama ni, pengalaman dorang lebih. lupa nak tanya nama doktor tu. kalau tak sara dah tulis kat sini. sebab doktor tu best. mesra. murah dengan senyuman. sara tanya pasal xray kaki tu. doktor cakap kaki dah ok. tulang dah bercantum cantik. tapi doktor cakap lepas ni walaupon dah boleh berjalan dengan baik. tapi kaki tu tetap tak akan berfungsi 100%. paling tinggi pon dalam 95% je. kesan sakit tu kemungkinan akan rasa seumur hidup tapi tak selalu. sebab sara mengadu kaki sakit bila berdiri terlalu lama. istilah berdiri terlalu lama bagi sara sekarang ni adalah dalam 5  hingga 10 minit. sebelum ni nak suruh berdiri 1 jam pon ok. kesian kan? pastu doktor cakap lepas ni dah tak perlu datang lagi untuk rawatan susulan. yeay!

hmmm. aku yang dulu bukanlah yang sekarang. kaki yang sihat dulu dah tak ada. yang ada kaki yang ada besi dan skru kat dalam dan kekal seumur hidup.

kepada yang sihat, hargailah ye. jangan banyak sangat merungut. ingatlah, ramai lagi yang tak bernasib baik macam  kita. sara pon sama. bila fikirkan keadaan kaki ni, sara cakap, ramai lagi yang keadaan lagi teruk dari yang sara alami. takdir Allah tak ada siapa pun mampu halang.

kebaikan dan kelebihan Carotomax Shaklee

CAROTOMAX merupakan campuran luar biasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
•    Memelihara kesihatan yang baik. 
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir.

Apa lagi kebaikan Carotomax yang kita boleh dapat?


Lebih selamat dari vitamin A
Penemuan terawal vitamin adalah pada 1912 iaitu vitamin A. didapati pengambilan vitamin A yang berlebihan akan menyebabkan toksisiti. Walau bagaimanapun, ahli saintis menemui beta karotena pada 1932, satu precursor vitamin A, dan beta karotena selamat untuk diambil.

Mempertingkatkan penglihatan
Ia menghasilkan “ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap.
Mengurangkan masalah penglihatan seperti:
v  Nyctalopia (rabun malam)
v  Rabun dekat
v  Presbyopic
v  Astigmatism
v  Xerophthalmia (mata kering)
v  Kelesuan mata
v  Glaucoma
v  Katarak
v  Floaters
v  Eye bags
v  Gegelung hitam di mata
Meredakan penyakit kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti:
v  Psoriasis
v  Senile plaque
v  Kulit kering
v  Kulit gugur
v  Jerawat
v  Akne
v  Scabies
v  Ulser kulit
Melindungi epithelial
Ia membantu memelihara lapisan luar:
v  Kornea
v  Rongga oral
v  Usus
v  Perut
v  Paru paru
v  Bronkus
v  Pundi kencing
v  Ovari semasa disintegrasi tisu
v  Merawat ulser saluran usus
Melawan kanser dan oksidasi
Pengambilan kerap beta karotena:
v  Mengukuhkan system imun
v  Melambatkan penuaan
v  Menyekat aktiviti bahan kanser
v  Menghalang pembentukan sel-sel kanser
v  Mengurangkan risiko kanser:
o   Kanser paru paru
o   Kanser payudara
v  Mengurangkan radikal bebas
v  Menyingkirkan sel sel mati yang teroksida
Menghalang infeksi
v  Merangsang enzim membunuh kuman
v  Menyekat dan mengurangkan keadaan penyakit system respiratori:
o   Batuk
o   Hepatitis
o   Asma
o   Flu
o   selesema

Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
v  Merangsang perkembangan kanak-kanak dan remaja
v  Menguatkan tulang
v  Membantu melindungi:
o   Rambut
o   Kulit
o   Membran mukosa
o   Gigi dan gusi yang sihat
o   Sistem reproduksi
v  Membantu menghasilkan sperma yang sihat

Anda boleh order sendiri suplemen anda terus melalui online dengan Shaklee di sini: 

untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan suplemen Shaklee, hubungi: 

Sara [Nurul Maisarah] 
Shaklee ID: 914468 
Sms/whatsapp: 0189030794 
Fb page: vita oh vita