kali terakhir jumpa pakar orthopedik

Alhamdulillah.. semalam selamat sudah temujanji dengan doktor pakar orthopedik di klinik rawatan harian HSNZ. dan yang paling gembiranya lepas ni dah tak perlu nak pergi jumpa doktor tiap tiap bulan. seronok sangat tau rasanya. hanya orang yang selalu ulang alik ke hospital dapat rasa apa yang sara rasa ni.

semalam awal pagi keluar rumah. pergi hospital tumpang abang nak pergi kerja. nak naik motor dah tak berani. fobia tak hilang lagi. sampai sana dalam 7.30 pagi. orang dah ramai. redha jela. kadang kadang tak tahu mereka ni keluar rumah pukul berapa. lepas tu nak kena beratur nak ambil nombor giliran nak daftar. masa tu baru 3 orang yang dipanggil, sara pulak dapat nombor 39. wah! lama jugak nak kena tunggu. tapi tiba tiba keajaiban berlaku. penjaga kaunter tekan nombor laju bila nombor yang dipanggil tak ada orang. tak sampai 10 minit sampai giliran sara. :)

klinik ortho hsnz

klinik ortho hsnz


okay. dah lepas satu bahagian. lepas tu sara gerak pulak ke klinik orthopedik sebab memang sara kena dapatkan rawatan kat sana. sampai kat kaunter, hulurkan buku rawatan, tunggu lagi nama dipanggil untuk xray. haish. ini yang lemah semangat ni. sara tak tahan sejuk aircond dan dalam tu sangat sejuk.  masa kali pertama jejak klinik ortho ni tak bawak sweater. menggigil tubuh ni. lepas kejadian tu, sara memang selalu bawak sweater kalau kena pergi klinik ortho tu. duduk je terus sarung swater tu. orang sekeliling tengok sara buat selamba je. sara tau diorang pon sejuk. dulu ada kakak tu lepas nampak sara pakai sweater, terus cakap "lepas ni memang kena bawak sweater. untung la dia tak sejuk" hehehe sara senyum jela kat kakak tu. takpe kak. saya paham. saya dah pernah rasa sejuk tu.tapi cakap dalam hati je la.

masa tengah menunggu nama dipanggil untuk xray, nurse dah panggil 3 orang kot pergi xray. bila nama sara dipanggil, pergi jela kat sana. pastu sampai je kosong takde orang. mane pergi nama nama yang nurse panggil tadi. bila dah serahkan kad, baru nampak dorang masuk. baru first time kot. dah selesai xray, kembali lagi ke klinik ortho tadi. tunggu nombor lagi untuk jumpa dengan doktor pulak. duduk kejap, nombor dipanggil. eh! biar betul. cepat pulak hari ini.

masuk bilik doktor, yes! dapat doktor yang dah agak berumur. sara suka kalau dapat doktor yang lama lama ni, pengalaman dorang lebih. lupa nak tanya nama doktor tu. kalau tak sara dah tulis kat sini. sebab doktor tu best. mesra. murah dengan senyuman. sara tanya pasal xray kaki tu. doktor cakap kaki dah ok. tulang dah bercantum cantik. tapi doktor cakap lepas ni walaupon dah boleh berjalan dengan baik. tapi kaki tu tetap tak akan berfungsi 100%. paling tinggi pon dalam 95% je. kesan sakit tu kemungkinan akan rasa seumur hidup tapi tak selalu. sebab sara mengadu kaki sakit bila berdiri terlalu lama. istilah berdiri terlalu lama bagi sara sekarang ni adalah dalam 5  hingga 10 minit. sebelum ni nak suruh berdiri 1 jam pon ok. kesian kan? pastu doktor cakap lepas ni dah tak perlu datang lagi untuk rawatan susulan. yeay!

hmmm. aku yang dulu bukanlah yang sekarang. kaki yang sihat dulu dah tak ada. yang ada kaki yang ada besi dan skru kat dalam dan kekal seumur hidup.

kepada yang sihat, hargailah ye. jangan banyak sangat merungut. ingatlah, ramai lagi yang tak bernasib baik macam  kita. sara pon sama. bila fikirkan keadaan kaki ni, sara cakap, ramai lagi yang keadaan lagi teruk dari yang sara alami. takdir Allah tak ada siapa pun mampu halang.