MH370: kembalilah

hari ini dah masuk hari keempat pesawat MH370 hilang tanpa jejak. seluruh Malaysia dan dunia terkejut dengan berita tersebut. sebagai rakyat malaysia, saya pun turut terkesan dengan peristiwa itu. walaupun tiada saudara mara dan rakan di dalam pesawat tersebut.

di sebalik kejadian kehilangan pesawat ini, kita dapat lihat seluruh rakyat bersatu dalam mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua penumpang MH370. Semua orang mengharapkan yang terbaik, berharap penumpang dan krew penerbangan ditemui dalam keadaan yang baik. namun, jika ditemui dalam keadaan yang sebaliknya, kita hanya mampu redha akan ketentuan Yang Maha Berkuasa.

dalam keadaan orang ramai mengharapkan yang terbaik, ada juga yang masih sanggup untuk mengeluarkan kata kata yang tak enak dibaca dan didengar. inilah padahnya apabila media sosial disalah gunakan. bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. takkan lah mereka tak pernah terfikir, kalau ahli keluarga mereka dalam pesawat tu, apa perasaan kalau orang mengata yang tak elok. bila dah ditegur orang, baru kalut nak minta maaf. ada akal, gunakan. jangan simpan dalam kasut.

semoga pesawat MH370 selamat ditemui bersama semua penumpangnya dalam keadaan yang baik. doakan juga semoga ahli keluarga dan rakan taulan mereka terus kuat untuk menghadapai ujian ini.

#doakanuntukmh370 #pray4mh370

kembalilah segera. kepulanganmu dinanti seluruh dunia :')

notakaki: kepada pengguna instagram, jangan gunakan selfie anda untuk hashtag berkaitan MH370.