promosi May 2014 shaklee - meal shakes

promosi shaklee may 2014 - meal shakes. wah, promosi baik punya bulan ni. untuk bulan ni je tau. sangat sesuai untuk semua. tambah pulak dah dekat nak puasa ni, boleh la buat stok. minum masa sahur dan kongsi satu keluarga.

beli 6 dan dapatkan percuma 1 tin. siapa nak bagi kan?

promosi shaklee may 2014 - meal shakes

kalau taknak beli banyak banyak, nak beli satu pon boleh.

sebarang pertanyaan dan order berkenaan suplemen Shaklee, hubungi:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com
Fb page: vita oh vita

Patah Kaki Masuk Besi

patah kaki masuk besi. ha, best tak tajuk kali ni? hari ini tergerak hati nak tulis pasal benda ni sebab banyak jugak kata kunci yang singgah ke blog ni dengan carian patah kaki masuk besi. disebabkan dah selalu sangat orang cari, kita buat la satu post khas.

patah kaki masuk besi
nampak tak? :)

alkisah bermula cerita patah kaki masuk besi ni tahun lepas punya sejarah dalam hidup sara. 29 may 2013. pagi hari tu sara kemalangan masa nak pergi kerja. dalam perjalanan tu, dilanggar pulak oleh seorang pakcik. dia naik kereta. dia nak lintas jalan dari simpang. tak nampak sara katanya. hihi padahal kita punya la besar :)  lepas kemalangan tu, telefon adik dengan selamba je cakap "aku accident kat sekian sekian tempat" pastu letak. otak masih blur. masa tu orang ramai dah tolong angkat kat tepi jalan sebab kaki dua belah tak boleh nak jalan. huhu dah la sebelum tu tak ingat macam mana boleh tercampak, yang ingatnya berguling guling atas jalan je. motosikal dah terbalik kat tengah tengah jalan.

bila dah sampai hospital (abang hantar), tunggu nak buat xray. sejuk sangat sebab aircond. tambah pulak pagi tu baru je lepas hujan. sweater sara dah lencun sebab dah berguling atas jalan raya kan. ok dah selesai tu, ingat takde apa apa sangat, sekali doktor cakap kaki patah kena masuk wad.

aduh!

diringkaskan cerita, tengah hari tu kaki kena simen, malam tu doktor pakar tulang cuba masukkan balik tulang tu ke kedudukan asal tapi tak masuk jugak. diorang bagi ubat bius la masa nak buat tu. kalau tak, sakit kot. jantung masa tu dah berdegup lebih 130 seminit. doktor ramai ramai tu suruh bertenang. hihihi nak buat macam mana kan. dah berdebar kan. doktor bagi pilihan, simen kaki yang tak tahu berapa lama nak kena simen dan tiga empat tahun nanti jalan senget atau masuk besi. keputusannya, kena masuk besi.

4 jun 2013, selamat masuk dewan bedah untuk masuk besi dalam kaki. gatal kaki bekas kena simen takyah cakap la. memang seksa sangat. masuk dewan bedah sebelum pukul 8 pagi, dalam pukul 1 tengah hari baru keluar. tak ingat sangat sebab tak sedar. tapi doktor yang pakar bius tu comel. hihi. ubat bius tahan sampai 6 jam sahaja. lepas dah habis tu, mata ni berair je tahan sakit. nak bergerak pon tak boleh. kesimpulannya, tiga hari tak bergerak dari katil. hari keempat kena xray balik doktor nak tengok macam mana. walaupun kena alih guna katil, sakit woooo.. kaki tak boleh rendah. kena lapik bagi tinggi. kalau tak, cepat je bengkak.

dua belas hari menginap di hospital, dah boleh balik rumah. yeay! dah balik rumah, hujan pulak malam malam. aduh. orang selalu cakap kan kalau dalam kaki ada besi, mesti rasa sengal sengal kalau hujan dan sejuk sejuk. ok. masa tu baru percaya sebab dah rasa. Ya Allah, seksanya. bungkus kaki dengan selimut tebal pon macam tak ada fungsi. sengal tetap terasa.

terus terang cakap sara tak suka makan ubat. tapi terpaksa. masa tu, mula mencari suplemen untuk gantikan ubat hospital bagi tu. dari situlah  sara berkenalan dengan shaklee. sara tanya kakak tu, suplemen apa yang sesuai untuk orang yang patah kaki masuk besi ni, kakak tu suggest ESP dan zinc. tak banyak tanya, sara order je.

ESP - nak bantu pulihkan balik sel sel kita yang dah rosak tu. kiranya, baiki dari dalam la. esp ni dari protein soya NON GMO. yang genetiknya tak diubahsuai. sel kita kan asal dari protein. sebab kita pon tak tahu cukup ke tak protein yang kita ambil hari hari. jadi, kenalah ambil protein tambahan. tambah pulak, kalau ayam, ikan, daging yang kita makan tu di masak dengan suhu tinggi. ade lagi ke proteinnya?

Zinc - cepatkan proses pemulihan luka. yang ni sara suka. sebab luka kat yang kena jahit tu cepat kering. masa kat hospital, misi selalu cakap luka tak kering lagi setiap kali cuci. bila duk rumah, kena pergi cuci jugak kat klinik kesihatan, misi tu cakap luka tu dah cantik keringnya. heeee seronok weh! masa nak bukak jahitan tu pon senang.

Alhamdulillah, lepas dah cuba dua suplemen ni, luka tu cepat je kering. bila hujan pon, kaki dah tak ada rasa sengal sengal. tubuh pon dah rasa sihat sikit. tak rasa lemau, letih sebab ESP ni pon boleh tambah tenaga kita.

notakaki:
1 - maaf, ini bukan overclaim tau. ini memang apa yang sara rasa lepas guna produk ni.
2 - siapa siapa yang nak kongsi pengalaman atau nak tanya apa apa pasal kena masuk besi ni, sila la tinggalkan komen kat bawah ni. rasa sakit ke, sengal sengal ke, luka lambat sembuh ke, ape ape je la. sara akan cuba jawab yang termampu.
3 - kalau nak cuba suplemen ni, boleh contact sara. tak ada paksaan tau. lain orang, lain kesannya. ada yang cepat, ada yang lambat.
4 - kepada yang masih sakit tu, sila fikir positif ya!

sebarang pertanyaan dan order berkenaan suplemen Shaklee, hubungi:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
email: vitaohvita[at]gmail[dot]com
Fb page: vita oh vita