akak patah kaki bahagian mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang kacak dan cantik.  Memandangkan sebelum ini sara ada post entry bertajuk patah kaki masuk besi, kali ini nak sambung lagi sedikit tentang kisah patah kaki itu. Pertama sekali, sara nak minta maaf kepada mereka yang sudi hubungi sara untuk bertanya tentang pengalaman patah kaki sara itu. Sara nak minta maaf kerana dalam entry tersebut, sara lupa nak nyatakan bahagian kaki mana yang patah. Soalan paling banyak sara terima ialah, akak patah kaki bahagian mana?

Dalam peristiwa 2013 tersebut, kaki sara patah belah kiri di bahagian berdekatan dengan buku lali. Masa di hospital, tak terfikir nak tanya doktor nama tulang yang patah tu sebab selalu dapat doktor yang handsome dan comel je. Hahaha masa pagi pagi yang doktor ramai ramai buat lawatan tu pun, tak berapa jelas bahasa perubatan yang digunakan. Oh, kita tak belajar medic! Apa yang sara dengar , bunyi berbelit belit je lidah doktor tu nak menyebutnya. Selepas keluar hospital, barulah tahu nama bahagian yang patah tu, tu pon sebab ada di bahagian resit. Kalau tak, sampai ke sudah tak tahu. Lagi kesian kan?

kaki sara lebih kurang mcam ni la lepas masuk skru. cuma yang dalam gamber B tu, yang 1 skru tu kedudukannya lurus dalam kaki sara. tak serong macam tu
Kaki sara patah di dua tempat iaitu bahagian lateral malleolus dan posterior malleolus. Mula mula sara ingat patah satu tempat sahaja, tetapi bila dah beberapa bulan buat medical checkup barulah tahu dua tempat yang patah. Oh sungguh kasihan diriku! Doktor tu pon dengan baik hatinya, terangkanlah semula bahagian mana yang patah sambil tunjuk gambar xray kaki sara yang berskru tu.  Sara cakapla kat doctor tu, selama ni, ingatkan satu tempat je yang patah. Hehehe lepas tu doctor sambung ayat dia, plate dengan skru tu dia masukkan dekat dua bahagian kaki kan. Takkan la doctor tu saje suka suka nak masukkan skru kat bahagian buku lali awak. Sara hanya mampu jawab, “ooooo.” Nasib baiklah dapat doctor yang baik hati. 



lateral malleolus -  bahagian bawah, hujung fibula
posterior malleolus – bahagian bawah, belakang tibia

kalau ada yang belajar perubatan yang baca ini, kalau salah yang pasal bahagian kaki tu, bagi tau ye! dan kalau ada lagi yang nak kongsi atau tanya pendapat pasal patah patah ni, sila kan. 

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.