Bagaimanakah Diabetes Berlaku?

Diabetes berlaku apabila pankreas, kelenjar di belakang perut, tidak menghasilkan cukup hormon insulin, atau badan tidak boleh menggunakan insulin dengan betul. Insulin membantu membawa gula dari darah ke dalam sel-sel. Apabila  berada di dalam sel-sel, gula ditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan serta-merta atau disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Tenaga yang terhasil digunakan untuk membantu menjalankan fungsi tubuh.

Daripada makanan, badan mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas seharian. Makanan daripada kumpulan karbohidrat iaitu makanan berkanji dan bergula ditukarkan kepada glukos. Ia digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

Secara normal, insulin membantu glukos dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang menghidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya mengakibatkan glukos tidak dapat memasuki sel-sel badan menyebabkan kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan akan disingkirkan badan melalui air kencing. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini juga menyebabkan badan kurang bertenaga.

bagaimanakah diabetes berlaku?

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.