Bagaimanakah VItamin E Memberi Manfaat Kepada Kulit

Ramai yang mengetahui bahawa vitamin E adalah baik untuk kulit, tetapi tidak ramai orang yang boleh memberitahu apakah yang sebenarnya nutrien ini lakukan. Vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaik pulih kulit anda.


Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas yang merupakan molekul yang merosakkan kolagen, menyebabkan kulit kering, garis-garis halus dan kedutan. Penerangan kimia yang ringkas dapat menjelaskan bagaimana vitamin E melakukannya. Atom yang berada badan kita cuba untuk mengekalkan nombor genap elektron yang menjadikan mereka stabil. Jika atom mempunyai bilangan elektron yang ganjil, ia akan mencuri elektron daripada atom lain untuk menjadi stabil. Apabila kulit anda terdedah dengan faktor-faktor luar seperti sinar ultraviolet matahari, badan anda boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan bilangan elektron yang tidak sekata. Apabila mereka terbentuk di dalam badan anda, mereka mencuri elektron daripada sel-sel yang sihat yang sedang membentuk kulit anda.

Antioksidan akan meneutralkan radikal bebas dan mencegah daripada berlakunya kerosakan. Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang paling bagus, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya. Ini bermakna anda perlu memastikan bahawa anda mendapat cukup nutrien berharga ini dalam diet anda. Antara cara yang boleh diamalkan ialah dengan makan makanan yang tinggi vitamin E dan mengambil makanan tambahan vitamin E jika anda tidak boleh mendapatkan nutrient yang cukup melalui pengambilan makanan anda. Ia boleh membantu mencegah penuaan kulit dan kerosakan pada DNA anda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa yang panjang juga boleh mengurangkan selaran matahari akibat daripada pendedahan kepada sinaran UVB. Namun, ini tidak bermakna bahawa dengan mengambil vitamin E akan membolehkan anda selamat untuk terdedah lama di bawah sinaran matahari, tetapi anda boleh membantu kulit anda kekal sihat dan gebu dengan memastikan anda mendapat cukup vitamin antioksidan ini.


Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.