best sangat ke guna u mobile ni?

Best sangat ke guna u mobile ini? Haa. Itu mesti soalan normal mereka yang bukan pengguna umobile akan tanya. Sebagai pengguna umobile sara akan cakap okay sangat sangat. Okay, kalau korang semua nak tahu, Sara pengguna umobile dah lama jugak. Sejak 29 Dec 2012. Lama jugak la kan. Dah setahun setengah dah.
Sebelum ni, sara guna 2 nombor, celcom dan umobile tapi telepon no celcom tu hilang masa kat hospital masa tahun lepas. Jadi, sara pon malas dah nak guna nombor tu. Tambah pulak celcom ni suka hantar mesej banyak banyak dalam satu hari. Rimaslah! Sara tau boleh dapatkan balik nombor tu kat celcom center tapi malaslah. Kadang kadang tu selalu sangat ada dapat call dari orang yang jual insurans. Eh, orang celcom ni jual nombor pengguna kat third party ke? Ade sesapa yang alami nasib macam ni jugak atau sara je yang kena. Haish.

nak dapat mamee dan revive percuma? klik gambar niMalas lah nak cerita pasal celcom. Kita cerita pasal umobile pulak ye. Setakat ni sara memang puas hati la dengan servis umobile ni. Jarang sangat buat hal. Dulu masa mula mula nak daftar nombor ni, staff tu bagitau yang umobile ni guna line celcom. Masa bulan tu la. Tapi lepas tu tukar guna line maxis pulak. Jadi, kalau rumah korang line maxis kuat, boleh la guna. Kalau tak, nganga je la heeee. Kat rumah sara ok je. Jadi tak ada masalah la kan.

nak dapat mamee dan revive percuma? klik gambar niSara selalu topup umobile ni. Biasanya RM30 tak pun RM50 terus. Nanti tak payah nak topup banyak kali dah. Yang bestnya, umobile ni memang tahan lama topup dia. Bonus pun selalu dapat tau. Seingat sara, sara dah lama tak topup. Last topup bulan 11 takpun bulan 12 tahun lepas. Masa tu topup RM50 rasanya. Tapi sebab duduk rumah, tak banyak sangat guna untuk call. Lebih kepada guna internet. kat rumah pulak ada streamyx, lagi lah jimat topup tu. Guna wifi je. Tapi sampai sekarang sara boleh guna kalau nak call dan sms walaupun masa cek baki, dia tulis dah expired. Best ke tidak?

tengok expired date tu tapi sara still boleh guna tau!
Kalau korang rasa best dan nak guna jugak umobile ini, silakan. Lepas tu daftar kat laman web umobile. Macam macam boleh buat. Sekarang ni, ada pulak promosi.kalau topup RM30 boleh dapat air revive botol kecik. Kalau topup RM50 mamee express cup perisa kari dan air revive 500ml sebotol. Ok la kan. Klik link ni untuk maklumat lanjut tau. kalau nampak ada iklan umobile berlegar legar kat blog sara ni, boleh jugak klik situ kalau nak dapatkan maklumat lanjut. Sapa nak bagi macam tu. topup dapat, air dengan mamee dapat. 

notakaki: Korang guna topup yang lain, dapat free ape? Share please.