cara mengelakkan kencing manis

Kencing manis boleh dielakkan jika kita mengambil langkah langkah yang sewajarnya. ini kerana kencing manis merupakan salah satu penyakit yang boleh membawa kepada bermacam jenis penyakit lain dan juga maut tanpa kita sedari atau mati mengejut. Antara cara cara yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan kencing manis ialah:

diabetes menakutkan

Mengubah cara hidup
Mengubah cara hidup mampu mengelakkan terjadinya kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance – IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose – IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal penyakit kencing manis tetapi masih mampu diterbalikkan dengan cara kawalan permakanan yang betul.

Pemakanan
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan yang melibatkan gula sahaja. Walaupun pengambilan gula telah disekat, ini tidak bermakna bahawa semua jenis makanan yang lain boleh diambil dalam kadar yang berlebihan. Kadar nutrisi perlu dikurangkan kerana kewujudan pertambahan gula, dan bahan-bahan karbohidrat yang lain juga perlu dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori harian perlu dikurangkan. Untuk memastikan bahawa makanan yang anda makan tidak melebihi had, catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan berbincang dengan doktor.

Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dilakukan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu membakar kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. 
Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% – 60%.

Penjagaan berat badan
Telah diketahui bahawa berat badan individu yang tidak baik perlu dikawal tahap gula yang tinggi dalam darah mereka. Melalui cara itu, dos ubat dapat dikurangkan. Sesetengah pesakit kencing manis boleh menghentikan semua jenis ubat selepas berjaya mengawal berat badan.

Pengambilan ubat
Ubat untuk mencegah kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Dadah seperti metformin didapati boleh mengurangkan peratusan diabetes sebanyak 31%. Rawatan dengan metformin lebih berkesan bagi yang lebih muda, dan berat badan berlebihan. Rawatan Metformin adalah kurang berkesan dalam mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

Pengambilan suplemen
Pengambilan suplemen juga boleh membantu mengurangkan kencing manis yang dihidapi seseorang individu. Pengambilan suplemen adalah digalakkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik secara berterusan. Suplemen tidak boleh menyembuhkan penyakit kencing manis kerana kencing manis masih lagi tiada penawarnya namun suplemen mampu mengawal kadar kencing manis daripada meningkat lebih tinggi dan mengelakkan keadaan lebih teruk. Suplemen juga dapat mengekalkan kesihatan yang baik dan memberi tenaga yang berterusan kepada kita.


Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.