Faktor berlakunya Diabetes

Seperti yang telah diketahui umum, terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya diabetes. berikut adalah antara faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit diabetes.

stop diabetes


Pola makan
Makan secara berlebihan dan melebihi jumlah kadar kalori yang diperlukan oleh tubuh boleh membawa kepada kewujudan diabetes mellitus. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak diimbangi oleh rembesan insulin dalam jumlah yang mencukupi boleh menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat dan sudah tentu akan membawa kepada risiko penyakit kencing manis.

Obesiti (kegemukan)
Obesiti akan mempengaruhi risiko seeorang itu untuk mendapat penyakit. Obesiti ialah simpanan lemak berlebihan berbanding jisim tubuh teras (lean body mass). Individu dengan berat badan lebih daripada berat badan normal dalam tahap Indeks Jisim Badan (BMI) cenderung memiliki peluang lebih besar untuk terkena penyakit diabetes militus.  Sembilan daripada sepuluh orang berbadan gempal berpotensi untuk diserang oleh penyakit kencing manis.

Cara mengira BMI:

Kategori BMI :
Kurang berat badan       = <18.5
               Berat badan normal       = 18.5 – 24.9
            Berat badan berlebihan  = 25 – 29.9
             Obesiti                          = 30 ke atas

Genetik
Diabetes mellitus dapat diwariskan dari ibu bapa kepada anak-anak. Gen penyebab kencing manis akan dibawa oleh anak jika kedua dua ibu bapa atau salah seorang daripadanya menderita diabetes mellitus. Pewarisan gen ini boleh diwarisi sehingga ke peringkat cucu dan juga cicit walaupun risiko adalah sangat rendah.

Bahan bahan kimia dan ubat ubatan
Bahan kimia juga boleh menyebabkan radang pancreas. Radang pada pankreas akan menyebabkan fungsi pankreas menurun sehingga tidak ada rembesan hormon untuk proses metabolisme badan termasuk insulin. Semua jenis sisa dadah yang terkumpul dalam masa yang lama boleh membawa kepada radang pankreas.

Penyakit dan jangkitan pada pankreas
Mikroorganisma dan jangkitan virus pada pankreas juga boleh menyebabkan keradangan pankreas yang secara automatiknya akan menyebabkan fungsi pankreas menurun supaya tidak ada rembesan hormon untuk proses metabolisme badan termasuk insulin. Penyakit seperti kolesterol tinggi dan dyslipidemia boleh meningkatkan risiko seseorang individu terdedah kepada risiko kencing manis.

Gaya hidup
Corak kehidupan juga sangat memberi kesan kepada punca-punca terjadinya kencing manis. Orang yang malas bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kencing manis kerana senaman berfungsi untuk membakar lemak berlebihan di dalam badan. Lemak berlebihan yang termendap di dalam badan adalah faktor utama kencing manis di samping kegagalan fungsi pankreas.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.