Jenis-Jenis Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:



1.     Diabetes bersandar insulin – jenis pertama (Type 1 Diabetes)

Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent') atau diabetes awal remaja. Penghidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti insan normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Sekiranya keadaan  ini berlarutan, ia akan mengakibatkan penghidap diabetes menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak di rawat.
                                            
Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penukaran glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. Lima hingga sepuluh peratus penghidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.

Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes jenis 1 boleh membawa maut, Oleh itu, sekiranya diabetes jenis 1 ini tidak dikesan lebih awal, penghidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Penghidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadangkala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.

Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk pemerhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh mengakibatkann kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

2.     Diabetes bebas insulin – Jenis kedua (Type II Diabetes)

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. Sembilan puluh hingga 95% daripada penghidap kencing manis menghidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.

Diabetes jenis 2 kadang-kadang dianggap sebagai penyakit gaya hidup kerana ia biasanya dicetuskan oleh cara kehidupan yang kurang sihat, berat badan berlebihan dan kurang bersenam. Walau bagaimanapun, diabetes jenis ini biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut serta keturunan. Jika ibu bapa atau adik-beradik menghidap diabetes jenis2, seseorang itu mempunyai kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2 juga. Diabetes jenis kedua ini juga semakin meningkat di kalangan kanak kanak dan golongan remaja di Malaysia.

3.     Diabetes ketika hamil (Gestational Diabetes)

Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung apabila mereka berada dalam trimester kedua kehamilan. Kira-kira 4 peratus daripada semua wanita hamil akan mengalami penyakit kencing manis semasa mengandung. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati di kalangan wanita kuat makan atau wanita yang mempunyai keturunan penghidap diabetes.

Ketika mengandung, diabetes memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Tidak seperti kencing manis Jenis 1 dan jenis 2, kencing manis semasa mengandung akan hilang selepas bayi dilahirkan. Namun sebahagian kecil, antara 5% hingga 10% didapati menghidap diabetes jenis kedua. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras demam kuning yang tinggi berbanding bayi normal.

Apabila  wanita tersebut mempunyai diabetes semasa mengandung adalah lebih cenderung untuk mempunyainya sekali lagi pada kehamilan akan datang dan meletakkan wanita pada risiko yang tinggi mendapat diabetes Jenis 2 di kemudian hari. Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Semakin meningkat usia seorang wanita itu ketika hamil, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung.


Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.