kebaikan dan manfaat teh hijau

Teh hijau telah digunakan sebagai ubat untuk beribu-ribu tahun lamanya. Ia berasal di China namun digunakan secara meluas di seluruh Asia. Minuman ini mempunyai pelbagai manfaat dari menurunkan tekanan darah sehingga untuk mencegah kanser. Alasan bahawa teh hijau mempunyai manfaat kesihatan yang lebih daripada teh hitam adalah disebabkan cara pemprosesannya. Teh hitam diproses dengan cara yang membolehkan proses penapaian manakala pemprosesan teh hijau mengelakkan proses penapaian. Hasilnya, teh hijau mengekalkan jumlah antioksidan yang maksimum dan polifenol ialah bahan yang memberi teh hijau banyak manfaatnya.

teh hijau

Teh hijau biasanya diminum tanpa gula. Untuk mengelakkan rasa pahit, saya selalu merendam teh hijau kurang dari tiga minit. cukup sekadar menampakkan warna hijau sahaja. Berikut adalah beberapa kebaikan dan manfaat teh hijau yang mengagumkan. Kebaikan yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak disedari.

 Mengurangkan Berat Badan.
Teh hijau meningkatkan kadar metabolisme. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan atau pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

 Diabetes.
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa dan seterusnya melambatkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ini boleh menghalang peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

 Penyakit jantung.
Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

 Kanser Esofagus
Ia boleh mengurangkan risiko kanser esofagus, tetapi ia juga dipercayai berupaya membunuh sel-sel kanser secara umum tanpa merosakkan sel sel sihat berdekatannya.

 Kolesterol.
Teh hijau dipercayai mampu mengurangkan kolesterol jahat dalam darah dan meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding  kolesterol jahat dalam badan

 Alzheimer dan Parkinson.
Ia dikatakan boleh melambatkan kemerosotan kesihatan yang disebabkan oleh Alzheimer dan Parkinson. Kajian yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan bahawa teh hijau melindungi sel-sel otak daripada mati dan membaik pulih sel-sel otak yang telah rosak.

 Gigi mereput (tooth decay)
Kajian menunjukkan bahawa antioksidan "catechin" dalam teh boleh menghapuskan bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, kerosakan gigi dan juga masalah gigi yang lain

 Tekanan Darah.
Pengambilan teh hijau yang berterusan dipercayai mampu untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

 Kemurungan.
Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

 Anti-virus dan Anti-bakteria.
'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit..

 Penjagaan kulit.
Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

Shaklee mempunyai produk terbaik yang bukan sahaja mempunyai ekstrak Teh Hijau, malahan Teh Merah dan Teh Putih sekaligus. Sangat berbaloi untuk membelinya, mudah untuk dibancuh dan membantu mengurangkan risiko barah dan mengurangkan berat badan. Penerangan lanjut berkaitan Cinch Energy Tea Mix akan diulas dalam post akan datang. boleh juga hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.