kesan diabetes kepada kesihatan

Sekiranya penyakit kencing manis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan pengidap kencing manis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi didalam darahnya. Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat(nerve).

Perubahan-perubahan ini pula boleh mendatangkan penyakit lain seperti:
♣ Hujung kaki tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve.
♣ Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve.
♣ Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/nerve dan saluran darah.
♣ Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.
♣ Kegagalan fungsi buah pinggang.  Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama.
♣ Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah.
♣ Serangan angin akhmar disebabkan kerosakan saluran darah.
♣ Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi.

Bagaimanapun sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit kencing manis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

diabetes membawa kemudharatan

Manakala tanda-tanda anda menghidap kencing manis adalah seperti berikut :
♣ Sering dahaga dan sering perlu minum air
♣ Sering ke tandas.
♣ Badan sentiasa lemah dan tidak bertenaga
♣ Berat badan turun dengan mendadak.
♣ Penglihatan semakin kabur.
♣ Sering pening kepala

Kadang-kala penghidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.