Makanan tinggi kandungan gula

Sebelum ini, masyarakat seluruh dunia hanya memandang kepada lemak yang boleh membawa bahaya kepada kesihatan. Namun kini, di tambah lagi dengan gula. Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi boleh meningkatkan lagi risiko terkena penyakit, dan yang lebih membimbangkan lagi, makanan tersebut berada di sekeliling kita.
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa tahap gula yang tinggi dalam tubuh boleh meningkatkan faktor risiko penyakit seperti obesiti, kencing manis dan juga kanser. Namun yang menjadi masalah pada hari ini ialah lidah kita telah mengenal gula sejak zaman kanak-kanak dan kerana itu amat sukar untuk dipisahkan daripada kehidupan seharian.


Tambahan pula, ramai pengeluar makanan dan minuman di pasaran  muncul dengan produk yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Kenalpasti pelbagai jenis makanan dengan kandungan gula yang tinggi di sekeliling anda, dan fikirlah dua kali sebelum menggunakannya.
Ramai rakyat Malaysia yang amat menggemari makanan dan minuman yang manis. Berikut adalah kandungan gula tambahan dalam beberapa contoh makanan dan minuman
Kandungan gula dalam beberapa contoh kuih tempatan
Jenis
Berat (g) bagi setiap satu
Kandungan gula (g) bagi setiap satu
Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Kuih koci
40-50
10-13
Kuih keria
55-65
10-13
Seri muka
110-120
10-13
Donat
45-55
7-10
Kuih lapis
120-140
5-7
Lepat pisang
65-75
10-13
Puding jagung
70-80
7-10
Bingka ubi kayu
70-90
18-25
Sumber : Panduan Diet Malaysia, 2010
Kandungan gula dalam beberapa contoh minuman berbungkus
Jenis
Isipadu per kotak/ tin/ botol (ml)
Kandungan gula (g) per kotak/ tin/ botol
Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Minuman isotonik
240
16
Minuman berkarbonat
240
25
5
Minuman soya
300
28
Minuman teh
240
28
Minuman blackcurrant
300
35
7
Minuman laici
300
33
Minuman teh bunga
300
21
Minuman cincau
300
27
Minuman tenaga
330
59
11¾
Sumber : Panel Maklumat Pemakanan pada label minuman berkaitan (Tinjauan Pasaran, Januari 2010)

Selain contoh-contoh di atas, terdapat banyak lagi produk yang jika diteliti, mempunyai kandungan gula yang tinggi. jadilah lebih berwaspada dan perhatikan label kandungan pada setiap bungkusan makanan atau minuman yang ingin dibeli.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sara [Nurul Maisarah]
Shaklee ID: 914468
sms/whatsapp/telegram: 0189030794
Fb page: vita oh vita
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.