selamat tinggal kaka

Kaka, kucing kesayangan Mok Yu (panggilan sara untuk semua kucing di rumah). Sedar tak sedar. Dah dua tahun kita bersama. Kaka kucing yang pandai. Nakal dan lincah. Masa mula mula mok yu jumpa kaka, kaka kecik lagi. Masa tu tak tahu sama ada ada sesat atau kena buang. Jauh dari kawasan perumahan orang, di kawasan ladang yang jarang orang lalu lalang. Yang ada cuma lori besar. Masa tu mok yu dan kawan mok yu lalu situ. Nampak kaka, terus kawan mok yu berhentikan kereta. Kaka berlari ke arah kami tanpa ada rasa takut. Kami pun membawa kaka pulang dan di situlah bermulanya kisah kita.

kaka masa kecil
Di ladang masa tu, dah ada ramai kucing. Walaupun Kaka penghuni baru di situ tapi Kaka terus buat seperti Kaka bos beasr di situ. Langsung tak takut dengan kucing besar yang lain walaupun Kaka lah yang paling kecik masa tu. Pada mulanya, kami namakan Kaka dengan nama Rebecca. Nama pramugari comel Air Asia masa kami terbang pulang dari Sarawak tempoh hari. Bila balik ke rumah mok yu nama Kaka bertukar menjadi Kaka. Mak cakap susah nak sebut. Mok yu sayang Kaka. Mok yu jaga Kaka dari kecik sampai la Kaka dah ada anak. Seingat mok yu Kaka dah empat kali lahirkan anak. Tapi yang hidup Cuma empat ekor sahaja. Yang terakhir ini, tiga ekor yang terlalu mirip akan Kaka. Ah! Mok yu sebak.

kaka suka tidur atas mok yuKaka, mok yu nak minta maaf andai sepanjang dua tahun mok yu jaga Kaka, mok yu ada buat silap. Maaf kalau mok yu ada termarah Kaka, terbagi kurang makan minum Kaka. Termarah Kaka sebab Kaka kadang kadang suka buat kacau. Mok yu rindu Kaka. Walupun tak tak sampai sehari Kaka tinggalkan mok yu. Masa kecik dulu, kalau Kaka nak tidur, mesti Kaka akan cari tangan orang untuk hisap. Bila tidur, mesti nak duduk rapat dengan orang. Bila dah besar, mak dah tak bagi tidur dalam rumah. Kena tidur di luar tapi tiap kali mok yu bangun pagi, mesti Kaka ada sebelah mok yu. Sekarang Kaka dah tak ada.

Petang semalam, mok yu angkat Kaka dari bawah pokok bunga kertas. Dua hari Kaka tak balik. Masa tu tubuh Kaka dah terlalu lembik. Masa tubuh Kaka diangkat, kepala Kaka dah hampir terkulai tapi Kaka masih mampu untuk menjawab panggilan mok yu. Mok yu alih Kaka dan letak di dalam sangkar. Lapik dengan kain. Titiskan air ke dalam mulut Kaka yang sudah bertukar pucat. Namun Kaka telan sedikit sahaja air. Mok yu bersihkan mata Kaka. Mok yu usap Kaka, panggil nama Kaka lagi. Tapi Kaka dah tak menyahut. Yang Kaka buat tanda respon kepada mok yu hanyalah menggerak gerakkan ekor sahaja. Masa tu, mok yu tetap seronok sebab Kaka gerakkan ekor kaka banyak kali. Mok yu teruskan panggil kaka dan setiap kali itulah Kaka gerakkan ekor. Dalam pukul 9 malam semalam, mok yu nak cuba bagi Kaka makan kurma. Nak bagi tubuh Kaka tenag tapi mok yu tak sempat. Kaka dah tinggalkan mok yu.

kaka dengan kikiAnak anak Kaka hari ini semuanya muka sayu. Mok yu panggil anak anak Kaka, adik. Selalunya adik bertiga tu akan bising kalau lapar tapi hari ni semuanya seakan mengerti. Adik ikut apa yang mok yu cakap, diam apabila disuruh tunggu sementara mok yu gaulkan nasi. Adik bertiga tidur rapat rapat antara satu sama lain. Selalunya, satu di utara, satu di selatan. Adik itam dan Kiki pon tak buat hal hari ni. Apa yang mok yu nampak, semua berwajah sayu. Mungkin faham situasi yang Kaka tak ada.

Kaka, terima kasih sebab pernah temankan hidup mok yu. Terima kasih sebab pernah ceriakan hari hari mok yu. Mok yu tak akan lupakan Kaka. Mok yu sayang Kaka. Semoga kaka bahagia di sana. Doakan mok yu ye sayang!